Monday 30 January 2012

STANDPOINT : Aqsa Syarif: Syarat Penyelesaian 2 Negara Yang Lestari



STANDPOINT
Berikut adalah Penjelasan Aqsa Syarif terhadap ‘Penyelesaian 2 negara’ (Two-State Solution) yang lestari.
Bagi pengamat isu Palestin, seringkali penyelesaian dua Negara diketengahkan sebagai jalan keluar kepada konflik di antara Palestin dan negara haram Israel. Apakah asas kepada penyelesaian 2 negara ini?
Fakta-fakta sejarah yang berkaitan perlu diketahui untuk memahami tuntutan beberapa pihak dalam mengusulkan penyelesaian tersebut. Ia bermula pada tahun 1947 apabila PBB meluluskan Resolusi 181 yang membahagikan negara mandat Palestin (Mandated Palestine di bawah pentadbiran British) kepada wilayah Arab sebanyak 45% dan wilayah Yahudi sebanyak 55%. Pembahagian ini diusulkan oleh UNSCOP – Jawatankuasa Khas PBB untuk Palestin di bawah Pelan Pemisahan (partition plan). Sebagaimana yang dijangka umat Arab menolak ketetapan ini dan mencetuskan perang Arab-Israel yang pertama sebaik sahaja negara haram Israel diistiharkan pada 15 Mei 1948 berdasarkan Resolusi 181. Perang ini berkesudahan dengan kemenangan di pihak Israel yang menduduki beberapa wilayah yang diperuntukkan kepada penduduk Arab berdasarkan Pelan pemisahan 1947. Siri-siri rundiungan di antara Israel dengan Mesir, Jordan, Lubnan dan Syria melakarkan semula sempadan di antara Israel dan jiran-jiran negara Arabnya pada tahun 1949. Siri-siri rundingan ini dinamakan The Rhodes armistice (Perjanjian Damai Rhodes).
Sempadan di antara Israel dan Jordan yang mengambil alih pentadbiran Tebing Barat di namakan garisan hijau (The Green line).
Apabila Israel melancarkan serangan mengejut ke atas negara-negara Arab di Sinai, Baitul Maqdis Timur, Tebing Barat, Tanah Tinggi Golan dan Selatan Lubnan di antara 5 hingga 10 Jun 1967 (Perang 6 hari), seluruh wilayah Palestin (Mandated Palestine semasa pentadbiran British 1917 – 1948) di kuasai sepenuhnya oleh Israel. Wilayah yang dirujuk tersebut ialah Genting Gaza dan Tebing Barat (termasuk Baitul Maqdis timur) yang masing-masing diambil alih oleh Mesir dan Jordan pada tahun 1948. Serangan yang dirujuk sebagai Perang 6 hari ini telah mengakibatkan kekalahan besar kepada negara-negara Arab terutamanya Mesir, Syria dan Jordan. Dalam serangan tersebut Masjid al-Aqsa yang terletak di Baitul Maqdis timur ditawan dan penguasaan ini berlanjutan sehingga hari ini (sudah menjangkau 44 tahun pada tahun 2011). PBB telah bersidang pada bulan November 1967 dan mengusulkan resolusi 242 iaitu Israel wajib berundur semula ke sempadan yang ditetapkan oleh perjanjian Rhodes (yang dirujuk sebagai Green Line bagi sempadan di antara Israel dan Jordan di Baitul Maqdis timur dan Tebing Barat). Namun atas desakan Israel ketetapan 242 menegaskan Israel perlu berundur dari wilayah yang diduduki (Occupied territories) dan bukannya wilayah yang diduduki dalam serangan tahun 1967 (The Occupied Territories). Article ‘The’ menjadi titik tolak kepada pertikaian di antara negara-negara Arab dan Israel di mana Israel tidak menyatakan secara khusus manakah wilayah yang diduduki apabila article ‘The’ digugurkan. Ini bermakna resolusi 242 memberi kebebasan kepada Israel untuk menafsirkan manakah wilayah yang dikatakan diduduki ini. Ini juga bermakna Israel bolih mencabar tuntutan mana-mana pihak untuk berundur dari wilayah yang didudukinya pada tahun 1967.
