Monday, 23 January 2012

Misi B2G telah memasuki Gaza dan tugas misi bermula semalam


Anggota Misi B2G bergambar kenang-kenangan bersama Dr Ismail Haniyyeh

Peserta Misi B2G disambut di Lobi Ketibaan di Pintu Rafah oleh beberapa wakil NGO Gaza





Alhamdulillah ... sekitar jam 4:12 petang Isnin 23 Januari 2012, Para peserta misi Board of Trustee Aqsa Syarif to Gaza (B2G) telah berjaya melintasi sekatan pintu Rafah di sempadan Palestin-Mesir. Mereka di sambut oleh para aktivis pertubuhan kemanusiaan di Gaza yang tekun menunggu dengan penuh kegirangan yang diketuai oleh Br AbdelRahem Shihab dari Islamic Society of Jabalia dan Br AbdlLatif (Pengurus Operasi Aqsa Syarif di Gaza).
 "Kami dah sampai Rafah, Alhamdulillah. Dah masuk ke sempadan Gaza. Tengah tunggu clearance imegresen" Message SMS di terima dari Dr Ir Selamat Aliman (B2G) diterima dari sempadan Rafah. Alhamdulillah ... Allahu Akbar ... !!!

Mereka berempat kemudiannya dibawa dengan kenderaan menuju Bandaraya Gaza yang terletak 30 km di utara Rafah dan kemudiannya di tempatkan di sebuah hotel 

Setelah ketibaan mereka di Gaza City, mereka telah dibawa mengadakan kunjungan hormat di rumah PM Ismail Haniyyeh. "Kami telah sampaikan salam rakyat Malaysia dan cenderahati buat beliau dan juga keluarga. Beliau mengucapkan salam dan penghargaan buat semua terutama Aqsa Syarif dan IKRAM." begitu message yang diterima dari peserta misi. 

"Sekarang sedang mesyuarat penyelarasan dan audit serta pelancaran pejabat Aqsa Syarif esok jam 11.00pagi".

Gaza begitu memerlukan kunjungan dan bantuan dari luar selepas kepungan (blockade) bermula 2006 dan serangan dahsyat rejim ganas zionis pada 2008 dan 2009 yang menyebabkan kemusnahan yang amat besar dari segi infrastruktur, bangunan, kecederaan dan kehilangan jiwa. Lebih 1,500 rakyat Gaza Syahid dan 85% dari mereka kehilangan sumber pendapatan dan makanan serta amat bergantung kepada bantuan luar. 

Namun prinsip perjuangan Islam yang dimiliki para pemimpin dan rakyatnya untuk memeprtahankan bumi ambiya'  dan usaha melawan Israel, mereka tetap teguh dan bersabar dengan dugaan yang menimpa. Mereka yakin dengan bantuan Allah dan mereka percaya bahawa bantuan kemanusiaan akan tiba. Mereka juga yakin bahawa dengan berpegang dengan ajaran Islam, ukhuwwah Islamiah dikurniakan Allah dan umat Islam akan datang membantu perjuangan mereka.

Gaza semenjak kemenangan Hamas pasa 2006 dipimpin oleh kepimpinan ulama' yang berpegang kepada prinsip syari'ah. Berasaskan ajaran Al-Qur'an dan Sunnah, mereka mendepani ujian dan cabaran.  Meraka menghadapi tipu muslihat Yahudi dengan prinsip yang kukuh. Mereka tidak akan redha di atas kezaliman Yahudi. mereka tetap teguh memegang prinsip bahawa, bumi Palestin adalah wakaf dan amanah ummat Islam untuk dijaga dan dipelihara. Mereka tidak redha Israel merampas tanah umat Islam dan mereka berazam dan terus berusaha walaupun terpaksa menjadikan tubuh mereka sebagai benteng di dalam perjuangan mendapatkan kembali bumi Palestin yang dirampas dan diduduki pendatang haram Yahudi dari seluruh dunia. Mereka berazam untuk terus mengambil balik setiap inci bumi Palestin. 

"Khabarkan kepada umat Islam sedunia, bahawa kami tidak akan redha walau seinci tanah kami diambil oleh Yahudi, kami akan terus berjuang sama ada syahid atau hidup mulia berjuang untuk mengambil balik tanah milik umat Islam,  kami berazam untuk membawa kembali rakyat Palestin kembali kekampung halaman mereka" Ucapan Timbalan Speaker Parlimen Palestin ketika kunjungan hormat deligasi miai A2G2 di bangunan Parlimen Gaza Ogos 2011 lalu.

Gaza semenjak 2006 dipimpin oleh Dr Ismael Haniyyeh, seorang ilmuan yang berjiwa besar, tawadu', kasih dan sayang kepada rakyatnya tetapi tegas dengan pendirian Islamnya khususnya di dalam berdepan dengan tipu muslihat Israel dan kuncu-kuncunya. Beliau di segani dan dikagumi oleh rakyatnya, mahupun rakyat antarabangsa. Usahanya sekian lama telah mendapat sanjungan dan sokongan serta dokongan pelbagai pihak khususnya pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan yang sentiasa melipatgandakan usaha membantu Gaza melalui pelbagai misi kemanusiaan samaada jalan darat mahupun jalan laut.  
George Gallowey, pemimpin Viva Palestina UK yang berpengaruh dan seorang bekas ahli Parlimen dengan tegas memberi sokongan terhadap pimpinan PM Ismael Haniyyeh dengan katanya: ..." ya kami memang menyokong perjuangan Hamas, kerana Hamas adalah pemimpin dan kerajaan yang sah yang dipilih rakyat untuk menentukan hala tuju pentadbiran negara mereka.. Mereka bukan terrorist ... mereka adalah kerajaan yang sah ...!". 
Viva Palestina berganding bahu dengan pelbagai NGO kemanusiaan telah berjaya menganjurkan berbegai misi kemanusiaan termasuk yang sangat berjaya ialah VP-5 -Global Land Convoy 2010 yang turut disertai Aqsa Syarif Malaysia.

Misi B2G yang akan berada di gaza pada 23 - 26 Jan 2012 Insya Allah memikul tugas yang besar iaitu menghulurkan bantuan kemanusiaan yang akan disalorkan kepada beberapa badan kemanusiaan dan kementerian Kesihatan Gaza. Selain itu, misi B2G akan mengadakan pengauditan terhadap projek-projek tajaan rakyat Malaysia yang disalorka melalui Aqsa Syarif. Sehingga kini 7 badan kemanusiaan bekerjasama dengan Aqsa Syarif dan lebih RM3juta sudah disalorkan bagi membangun semula Gaza melalui pelbagai projek makanan, kesihatan, pelajaran dan sosio ekonomi. 

 
Misi B2G juga akan mengenalpasti beberapa projek baru yang sangat diperlukan untuk diberikan bantuan dari dana yang diperolehi dari rakyat Malaysia dan pelbagai agensi korporat di Malaysia Insya Allah.


1 comment:

  1. Alhamdulillah,smg usaha dipermudahkan,dan semoga kemenangan di pihak Palestine akan berpihak kepada mereka

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...