Peserta Misi tidak dapat menahan sedih dan sebak di dada...




Ubat-ubatan dan alatan pembedahan yang sangat terbatas menyebabkan keadaan meruncing dan para doktor terpaksa menggunakan lebih banyak masa memberikan kaunseling kepada pesakit dan keluarga pesakit. Bilangan pesakit kanser yang semakin bertambah disebabkan antara lain kesan langsung bom Phosphorus dan sumber air yang tercemar dianggarkan pesakit kronik dikalangan kanak-kanak akan meningkat. Banyak yang perlu dibantu di Gaza, Insya Allah Aqsa Syarif akan terus berusa untuk membantu bersama sokongan rakyat Malaysia.
Dalam misi A2G2 kali ini, salah satu projek baru untuk hospital ini ialah RM50,000 Rose2Rose. Iaitu pembinaan sebuah ruang rihat, ruang permainan dan multimedia untuk kanak-kanak di hospital ini. MoA sudah ditanda tangani dan projek akan berjalan sebaik kami pulang ke Malaysia Insya Allah.
MENANDA TANGANI MOA PROJEK PEMBINAAN SEBUAH RUANG RIHAT, RUANG PERMAINAN DAN MULTIMEDIA UNTUK HOSPITAL RANTISSI

Sebelum majlis menandatangani dan bertukar-tukar dokumen, penerangan ringkas mengenai rekabentuk projek disampaikan oleh pihak Khatwa Youth yang menerangkan konsep rekabentuk ruang dalaman yang diadangkan.

Program Ceria Aidil Fitri di Hospital Rantissi sumbangan Aqsa Syarif
Misi A2G2 kembali ke Malaysia sehari sebelum Aidil Fitri. Kami hanya dapat tinggalkan sedikit peruntukan kewangan untuk Khatwa Youth Foundation menganjurkan program Keceriaan Aidil Fitri tahun ini. Alhamdulillah, Aqsa Syarif telah menerima gambar-gambar dan video mengenai program yang telah diimpelmentasikan oleh Khatwa Youth Foundation di Hospital Rantissi ini.
Selain itu anak-anak yang sedang menjalani rawatan pelbagai penyakit kanser di sini dihadiahkan dengan hadiah-hadiah istimewa.
Semoga keceriaan anak-anak Malaysia dapat dikongsi juga dengan anak-anak di Palestin melalui sumbangan ikhlas rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif. Tahniah...!
Gambar-gambar dapat dilihat di sini http://www.facebook.com/media/set/?set=pu.166518779317&type=1
Video persembahan anak-anak pun ada. Sila lihat di sini
http://www.youtube.com/watch?v=jCVQyK2f2-4&feature=player_embedded
Mohon rakyat Malaysia terus menyumbang untuk meringankan beban keluarga yang anak-anak mereka ditimpa penyakit kanser yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital ini ...Hubungi Aqsa Syarif. T Kasih.
ReplyDelete