Apabila penyelesaian 2 negara dibangkitkan berdasarkan resolusi 242, maka ia menjadi suatu yang kabur dan tidak dapat dilaksanakan kerana Israel mempunyai wewenangan untuk menentukan manakah yang akan diwartakan sebagai negara Palestin dan di manakah sempadan negara Israel sekiranya negara Palestin yang berdaulat wujud bersempadanan dengan Israel. Atas perkiraan inilah maka penyelesaian dua negara tidak mungkin memberi jalan keluar kepada penyelesaian konflik Palestin-Israel. Israel akan menggunakan semua alasan-alasan teknikal untuk mempertahankan pendirian tidak akan berundur semula ke sempadan 1967 (The Green Line berdasarkan perjanjian Rhodes).
HAMAS menuntut tiga perkara sebagai syarat untuk melaksanakan gencatan senjata dengan Israel iaitu berundur dari semua wilayah yang diduduki pada tahun 1967 (“The” Occupied Territories), pengishtiharan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin yang berdaulat dan hak pelarian Palestin untuk pulang ke negara mereka (ini juga adalah berdasarkan ketetapan PBB – Resolusi 194(III)). Ini bermakna HAMAS pada dasarnya menuntut Israel keluar dari semua wilayah yang ditaklukinya dalam perang 6 hari tanpa perlu merujuk kepada Resolusi 242. Meskipun Resolusi 242 memperuntukkan tuntutan yang serupa namun tuntutan tersebut adalah kabur dan memberi ruang yang luas kepada Israel membuat tafsiran berdasarkan kepentingannya. Ini jugalah yang menjadi asas kepada tindakan Israel dan Amerika Syarikat untuk merujuk kepada wilayah yang diduduki sebagai wilayah yang dipertikaikan (oleh kedua pihak Palestin dan Israel – ‘The disputed territories’) meskipun PBB merujuk kepada wilayah tersebut sebagai wilayah yang diduduki (Israel) ‘The Occupied Territories. Sekiranya Israel bersedia untuk memenuhi tuntutan HAMAS maka ia perlu mengosongkan semua penempatan haram pendatang yahudi di seluruh tebing Barat dan Baitul Maqdis Timur (termasuk di sekitar dan kejiranan Masjid al-Aqsa) dan berundur semula ke sempadan yang telah ditetapkan dalam perjanjian Rhodes pada tahun 1949 (Inilah yang dirujuk sebagai sempadan 1967 atau lebih tepat lagi pra-1967). Dengan ini gencatan senjata jangka panjang atau ‘hudna’ bolih dilaksanakan di antara negara Palestin yang berdaulat dan negara haram Israel. Oleh kerana status ‘Negara haram’ Israel kekal meskipun gencatan senjata disepakati maka tidak ada keperluan bahkan tidak ada pihak yang bolih memaksa Palestin untuk mengiktiraf Israel. Israel pada dasarnya didirikan di atas negeri palestin yang mereka rampas pada tahun 1948. Ini juga bermakna perjuangan pembebasan bumi Palestin secara keseluruhan akan berterusan sehinggalah setiap inci negara Palestin (termasuklah 78% dari wilayah Palestin yang diiktiraf sebagai wilayah Israel oleh Rhodes Armistice pada tahun 1949) dibebaskan.
Maka dengan berundurnya Israel ke sempadan pra-1967 lengkaplah fasa pertama dari dua fasa perjuangan pembebasan Palestin. Jika Fasa pertama dapat dilaksanakan dengan jayanya maka Fasa kedua akan menyusul.

