Monday, 23 January 2012

Perjalanan B2G yang panjang ... merentas padang pasir & sekatan keselamatan

Debaran menanti ... jam 6.30pagi waktu Mesir Misi B2G tiba di Cairo Airport, kemudian mereka terus menaiki kenderaan darat menuju sempadan Rafah. 


Perjalanan dari Cairo ke selatan Gaza Palestin sememang memenatkan, lazimnya memakan masa sekitar tujuh jam, merentasi padang pasir dan perkampungan-perkampungan yang kering. Juga akan merentasi sekitar tujuh sekatan keselamatan pihak berkuasa Mesir yang lengkap dengan bersenjata dan kereta kebal.

Bergantung kepada jenis kenderaan yang disediakan oleh misi B2G kita, mudah-mudahan ianya adalah kenderaan yang selesa. Semoga Pengerusi Aqsa Syarif yang kita kaisihi berada di dalam kesihatan yang sempurna dan mantap. Beliau sebenarnya telah menjalani pembedahan besar sebelum ini dan Alhamdulillah keadaannya stabil walaupun terpaksa menelan beberapa jenis ubat. Kegigihan beliau di dalam perjuangan berkongsi ilmu dan pengetahuan yang luas mengenai Palestin dan Sejarah Negara dan Ummat Islam sunguh dikagumi oleh ramai kenalan dan anak-anak muda di IPT di dalam mahupun di luar negara. Oleh itu acap kali beliau terbang ke luar negara memenuhi jemputan demi jemputan.


Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan untuk Pengerusi kami PM Dr Hafizi dan permudahkan perjalanannya memimpin misi B2G kali ini. Makbulkan hajatnya untuk menjejak kaki di bumi ambiya' .... bumi yang sentiasa menjadi sebutan dan membasahi bibirnya di dalam apa jua kesempatan di dalam ceramah-ceramah beliau dan dalam do'a nya.


.... maklumat baru saya terima ... mereka sedang di dalam perjalanan telah melepasi 50% dari perjalanan yang panjang menuju Rafah. Do'a kamu mengiringi perjalanan jihad dan mujahadah antum semua.

.... Saya juga sedang berkomunikasi dengan Br Saber dari Khatwa Youth di Gaza ... Para aktivis kemanusiaan di Gaza sedang menunggu ketibaan rombongan misi B2G di pintu Rafah. 

Sama-sama kita do'akan semoga mereka tidak menghadapi masalah untuk melepasi sempadan Rafah dari pintu sekatan sempadan mesir menuju Pintu Rafah di Gaza. Ya Allah permudahkan para aktivis Aqa Syarif di dalam misi suci mereka.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...