Tuesday 30 August 2011

Hospital Kanser Kanak-kanak Rantissi Sering Terganggu Proses Rawatan



Peserta Misi tidak dapat menahan sedih dan sebak di dada...







Misi A2G2 adalah kali kedua Aqsa Syarif menghantar wakil bagi pihak rakyat Malaysia menziarahi para pesakit kanak-kanak di sini. Kali pertama ketika misi kemanusiaan konvoi global jalan darat yang disertai 7 sukarelawan pada Okt 2010. Hospital Rantissi ini juga dijadikan hospital angkat Aqsa Syarif dengan kerjasama Khatwa Youth Association Gaza yang menganjurkan program 2 kali setahun Keceriaan Sambutan Eid (Fitr & Adha).

Kali ini kami mendapati bertambah sesak hospital ini dengan para pesakit dan ibu-bapa yang menemani pesakit. Kami dibawa melawat di beberapa wad penting dan termasuk di wad ICU.

Salah seorang peserta misi kami En Kalil Khamis yang berkepakaran Bio-Medik telah dibawa oleh bahagian teknikal melawat keseluruhan hospital, khusus meninjau keperluan asasi operasi sistem sokongan. Satu discovery penting dari lawatan ialah apabila bekalan elektrik yang selalu terganggu dan terputus di Gaza, alat-alatan dihospital turut terhenti dan tidak berfungsi dengan sewajarnya walaupun ada back-up generator. Lebih serius lagi sebilangan alat 'dialisis' tergangu berfungsi dan menyebabkan 'darah beku' bagi pesakit yang sedang menjalani rawatan berkaitan.

Pihak hospital memaklumkan bahawa mereka kekurangan bajet untuk menyediakan alat UPS bagi menangani masalah gangguan elektrik yang seringkali barlaku secara berulang sepang hari akibat sekatan (blockade) regim Israel. Ini adalah salah satu bentuk bantuan yang sangat urgent ...! Aqsa Syarif akan segera bertindak Insya Allah.

Ubat-ubatan dan alatan pembedahan yang sangat terbatas menyebabkan keadaan meruncing dan para doktor terpaksa menggunakan lebih banyak masa memberikan kaunseling kepada pesakit dan keluarga pesakit. Bilangan pesakit kanser yang semakin bertambah disebabkan antara lain kesan langsung bom Phosphorus dan sumber air yang tercemar dianggarkan pesakit kronik dikalangan kanak-kanak akan meningkat. Banyak yang perlu dibantu di Gaza, Insya Allah Aqsa Syarif akan terus berusa untuk membantu bersama sokongan rakyat Malaysia.
Dalam misi A2G2 kali ini, salah satu projek baru untuk hospital ini ialah RM50,000 Rose2Rose. Iaitu pembinaan sebuah ruang rihat, ruang permainan dan multimedia untuk kanak-kanak di hospital ini. MoA sudah ditanda tangani dan projek akan berjalan sebaik kami pulang ke Malaysia Insya Allah. 




MENANDA TANGANI MOA PROJEK PEMBINAAN SEBUAH RUANG RIHAT, RUANG PERMAINAN DAN MULTIMEDIA UNTUK HOSPITAL RANTISSI
Satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna telah ditanda tangani di antara wakil Khatwa Youth dengan Ketua Misi A2G2 yang juga anggota pemegang amanah (BoT) Aqsa Syarif.
Sebelum majlis menandatangani dan bertukar-tukar dokumen, penerangan ringkas mengenai rekabentuk projek disampaikan oleh pihak Khatwa Youth yang menerangkan konsep rekabentuk ruang dalaman yang diadangkan.

























Program Ceria Aidil Fitri di Hospital Rantissi sumbangan Aqsa Syarif


Misi A2G2 kembali ke Malaysia sehari sebelum Aidil Fitri. Kami hanya dapat tinggalkan sedikit peruntukan kewangan untuk Khatwa Youth Foundation menganjurkan program Keceriaan Aidil Fitri tahun ini. Alhamdulillah, Aqsa Syarif telah menerima gambar-gambar dan video mengenai program yang telah diimpelmentasikan oleh Khatwa Youth Foundation di Hospital Rantissi ini.
Selain itu anak-anak yang sedang menjalani rawatan pelbagai penyakit kanser di sini dihadiahkan dengan hadiah-hadiah istimewa.
Semoga keceriaan anak-anak Malaysia dapat dikongsi juga dengan anak-anak di Palestin melalui sumbangan ikhlas rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif. Tahniah...! 


Gambar-gambar dapat dilihat di sini http://www.facebook.com/media/set/?set=pu.166518779317&type=1


Video persembahan anak-anak pun ada. Sila lihat di sini
http://www.youtube.com/watch?v=jCVQyK2f2-4&feature=player_embedded









1 comment:

  1. Mohon rakyat Malaysia terus menyumbang untuk meringankan beban keluarga yang anak-anak mereka ditimpa penyakit kanser yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital ini ...Hubungi Aqsa Syarif. T Kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...