Prof Madya Dr hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif Bhd

Wednesday, June 15, 2011

__________________________________________

ULASAN : "Two-state solution" tidak akan menjadi kenyataan.





Masyarakat antarabangsa meletakkan harapan kepada penyelesaian dua negara berdasarkan kepada resolusi 242 (1967) iaitu negara Israel dan Palestin (Gaza, Tebing Barat dan Baitul Maqdis Timur) wujud bersama. Hakikatnya penyelesaian dua negara mustahil dilaksanakan kerana fakta berikut:

1. Resolusi 242 menghendaki israel berundur dari wilayah yang diduddukinya pada tahun 1967 (Gaza, Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur) sedangkan Israel mempunyai wewenangan untuk menentukan mana wilayah yang diduduki mana yang tidak. pengunduran ini bukan berdasarkan kepada green line yang diputuskan dalam perjanjian Rhodes 1949 dan modifikasi dari resolusi 181 (1947).

2. Israel tidak pernah menganggap Baituil Maqdis timur sebagai wilayah yang ditakluki bahkan Jeruusalem (baitul Maqdis) sudah diistiharkan sebagai ibu negara abadi israel.

3. Israel menganggap Tebing Barat (Judea dan Samaria - negeri-negeri Bani israel zaman para anbiya) adalah bahagian yang integral dari negara Israel. 

4. Kini terdapat lebih dari 200 penempatan haram yahudi di tebing barat yang menempatkan labih dari 300,000 penduduk israel. Ini termasuk juga Baitul Maqdis di sekitar Masjid al- aqsa.

Jadi penyelesaian yang ditawarkan oleh HAMAS adalah bersifat sementara. 'Two state solution' berdasarkan kepada sempadan greenline 1967 adalah hanya untuk tujuan ceasefire (hudna). Gencatan senjata yang dipersetujui antara dua belah pihak adalah berdasar kpd sempadan green line tersebut. Soal pengiktirafan tidak timbul sama sekali. Pada dasarnya Israel tetap merupakan darul harb (negeri yang diistiharkan perang oleh Islam). namun ini tidak menolak berlakunya perjanjian untuk mengelakan serangan spt mana halnya perjanjian Hudaibiyah pada zaman Rasulullah SAW.

30 JAN 2011




_____________________________________________________




Menjelaskan pendirian mengenai 'Two State solution' dan pengiktirafan negara haram Israel

Kenyataan Akhbar Konferens Annapolis
(PACE – Pusat Kecemerlangan Palestin)

Konferens Annapolis yang ditaja oleh Amerika Syarikat di Maryland telah bermula pada 27 November 2007, dengan matlamat untuk mencapai perdamaian di antara Israel dan rakyat Palestin. Selain dari Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU), konferens yang dihadiri oleh 50 negara ini turut disertai oleh negara-negara Arab dan Islam termasuk Malaysia. Malaysia diwakili oleh Menteri Luarnya, Dato’ Seri Syed Hamid Albar.

Keabsahan konferens di Annapolis ini paling tidak ia dipersoalkan kerana apa yang dikatakan sebagai perwakilan Palestin jauh sekali dari melambangkan suara dan aspirasi rakyat Palestin. Pertama, sebahagian besar rakyat Palestin, di wilayah yang diduduki di samping mereka yang berada di khemah-khemah pelarian dan di luar Palestin telah menolak ide persidangan damai apabila objektif keseluruhannya bukan untuk menjamin hak rakyat Palestin untuk pulang ke tanah air mereka dan hak mereka untuk sebuah negara yang berdaulat. Keduanya, perwakilan Palestin yang hadir di konferens tersebut tidak mempunyai mandat daripada rakyat kerana wakil de facto iaitu Hamas tidak hadir. Hamas telah memenangi pilihanraya legislatif pada januari 2006 dengan memperolehi 74 dari 132 kerusi yang dipertandingkan. Fatah, yang hadir sebagai wakil Palestin hanya memenangi 45 kerusi. Ia adalah satu penghinaan kepada proses demokrasi apabila sebuah kerajaan yang dipilih secara sah dipinggirkan di dalam konferens yang akan menentukan masa depan Palestin.

Kehadiran negara-negara Arab dan Islam di satu pihak pula hanya akan merumitkan lagi kemelut yang dihadapi oleh rakyat Palestin kerana ia secara tidak langsung mengesahkan pendudukan Isreal dan pelanggaran berterusan Israel ke atas hak rakyat Palestin. Pihak Israel telah menegaskan bahawa mereka hanya akan bersetuju dengan syarat-syarat umum ke arah perdamaian dan tidak akan memberi komitmen kepada apa-apa tuntutan khusus dari Palestin. Dalam kata lain konferens ini tidak lebih dari usaha untuk memulihkan Perjanjian Oslo1993 dan Perjanjian Damai 2003 yang menemui kegagalan. Mengambilkira usaha ke arah perdamaian yang sia-sia ini, PACE merangka pendirian berikut:

