Wednesday, 31 August 2011

1001 Wajah Misi A2G2 - Ramadhan di Palestin bersama Aqsa Syarif

Kehangatan ukhuwwah tergambar antara dua saudara ... walaupun hanya pertama 
kali bersua. tentunya kerana mempunyai matlamat yang satu ... Allah Ghaya tuna..!












Malaysia BAGUS ..! Syukran Akhie ..! "sikit sja ni" jawab Dr Tahir agaknya
begitulah perbualan mereka. Dr Tahir menyerahkan sumbangan rakyat
Malaysia untuk majlis berbuka pusa di Kem Pelarian di Khanyounis kepada Dr Anwar.

"... mak cik2 di malaysia, saya tunaikan hajat kalian menciumkan bagi pihak makcik-makcik
ciuman untuk anak-anak Palestin ... Alhamdulillah sumbangan makcik2
menceriakan wajah mereka di Ramadhan & Aidil Fitri Mubarak."

Lagi ciuman sayang buat anak syuhada' oleh Che Noorhasyimah yang mewakili 
rakyat Malaysia

Yang ini ciuman mewakili makcik-makcik di Paka Terengganu dari Mus'ab 
kepada salah seorang anak syuhada' yang hadir di majlis Iftar di Gaza


bukan mereka tanya projek apa kami bawa, berapa duit kami nak sumbang
atau kpd siapa kami nak bagi ........ cukuplah kami datang menziarahi
 mereka sebagai tanda ukhuwwah fillah.


ya sheikh, anta kerja dimana? Ana profesor mengajar di universiti la, USM Penang, 
anta pula ? Ana pun ada Phd, tapi ana bawa teksi la, sini mana ada kerja ........ 
begitulah agaknye!


Ibu seorang pemuda syuhada' yang kami ziarahi - moga sedikit sumbangan dari 
kita rakyat Malaysia meringankan tanggungan beliau bersempena ketibaan
Ramadhan & Syawal










Muslimah solehah ini menjahit pakaian bagi menanggung keluarga & suami yang sakit tulang belakang. 
Beliau adalah di antara penerima projek Micro Credit (Qardhul Hasan) yang diperuntukkan Aqsa Syarif 
dari sumbangan rakyat Malaysia. Kelihatan kegembiraan di wajah pasangan ini ... Alhamdulillah.



Jerusalem ...! (Baitul Maqsis) kami semakin mendekatimu... kami akan pecahkan tembuk 
penghalang zionis itu... Insya Allah kami akan datang dan bersolat di Masjidil Aqsa..!

From Malaysia with Love - Dari Malaysia dengan Kasih Sayang
Sumbangan Rakyat Malaysia : Ramadhan Gift Pack



From Malaysia with Love - Dari Malaysia dengan Kasih Sayang
... buat anak-anak di rumah yang sedang menunggu untuk hidangan
berbuka puasa ... Tahniah Rakyat Malaysia


Bayi ini sedang berjuang untuk terus hidup: Menerima rawatan di Hospital
Kanak-kanak Kanser Tantissi. Bekalan elektrik yang sentiasa terputus
menyebabkan proses rawatan sering terganggu


Kasih Sayang seorang ibu yang sentiasa berada di sisi : Pesakit kanak-kanak 
di Hospital Kanser Kanak-kanak Rantissi di bandaraya Gaza


Seorang lagi kanak-kanak yang sedang di rawat di Hospital kanak-kanak Rantissi

Wajah-wajah penerus perjuangan bumi ambiya' Palestin & Masjidil Aqsa - Mari berikan sokongan Padu kepada mereka







Wajah-wajah penerus perjuangan bumi ambiya' Palestin & Masjidil Aqsa - Mari berikan sokongan Padu kepada mereka





Wajah-wajah penerus perjuangan bumi ambiya' Palestin & Masjidil Aqsa - Mari berikan sokongan Padu kepada mereka





Wajah-wajah penerus perjuangan bumi ambiya' Palestin & Masjidil Aqsa - Mari berikan sokongan Padu kepada mereka

Dua sahabat dipertemukan semula ... apakah yang memeranjatkan kedua-dua mereka ? (Dr Tahir & Eng AbdelRahem)

Di Lobi Hospital Orang Kelainan Upaya (OKU) - Apa yang menariknya tu sdr Khalil Khamis ?


