Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh
Maha suci Allah yang membantu para mujahideen dalam berjuang menegakkan agama Allah di segala tempat terutamanya di tanah suci Al-Quds yang terletak di bumi Palestin yang penuh keberkatan.
Aqsa Syarif mengucapkan syukur yang tidak terhingga atas ‘inayah dari Allah yang melapangkan rezeki kita untuk terus menyalurkan bantuan kewangan dan peralatan kepada rakyat Palestin.

Beberapa pencapaian besar yang dicapai semasa misi ini ialah pembukaan kilang roti hasil sumbangan rakyat Malaysia, melalui Aqsa Syarif, yang pertama di Gaza, diberi nama Kilang Roti Persahabatan Malaysia – Palestin, bernilai RM 630,000.
Misi A2G2 juga berjaya menyerahkan lebih 500 pek makanan Ramadhan yang bernilai RM 100,000 di mana pek-pek ini diedarkan kepada fakir miskin di beberapa daerah di Gaza seperti Khan Younis dan Jabalia.
Di samping itu, Aqsa Syarif juga telah menyalurkan bekalan ubat-ubatan berjumlah RM 150,000, diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Palestin. Itulah sebahagian daripada sumbangan yang berjaya disalurkan melalui misi Aqsa-to-Gaza 2.
Pada Hari Raya Qurban yang lepas, rakyat Malaysia telah melaksanakan ibadah qurban di Palestin di bawah inisiatif Qurban Kasih Ummah yang turut disertai oleh Aqsa Syarif. Sebanyak 28 ekor lembu telah diqurbankan di Gaza melalui Islamic Society of Jabalia – Gaza.
Sehingga hujung tahun 2011, melalui Aqsa Syarif, rakyat Malaysia telah berjaya menaja lebih 1000 orang anak yatim Palestin, menerusi projek usaha sama dengan Takaful for Child Welfare, Lubnan , selain 20 keluarga miskin Palestin melalui the Welfare Association for Palestinian and Lebanese Families (WAFFRA), Lubnan.
Dengan pencapaian-pencapaian yang memberansangkan ini, Aqsa Syarif mengajak rakyat Malaysia khususnya umat Islam untuk memasuki tahun baru 2012 dengan tekad yang lebih kuat untuk membantu rakyat Palestin.
Pengerusi
Aqsa Syarif Berhad
No comments:
Post a Comment