1. PACE menolak Konferens Annapolis kerana objektifnya bukan untuk menegaskan hak rakyat pelarian Palestin untuk pulang ke tanah air mereka dan hak untuk kedaulatan negara Palestin. Sebaliknya konferens ini bertujuan untuk menguatkan cengkaman Israel ke atas wilayah yang diduduki iaitu Tebing Barat dan Baitul Maqdis Timur di samping mengenakan kepungan menyeluruh ke atas Gaza.
2. PACE menyesali kehadiran wakil-wakil dari negara Arab dan Islam kerana kehadiran mereka akan memberi keabsahan kepada konferens dan seterusnya penghakisan berterusan ke atas hak rakyat Palestin. Kehadiran mereka juga adalah satu lambang kelemahan menganalisis dan memahami kelicikan politik agenda Zionis.
3. PACE kecewa dengan sikap tidak prihatin Negara Arab dan Islam terhadap rakyat Palestin yang ditekan melalui sekatan ekonomi menyeluruh sejak hampir dua tahun kini. Mereka sepatutnya melakukan desakan antarabangsa bagi menghentikan sekatan ekonomi yang diterajui oleh Amerika Syarikat dan bukannya menyokong sebuah konferens yang hanya akan merumitkan lagi situasi.
4. PACE menyeru rakyat Malaysia untuk mengikuti hasil konferens tersebut kerana ia berkemungkinan membuka laluan kepada hubungan diplomatik dengan Israel, di mana tiada peruntukan tersebut bagi Malaysia, tetapi yang telah meletakkan banyak negara Arab dalam situasi yang rumit di masa lalu, yang akhirnya membawa kepada pengiktirafan Israel.
5. PACE menyeru umat Islam dari seluruh dunia untuk mengukuhkan perpaduan dan berdiri teguh bersama rakyat Palestin di dalam perjuangan mereka yang sah untuk membebaskan tanah air dan masjid al Aqsa yang mulia.


Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE ( Pusat Kecemerlangan Palestin)
Kuala Lumpur , Selasa 27 November 2007/17 Dzulqaedah 1428H

____________________________________

ULASAN : CONTOH BEBERAPA INISIATIF MENGGUNAKAN PLATFORM ANTARABANGSA TETAPI BERTUJUAN JAHAT DAN BERAT SEBELAH (MEMIHAK KEPADA ISRAEL)

Di dalam usaha penyelesaian terhadap konflik di Palestin yang dicetuskan oleh Israel dengan dokongan kuasa-kuasa besar sebelum 1948 lagi, perlu merujuk kepada beberapa persetujuan dan asas yang konkrit sebagaimana yang dijelaskan di atas.

Beberapa masalah asas yang menjadi batu penghalang kepada usaha ikhlas penyelesaian Israel-Palestin ialah apabila ada kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat yang bertindak untuk menjadi 'orang tengah' tetapi tidak membebaskan diri dari berpihak kepada Israel !. 

Isu menjadi lebih celaru dan kusut apabila Amerika Syarikt menggunakan kuasanya memanggil persakilan yang bukan ahlinya di dalam rundingan dan mengenepikan wakil kerajaan Hamas yang sah yang sepatutnya mewakili Palestin selepas kemenangan Hamas 2006.

Dokuman berikut membuktikan konspirasi kuasa besar Amerika Syarikat di dalam mengabui mata dunia dengan bertindak menjadi hero keamanan, sedangkan apa yang dilakukan adalah semata-mata tipu muslihat yang jelas memihak kepada kepentingan Israel (Klik Di Sini).

Friday 27 January 2012

As Syahid Syeikh Ahmad Yaasin - Hidup & Syahidmu Membakar Semangat Jihad Ummat Zaman Ini





Nota Tarbiyah dari Gaza 1






"Inna Nuqaddimu qabla junddi qadatana" (Sesungguhnya pimpinan kami lebih dulu mengorbankan diri sebelum kami mengorbankan tentera-tentera kami) - As syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.




