Saturday 27 August 2011

Pejabat Aqsa Syarif Dibuka Secara Rasmi di Bandaraya Gaza


Bersempena misi kemanusiaan A2G2, sukarelawan berkesempatan membuat kunjungan ke bangunan cadangan pejabat Aqsa Syarif di Gaza. Pejabat yang terletak di Bandaraya Gaza akan berfungsi sebagai sebuah pusat operasi dan koordinasi program-program dan projek-projek Aqsa Syarif di Palestin, khususnya di Gaza. 

Diketuai oleh seorang Pengurus Aqsa Syarif Gaza, beberapa orang akan di lantik secara sepenuh masa atau separuh masa untuk tugasan berterusan di dalam menyalurkan bantuan rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif.

Kerjasama padu telah diperolehi oleh Pertubuhan yang menyelaras semua kerja-kerja bantuan kemanusiaan di Gaza iaitu Rawafid Assosiation yang diketuai oleh Dr Ahmad Alarabi Abu Foul (Graduan PhD dari Kampus Kejuruteraan USM) telah memungkinkan Aqsa Syarif membuka Pejabat Operasi di Gaza.
Pembukaan Pejabat ini juga hasil perbincang beberapa kali di antara Palestinian Curtural Organisation Malaysia (PICOM) dengan pihak Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif dan Jawatankuasa Antarabangsa Pertubuhan IKRAM Malaysia berkaitan penyelarasan aktiviti dan saloran bantuan untuk rakyat Palestin.

Semua rombongan misi terperanjat apabila sahaja memasuki ruang pejabat, seorang remaja perempuan dengan petahnya menyambut kami dengan kata-kata "Selamat Datang ke Gaza dan ke Pejabat Aqsa Syarif, kami gembira menerima kedatangan saudara semua".

Masing-masing terpingga-pingga dan selepas beberapa ketika apabila kami tanya dan selidikki, rupanya remaja perempuan tersebut ialah anak kepada Dr Ahmad Abu Foul yang berada di Seberang Perai beberapa tahun bersama keluarga dan anak beliau berpeluang belajar di sekolah Kebangsaan di Pulau Pinang.

Para peserta misi benar-benar gembira diatas keupayaan staf Aqsa Syarif merilisasikan pewujudan pejabat dan menjalankan beberapa aktiviti serahan bantuan kepada masyarakat setempat termasuk serahan set bag-bag sekolah (mengandungi pakaian dan alat tulis) kepada pelajar-pelajar miskin yang akan ke sekolah selepas hari raya aidil fitri nanti.

Maklumat lanjut juga boleh di perolehi di link berikut;
http://aqsa2gaza2.blogspot.com/2011/08/lagi-cadangan-projek-projek-baru-aqsa.html

2 comments:

  1. Maaf seelum ini x sempat... sekarang telah disertakan gambar-gambar untuk tatapan rakyat Malaysia yang menyokong padu Aqsa Syarif. Alhamdulillah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...