Always in command ? : Ketua Misi A2G2 dalam mesyuarat Penyelarasan dengan NGO-NGO di Gaza


Pay Attention : Mujahid-mujahid aktivis NGO dlm mesyuarat Penyelarasan - Dr Anwar & Dr Yaseer dari Emaar Association
Kegembiraan & Kehangatan Ukhuwwah 3 peserta misi wanita A2G2 dengan Mujahidah Pejuang Wanita MP Gaza


"Sampaikan pesanan kami kepada rakan-rakan di Malaysia, kami akan tetap mempertahankan 
Bumi Palestin milik umat Islam ini...." Ar Syed Mohd Radhi dengan tekun mendengar Pesanan 
sambil disaksikan En Munawir selepas solat Subuh di Khanyounis.


Prof Dr Roslan Hashim terpegun dengan produk Roti dari Kilang Roti tajaan rakyat malaysia



Tuesday, 30 August 2011

Hospital Kanser Kanak-kanak Rantissi Sering Terganggu Proses Rawatan



Peserta Misi tidak dapat menahan sedih dan sebak di dada...







Misi A2G2 adalah kali kedua Aqsa Syarif menghantar wakil bagi pihak rakyat Malaysia menziarahi para pesakit kanak-kanak di sini. Kali pertama ketika misi kemanusiaan konvoi global jalan darat yang disertai 7 sukarelawan pada Okt 2010. Hospital Rantissi ini juga dijadikan hospital angkat Aqsa Syarif dengan kerjasama Khatwa Youth Association Gaza yang menganjurkan program 2 kali setahun Keceriaan Sambutan Eid (Fitr & Adha).

Kali ini kami mendapati bertambah sesak hospital ini dengan para pesakit dan ibu-bapa yang menemani pesakit. Kami dibawa melawat di beberapa wad penting dan termasuk di wad ICU.

Salah seorang peserta misi kami En Kalil Khamis yang berkepakaran Bio-Medik telah dibawa oleh bahagian teknikal melawat keseluruhan hospital, khusus meninjau keperluan asasi operasi sistem sokongan. Satu discovery penting dari lawatan ialah apabila bekalan elektrik yang selalu terganggu dan terputus di Gaza, alat-alatan dihospital turut terhenti dan tidak berfungsi dengan sewajarnya walaupun ada back-up generator. Lebih serius lagi sebilangan alat 'dialisis' tergangu berfungsi dan menyebabkan 'darah beku' bagi pesakit yang sedang menjalani rawatan berkaitan.

Pihak hospital memaklumkan bahawa mereka kekurangan bajet untuk menyediakan alat UPS bagi menangani masalah gangguan elektrik yang seringkali barlaku secara berulang sepang hari akibat sekatan (blockade) regim Israel. Ini adalah salah satu bentuk bantuan yang sangat urgent ...! Aqsa Syarif akan segera bertindak Insya Allah.

Ubat-ubatan dan alatan pembedahan yang sangat terbatas menyebabkan keadaan meruncing dan para doktor terpaksa menggunakan lebih banyak masa memberikan kaunseling kepada pesakit dan keluarga pesakit. Bilangan pesakit kanser yang semakin bertambah disebabkan antara lain kesan langsung bom Phosphorus dan sumber air yang tercemar dianggarkan pesakit kronik dikalangan kanak-kanak akan meningkat. Banyak yang perlu dibantu di Gaza, Insya Allah Aqsa Syarif akan terus berusa untuk membantu bersama sokongan rakyat Malaysia.
Dalam misi A2G2 kali ini, salah satu projek baru untuk hospital ini ialah RM50,000 Rose2Rose. Iaitu pembinaan sebuah ruang rihat, ruang permainan dan multimedia untuk kanak-kanak di hospital ini. MoA sudah ditanda tangani dan projek akan berjalan sebaik kami pulang ke Malaysia Insya Allah. 




MENANDA TANGANI MOA PROJEK PEMBINAAN SEBUAH RUANG RIHAT, RUANG PERMAINAN DAN MULTIMEDIA UNTUK HOSPITAL RANTISSI
Satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna telah ditanda tangani di antara wakil Khatwa Youth dengan Ketua Misi A2G2 yang juga anggota pemegang amanah (BoT) Aqsa Syarif.
Sebelum majlis menandatangani dan bertukar-tukar dokumen, penerangan ringkas mengenai rekabentuk projek disampaikan oleh pihak Khatwa Youth yang menerangkan konsep rekabentuk ruang dalaman yang diadangkan.

