Kata-kata ini diabadikan pada tembok berhadapan dengan rumah kediaman as-syahid Syeikh Ahmad Yaasin. Kedua mereka syahid dalam jarak hanya 40 hari pada tahun 2004. Kedua mereka membuktikan bahawa amal mereka adalah selari dengan apa yang mereka ucapkan.

Seperti pepatah Arab: "Sekiranya anda hendak menjadi pemimpin kami maka hendaklah anda berada di hadapan kami"

Catatan di bumi Gazza pada hari Khamis 26 Jan 2012 ketika jaulah dan melaksanakan misi audit projek-projek Aqsa Syarif di Gaza.

Pengerusi Aqsa Syarif




Nota tarbiyah dari Gaza 2

"Di sinilah Syeikh Ahmad Yaasin menemui syahid beliau" - ujar akh Abdul Rahim Syihab (Abu Muhammaad) yang merupakan rakan pelaksana projek-projek Aqsa Syarif di Gaza.

As-syahid Syeikh Ahmad Yaasin keluar dari masjid ini (al-mujamma al-Islami) selepas selesai menunaikan solat subuh. Beliau ditolak di atas kerusi rodanya oleh pembantu beliau untuk pulang ke rumah hanya kira-kira 100 m. Helikopter penyerang Apachee sudah menunggu dan melepaskan tiga tembakan roket Hellfire, tepat mengenai tubuh as-syahid yang mulia. Jasadnya berkecai. Episod serangan ini disaksikan secara "live" oleh Ariel Sharon (the butcher ofShabra Shatilla), perdana menteri Israel ketika itu.

As-syahid syeikh Ahmad Yaasin mengabadikan apa yang beliau ucapkan. "Sesungguhnya sekiranya kamu (Israel) hendak membunuh aku, maka aku ada di kerusi roda aku". "Kamu akan dapati kami akan mati dalam keadaan menghadap musuh-musuh kami dan bukannya dalam keadaan membelakangkan mereka (lari dari mereka).

al-akh Abdul Rahim Syihab menambah "Ariel Sharon kini berada dalam 'azab-un-alim' (seksa yang amat pedih). Dalam keadaan koma sejak 5 tahun lalu tanpa ada tanda-tanda akan pulih mahupun akan mati..

La haula wala kuwataa illa billa hil aliyul azim.

Sahabat-sahabat pergilah ke medan di mana jihad sedang berkumandang untuk mengubat hati kita yang sudah tenggelam dalam dunia yang melekakan ini sehingga hilang dari jiwa kita sifat-sifat rijal dan jundi. "Ya Allah, tetapkanlah kami di atas jalan dakwahMu yang mulia ini - yang menuntut padanya pembuktian amal, bukan sekadar kata-kata"

Catatan pengalaman Pengerusi Aqsa Syarif


Nota tarbiyah dari Gaza 3

"Inilah rumah kediaman as-syahid Syeikh Ahmad Yaasin" ujar al-akh Abdul Rahim Syihab. Aku berusia 6 tahun ketika ayah aku membawa aku ke rumah Syeikh Ahmad Yaasin. Di sini ayah aku memberikan bai'ahnya (janji taat setianya) kepada dakwah ini. Syeikh Ahmad Yaasin adalah murabbi ayahku.

Aku dihantar bersekolah tadika di al-mujamma al-islami (sebuah institusi yang diasaskan oleh as-syahid dan masjid di mana as-syahid mendirikan solatnya).

As-syahid syeikh Ahmad Yaasin adalah pengasas penting kepada usaha-usaha Islamic Society of Jabaliya di mana al-akh Abdul Rahim syihab adalah Rais (pengerusinya yang ke 3). Dengan permulaan modal sebanyak USD20,000 kini Islamic Society Jabaliya mengendalikan projek-projek bantuan untuk rakyat Palestin (kilang roti persahabatan Malaysia-Palestin dgn usahasama Aqsa Syarif, projek tewrnakan lembu, ternakan ikan aquaculture, penajaan anak yatik, bantuan keluarga miskin dan lain-lain) yang bernilai USD10 juta.

