Saturday 27 August 2011

Bantuan Membangunkan Pusat Rehabilitasi Pemuda/pemudi Cacat Anggota diperlukan

 Hari terakhir misi Kemanusiaan A2G2 di gaza begitu sugul dan menyedihkan apabila suatu pertemuan singkat tetapi begitu bermakna telah dapat di adakan dengan pihak pengurusan sebuah pertuuhan orang-orang cacat anggota Gaza dan peserta-peserta misi.
Peremuan lebih kurang 45 minit telah membuka peluang peserta-peserta misi mengenali keperluan dikalangan rakyat Gaza yang kehilangan sebahagian dari anggota-anggota mereka disebabkan serangan regim zionis. 
“Kami tidak memerlukan air mata tuan-tuan, kami rela kehilangan sebahagian atau kesemua anggota kami, kerana ini adalah takdir dari penyertaan kami di dalam perjuangan mempertahankan bumi Palestin dan masjidil Aqsa...”.
Ucapan itu iberikan salah seorang yang cacat anggota kedua-dua kakinya disebabkan ledakan bom tentera Israel.
Aqsa Syarif akan berhubung dengan pihak persatuan berkenaan melalui pejabat Aqsa Syarif di Gaza. Secara dasarnya Aqsa Syarif akan berusaha bekerjasama dengan agensi-agansi kerajaan atau swasta yang bersedia menghulurkan bantuan untuk perojek ini.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...