Alhamdulillah, 24 Januari 2012 adalah hari ke dua para peserta misi Board of Trustee Aqsa Syarif di Gaza dan program sungguh padat dengan dimulai awal pagi melawat Pejabat Aqsa Syarif di Gaza. Disambut oleh Pengurus Operasi pejabat iaitu Br. Abdul Latif dan beberapa tetamu kehormat, deligasi Malaysia yang diketuai Prof Madya Dr Hafidzi merasmikan Pejabat Aqsa Syarif.
Selepas ucapan-ucapan dan perbincangan dua hala, majlis bertukar-tukar cenderahati diadakan. Aqsa Syarif membuka pejabat di Gaza bagi tujuan memudahkan urusan pengurusan dan pemantauan projek-projek Aqsa Syarif di Gaza. Kesemua projek-projek tersebut aalah hasil kutipan dana rakyat Malaysia dan orang awam.



Ketika misi A2G2 di bulan Ramadhan yang lalu, hasil kilang roti dan ternakan ikan telah diedarkan kepada para penduduk Gaza melalui projek Ramadhan Food Pack yang ditaja rakyat Malaysia melalui Aqsa syarif.


Nota: gambar perasmian di Pejabat AQSA, credit Br Omar Syiam.
No comments:
Post a Comment