Inilah baroqahnya dakwah dan mujahadah sertanya syahidnya Syeikh Ahmad Yaasin. Apa juga yang dilakukan oleh musuh-musuh zionis tidak pernah sedikitpun memberi kesan buruk kepada dakwah ini. Malah dakwah inilah yang menjadi benteng paling ampuh dalam menghadapi musuh yang jauh lebih kuat pada zahirnya tetapi amat lemah pada hakikatnya. Kerana yang dihadapi oleh Israel adalah satu toifah (golongan) yang mendapat dokongan langsung dari Allah SWT yang memiliki dakwah ini.


Nota tarbiyah dari Gaza 4

Inilah bahagian hadapan rumah Syeikh Ahmad Yaasin as-syahid. Inilah dia pemimpin umat yang sebenar. As-syahid hidup di kalangan rakyat Palestin yang miskin dan hidup bersama mereka. Memberi mereka segala harapan yang baik terhadap kehidupan, perjuangan, berhadapan dengan musuh dan penindasan. 

Ketika dibebaskan dari penjara Israel dalam keadaan lumpuh berkerusi roda (sejak kecil - berusia 10 tahun) beliau diberikan sejumlah wang sebagai elaun sara hidup. Setelah mencongak perbelanjaan harian dan mendapati jumlah yang disalurkan lebih banyak dari keperluan, beliau telah memulangkan lebihannya.

Inilah pemimpin yang sehingga hari ini menjadi sebutan. Namanya masih meniti di bidir-bibir manusia dan tidak pernah luput dari ingatan. Mereka inilah insan yang telah meninggalkan kita tetapi seolah-olah masih hidup di kalangan kita.
Ariel Sharon menyangka dengan membunuh Syeikh Ahmad Yaasin dan kemudian as-syahid Dr Abdul Aziz Rantisi, mereka bolih memadamkan usaha jihad dan kebangkitan rakyat Palestin. Bahkan syahidnya mereka berdua menyuburkan lagi jihad ini. Kesilapan besar ditempa oleh musuh yang tidak memahami bahawa nilai seorang mujahid itu amat tinggi setelah syahidnya. 

Beginilah seorang mukmin melihat kehidupan dan kematian. "Hidup mulia atau mati syahid" (Is syazizan aumut syahidan)

Catatan Pengerusi Aqsa Syarif



Nota tarbiyah dari Gaza 5

As-syahid Ahmad Yaasin tidak bolih bergerak dari kerusi rodanya tetapi dia telah menggerakkan ummah ini. Beliau telah berseru kepada umat ini. "Wahai para pemuda - jihad adalah kewajipan kalian - untuk menegakkan syariat Allah di muka bumi dan untuk membebaskan negara kalian dan diri kalian dari penguasaan Amerika dan sekutu-sekutu Zionisnya. Ia adalah pejuangan kalian, - semuga menang atau syahid"

Beliaulah yang sepatutnya dijadikan idola bagi umat ini, disamping ribuan para pejuang ulama mujahid yang telah pergi menemui Tuhan dan masih setia menunggu giliran mereka.

Mereka mengharapkan mati syahid dan sentiasa mendambakannya. Sebagaimana yang diulang-ulang oleh Dr Abdul Aziz Rantisi, yang menyusul as syahid Syeikh Ahmad Yaasin selepas hanya menggantikan Syeikh Ahmad Yasin sebagai pimpinan HAMAS selama sekitar 40 hari. "Setiap orang akan mati, samada mati akibat serangan jantung atau mati ditembak apachee. Adapun aku memilih Apachee"

Harapan dan doa ikhlas beliau benar-benar dimakbulkan oleh Allah. Helikopter Apachee telah melepaskan tembakan peluru berpandu kepada beliau sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah dengan doa "Wahai Allah! Masukkan lah aku ke dalam syurgaMu". Beliau menyusul murabbi beliau, Syeikh Ahmad Yaasin dengan cara yang sama

Catatan Pengerusi Aqsa Syarif


 

Wednesday 25 January 2012

Misi B2G Menyampaikan Bantuan Tajaan Anak Yatim Palestin & Hospital Rantissi


Selepas di IUG, misi B2G Aqsa Syarif ke Rawafid Institution, iaitu sebuah lagi 'local partner' Aqsa Syarif yang dilantik ketika A2G2 Ogos 2011. Di sana B2G menyumbang dan menyampaikan sumbangan buat anak-anak yatim. Bersempena misi B2G, Aqsa Syarif menyampaikan sebanyak USD100 untuk 20 anak-anak yatim sebagai permulaan. Aqsa Syarif akan menghantar tajaan bulanan ke Rawafid selepas ini. Br Khaleel adalah pengurus Rawafid, beliau seorang yang peramah dan aktif di dalam kerja-kerja kebajikan. 