Program Ceria Aidil Fitri di Hospital Rantissi sumbangan Aqsa Syarif


Misi A2G2 kembali ke Malaysia sehari sebelum Aidil Fitri. Kami hanya dapat tinggalkan sedikit peruntukan kewangan untuk Khatwa Youth Foundation menganjurkan program Keceriaan Aidil Fitri tahun ini. Alhamdulillah, Aqsa Syarif telah menerima gambar-gambar dan video mengenai program yang telah diimpelmentasikan oleh Khatwa Youth Foundation di Hospital Rantissi ini.
Selain itu anak-anak yang sedang menjalani rawatan pelbagai penyakit kanser di sini dihadiahkan dengan hadiah-hadiah istimewa.
Semoga keceriaan anak-anak Malaysia dapat dikongsi juga dengan anak-anak di Palestin melalui sumbangan ikhlas rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif. Tahniah...! 


Gambar-gambar dapat dilihat di sini http://www.facebook.com/media/set/?set=pu.166518779317&type=1


Video persembahan anak-anak pun ada. Sila lihat di sini
http://www.youtube.com/watch?v=jCVQyK2f2-4&feature=player_embedded









Jemputan Ke Kementerian Kesihatan Palestin Sangat Memeranjatkan

Banyak jenis ubat-ubatan zero stock ...!

Awal hari ketiga kami setelah check-out dari Khanyounis (di selatan semenanjung Gaza) berpindah ke Gaza City (Al-Quds Hotel), misi A2G2 menuju ke Kementerian Kesihatan Palestin untuk menyerahkan ubat-ubatan yang kami beli di Cairo dengan nilai USD10,000.00 dengan bantuan NGO di Gaza. Masa yang terhad dapat juga diserahkan semua kotak-kotak ubat yang kami rasakan sangat diperlukan di sana hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Sebelum kami beredar untuk aktiviti seterusnya, rombongan misi kami mendapat panggilan untuk segera naik ke tingkat empat bangunan Kementerian Kesihatan, kami semua berlari ... rupa-rupanya menemui Director General, MoH. 
Tidak berakhir disitu rupa-rupanya. Keesokkan harinya, kami dipenggil sekali lagi ! Bergegas rombongan misi menaiki 'coaster' dan memanjat tingkat empat. Di pejabat DG kami ditunggu dua orang penting di MOH. Dua set senarai ubat-ubatan diserahkan kepada kami. "List of monthly consumption" ubat-ubatan yang penting untuk seluruh Gaza... sehingga ke bilangan tablet diperlukan ...! 

Juga satu salinan lengkap 'stock zero' ubat-ubatan di Gaza (di semua Hospital ..!). Kami tergamam..! Sambil menyelak helaian demi helaian ... kami dapati sebahagian besarnya adalah untuk keperluan di bilaik pembedahan ...! Kami bertambah pilu... terbayang bagaimana para pesakit di Gaza 'berjuang' melawan kesakitan ...!

Semacam mereka tahu kami masih ada baki wang tunai USD40,000 peruntukan ubat-ubatan yang kami bawa .... lantas kami bertanya, apakah kaedah terbaik untuk dapat disalurkan segera peruntukan bagi memperolehi ubat-ubatan ? DG menalifon segera pegawai di bawahnya ... beberapa minit kami dibawa ke bilik pentadbiran dan kami ditemukan dengan unit pengurusan stock. Kami dibekalkan dengan beberapa alamat agar dapat kami terus berhubung dengan mereka bagi memudahcara dan menyegerakan pembelian ubat-ubatan. 
Alhamdulillah, sebelum kami balik, sejumlah USD40,000 nilai ubat-ubatan dapat kami perolehi dari sebuah syarikat pembekal di Cairo yang akan dihantar keesokkan harinya ke Gaza.

Tentunya itu hanya langkah 'ad-hoc'. Aqsa Syarif akan terus memohon kerjasama rakyat Malaysia, untuk menguruskan penghantaran ubat-ubatan bagi menangani kekurangan yang kritikal di Gaza.

Di kaunter Farmasi: ...mungkinkah wanita-wanita ini memperolehi ubat yang sepatutnya?

