

Kelihatan Ketua Misi A2G2 Dr Mohd Zin menerangkan tujuan misi dan sejumlah sumbangan rakyat Malaysia yang telah dibincangkan dengan pihak PICOM sebalum berlepas untuk penyelarasan dengan NGO-NGO di Gaza. Beberapa ubahsuai kecil terhadap jadual program terpaksa di buat dan dipersetujui bersama oleh wakil-wakil NGO yang hadir iaitu wakil daei Emaar Association, Wakil dari Islamic Society of Jabalia dan wakil dari Rawafid Association for Relief & Development.



Berikut adalah perbandingan jumlah lawatan-lawatan mengikut Perancangan awal sebelum misi berlepas dan apa yang sebenarnya berlaku ditapak:-
No | Perkara | Perancangan | Pelaksanaan |
1. | Lawatan, perbincangan dan serahan bantuan melalui NGO-NGO di Gaza | 4 (Emaar, ISJ, ISB, Khatwa) | 5 (Emaar, ISJ, ISB, Khatwa, dan lain-lain) |
2 | Lawatan & perbincangan dengan agensi di Gaza | 4 (Receptio by The Governmental Committee For Breaking the Siege & Receiving Delegations (GCfBS&RD), Islamic University Gaza, Rantissi Hospital, Jabalia Municipality) | 10 (GCfBS&RD, Islamic University Gaza, Rantissi Hospital, Jabalia Municipality, Parliament House, Ministry of Foreign Affairs, Ministry of Sosial, Ministry of Health (2x), Hospital Salam) |
3 | Lawatan dan / atau serahan projek-projek | 12 (Emaar – 4 projek; ISJ – 5 Projek, ISB – 2 Projek, Khatwa – 2 projek) | 20 projek Meliputi projek-projek yang sudah disempurnakan (Kilang Roti), projek-projek on-going, projek-projek baru dan yang di cadangkan serta kritikal ketika misi berada di Gaza. |
Selamat kembali ke Tanah air semua saudaraku...
ReplyDeleteAlhamdulillah Mission Ramadan Accomplished!
Tahniah Aqsa Syariff...
Salam Eidul Fitr...
Maaf Zahir dan Batin...