Selepas dari itu B2G ke hospital kanak-kanak kanser Dr Abdul Aziz Rantissi untuk merasmikan bilik bermain pesakit kanser kanak-kanak dan library yang dimulakan projek pada misi A2G2 dan diurus oleh Khatwa Youth Association, sebuah lagi 'local partner' Aqsa Syarif di Gaza. Projek ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Senibina Universiti Islam Gaza (IUG), iaitu dengan menggunakan kepakaran pelajar dan staf dijabatan tersebut dari segi rekabentuk dan perjalanan projek. Berikut adalah gambar ketika perjanjian kerjasama di antara Pengerusi Khatwa Youth, Br Saber dengan Pensyarah-pensyarah IUG beberapa bulan lalu.



Semua perbelanjaan adalah sumbangan rakyat Malaysia. Teruskan menyumbang. Masih banyak yang diperlukan di Gaza !

Teruskan Menghulurkan Sebahagian Rezeki Kita Yang Mungkin Menjadi Hak Rakyat Palestin

Anggota Misi B2G Melawat Sekolah dan Universiti di Gaza



Video Lawatan Dari Media Gaza di SINI

Maklumat ringkas diterima dari anggota misisi B2G, Sdr Abdul Azim Ismail;
"Baru selesai menyerahkan USD2005 sumbangan pelajar-pelajar Malaysia dan masyarakat dari UK kepada Multaqa Arrahmah. Pertubuhan ini melaksanakan banyak program membantu wanita miskin dan pelajar sekolah. Semalam team B2G Aqsa Syarif sempat menyaksikan mereka menjalankan program kuiz sains untuk anak-anak perempuan sekolah menengah. Ketua misi B2G PM Dr Hafidzi menanyakan satu soalan. Kuiz banyak pusingan dan pusingan akhir akan di ada pada musim panas nanti."

"Sekarang kami sedang melawat Islamic University of Gaza. MashaAllah cantiknya persekitaran kampus dan berasaskan pendidikan Islam, tiada percampuran pelajar laki-laki dan wanita. Ada 20,000 students yang mengikuti pelajaran di 10 fakulti. Presidennya Prof Kamalain Shaath."



Anggota Misi B2G, Akhie Abdul Azim dan Associate Prof. Dr Hafidzi bergambar kenang-kenangan dengan Associate Prof Dr Wasam Ahmed, Pensyarah IUG lulusan USM yang faseh berbahasa Melayu

________________________________________

AQSA SYARIF MENGAUDIT SUMBANGAN PACE PADA 2009 UNTUK PEMBANGUNAN ISLAMIC UNIVERSITY GAZA

Di antara misi B2G Aqsa Syarif ialah untuk mengaudit bantuan sebanyak RM250,000 yang disalurkan kepada Islamic University of Gaza pada tahun 2009 bagi tujuan pembinaan semula makmal-makmal yang musnah akibat serangan Israel pada akhir tahun 2008 awal 2009. Kami dapati sebahagian besar dari makmal dan bangunan tersebut telah dibangunkan semula sehingga tiada tanda-tanda ia pernah mengalami kemusnahan yang besar sebagaimana yang dilihat pada gambar-gambar foto yang diserahkan kepada PACE (Palestine Centre of Excellence) ketika dikunjungi oleh Dr Jamal Khaduri (Pengerusi Board of Trustees IUG pada) pada tahun 2009 dahulu 

Gambar di atas menunjukkan makmal-makmal di Islamic University of Gaza yang dimusnahkan oleh Israel dalam serangan pada tahun 2008/2009 telah dibaik pulih dan dibina semula.