Monday, 29 August 2011

Serangan dan pembunuhan oleh Zionis Yahudi terus berlaku semasa kami di Gaza

Oleh SMRSS

Dalam kesibukan peserta misi kemanusiaan A2G2 bersedia untuk ke Gaza beberapa hari sebelum bertolak pada Sabtu 20hb Ogos 2011, ramai antara kami tidak menyedari beberapa perkembangan terbaru yang berlaku di Gaza. Pada Khamis 18hb Ogos, 2 hari sebelum kami bertolak beberapa pejuang Palesin telah menyusup masuk ke Isreal dan telah menyerang 2 bas tentera. Serangan tersebut telah mengorbankan 7 tentera Israel dan mencederakan 20 yang lain. Petangnya Israel terus membalas dendam dengan mengebom sebuah rumah di Rafah mengorbankan 6 orang awam.
Pada malam Khamis tersebut, Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif bermesyurat dan hampir saja membatalkan misi A2G2. Namun Allah swt mengkehendaki misi ini diteruskan.
Sepanjang kami berada di Gaza, serangan demi serangan berterusan dilakukan oleh regim Zionis Yahudi. Walaupun serangan tersebut tidaklah terlalu dekat dengan tempat kami berada, berita mengenainya tiba kepada kami dalam masa tidak sampai satu jam.
Diantara serangan yang terus berlaku sepanjang kami berada disana adalah :
1. Ahad, 21 Ogos, hari pertama kami di Gaza ; seorang kanak-kanak tercedera terkena serpihan bom yang ditujukan kepada sekumpulan pemuda Palestin di Beit Lahya, utara Gaza. Dalam satu serangan lain pada hari yang sama, satu serangan lain kepada polis Palestin menyebabkan 7 cedera. Beit lahya adalah di antara tempat lawatan kami pada hari ke 4 kami di sana.
2. Selasa 23hb Ogos, hari ke 3 kami di Gaza ; Pesawat F-16 Israel melancarkan serangan misil di kawasan Ad Daraj, Gaza City di waktu subuh. Namun tiada kecederaan dilaporkan.
3. Petang hari yang sama, 23hb Ogos, ; Tentera Udara Israel menyerang dan membunuh pemimpin Islamic Jihad, Ismail al Asmar di kem pelarian Al Bureij, Rafah. Serangan itu juga menyebabkan seorang penduduk yang berusia 65 tahun terbunuh. Mayat beliau hanya dijumpai keesokkan harinya dibawa timbunan bangunan yang runtuh dibom. Beliau dikenali sebagai Ismail Amom dan mayatnya hancur teruk.
4. Rabu 24hb Ogos, hari ke 4 kami di Gaza ; diawal pagi, pesawat Israel menyerang dan mencederakan 2 orang penduduk yang sedang menaiki motosikal. Kedua-duanya mengalami kecederaan.
5. Malam hari yang sama, 24 Ogos ; Pesawat tanpa jurterbang Israel (UAV – Unmaned Arieal Vehicle) menembak dan membunuh Atiyya Mahmoud Muqat, seorang pejuang AlQuds Brigade dari Islamic Jihad di An Nafaq Street, perkampungan Sheikh Radwan, ditengah Gaza.
6. Khamis 25hb Ogos, hari ke 5 kami di Gaza ; Pengeboman di terowong bekalan makanan di Rafah mensyahidkan 2 orang dan 3 lagi tidak ditemui.
7. Pada hari yang sama, 25 Ogos ; satu serangan dilancarkan ke sebuah pusat sukan di Beit Lahya menyebebkan 7 syahid dan 30 tercedera termasuk 20 kanak-kanak dan 4 wanita.
Ini menunjukkan ancaman keselamatan keatas seluruh penduduk Gaza adalah masih berterusan. Setiap hari mereka ibarat menanti berita siapakah yang syahid hari ini. Kepungan Israel menafikan mereka kehidupan sebagai manusia biasa yang bebas. 
Sepanjang kami bersama NGO-NGO dan penduduk di semenanjung Gaza selama 5 hari, kami lihat suatu kehidupan masyarakat yang tenang dan seperti tiada sebarang suasana cemas. Mungkin mereka sudah biasa dengan keadaan serangan demi serangan oleh rejim yang kejam. Kehidupan mereka perlu diteruskan dan masa hadapan mereka perlu dibina sebaik mungkin.


Kami meninggalkan Gaza pada Khamis 25hb Ogos dengan hati yang berat. Kami akan pulang kepada dakapan keluarga dan sambutan Aidil Fitri yang menanti, tetapi Gaza terus megalirkan darah syuhada’ tanpa mengira hari. Linangan airmata atas rasa kekerdilan kami yang tidak mampu membantu mereka diluar kudrat yang ada mengiringi kami ke sempadan Rafah. Tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah sahaja yang mampu melindungi mereka. Namun janji kami ……… KAMI TETAP AKAN KEMBALI LAGI MENEMUI MU WAHAI SAUDARAKU PALESTIN, Insyallah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...