Dalam serangan biadab tersebut sebanyak 74 makmal mengalami kemusnahan. Ini termasuklah makmal Microbiology, Hermatology, Genetics, Medical Technology and Medical Chemistry Labs, Physics, Environmental and Earth Sciences, Biology, Biotechnology, Optics, Chemistry, Engineering, and bangunan-bangunan Engineering and IT. International Association of Universities yang mana IUG adalah ahli telah mengutuk serangan tersebut dan menyatakan komitmen untuk membantu IUG membina semula bangunan-bangunan yang musnah.

PACE Malaysia (Palestine Centre of Excellence/JIM) telah dikunjungi oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah IUG iaitu Dr Jamal Khaduri dan sebanyak RM250,00 telah diserahkan untuk tujuan tersebut. Berikut ialah imbasan penyerahan sumbangan spt yang dilaporkan dalam agensi berita BERNAMA




______________________


AQSA SYARIF TERUS SUMBANG UNTUK PEMBANGUNAN ISLAMIC UNIVERSITY GAZA








Islamic University of Gaza mempunyai 20,639 pelajar iaitu 19,355 prasiswazah dan 915 pasca siswazah.

Semasa lawatan B2G Aqsa Syarif kami dimaklumkan bahawa terdapat kira-kira 200 pelajar prasiswazah yang mengalami kesukaran untuk meneruskan pengajian disebabkan oleh masalah kewangan. Mereka perlu menjelaskan yuran pengajian semester yang akan bermula.

Kami telah membuat keputusan untuk memberi
 sumbangan sebanyak USD15,000 bagi tujuan tersebut. Alhamdulillah wang tersebut bolih dimanfaatkan untuk melunaskan yuran pengajian untuk 20 orang pelajar. Aqsa Syarif dibekalkan proposal bantuan pelajar miskin IUG. InsyaAllah ahli-ahli lembaga Aqsa Syarif akan berbincang dalam masa yang terdekat bagaimana langkah seterusnya untuk mengurangkan beban kewangan pelajar-pelajar miskin di Gaza akibat sekatan dan kepungan Israel. Bagi kami ini adalah bantuan yang wajar diberi keutamaan kerana ia melibatkan usaha pembinaan modal insan di Gaza yang sangat penting untuk masa depan rakyat Palestin.

___________________________________

IUG PRAKTIS PEMBANGUNAN LESTARI

Dalam pertemuan kami dengan Presiden Islamic University of Gaza dan Pegawai utama Universiti, kami dimaklumkan IUG menduduki tangga ke 65 dalam ranking Universiti dunia berdasarkan konsep 'sustainability' (mapan) dan tangga teratas di kalangan Universiti di negara-negara Arab.

Pencapaian ini amat membanggakan bagi sebuah universiti yang berada di sebuah negara yang menghadapi embargo dan kepungan oleh Zionis Israel

IUG is the FIRST University among Arab Countries and the SIXTY FIFTH Internationally according to the WORLD UNIVERSITY RANKING
Dr. Kamalain Sha’ath – IUG President- announced that the IUG has achieved a unique place in the WORLD UNIVERSITIES RANKING-GreenMetric according to the concepts of sustainability. He declared that the IUG is the FIRST university and the SIXTY FIFTH university internationally and succeeding over many international universities that have academic and unique places in that field.
Dr. Sha’ath explained that the concepts of sustainability are advanced concepts take out most of the developed countries. He affirmed that the entry of the IUG in this distinctive ranking demonstrates its interest in these high standards. Besides that, Dr. Sha’th stressed that this success is considered as a measure for the IUG pioneering role in achieving the sustainability development in the Palestinian Community and its affective contributing in publishing these concepts in both levels locally and regionally.

Additionally, Dr.Fareed Al Qeeq- Dean of planning and development in the IUG- explained that applying the concepts of sustainability becomes one of the most important trends in both fields: architectural design and urban planning. Also, he added that this success indicates the IUG interest in applying these concepts and integrate them in various courses in architectural field. 

Finally, Dr. Al Qeeq expressed his hope for the university to be a pioneering model in applying these concepts so that it can be a model for all institutions in our country.

________________________________________

Berita berkaitan lawatan misi Aqsa Syarif pada 2010 dan 2011  lihat juga di SINI  dan dSINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...