Bersempena cuti hujung tahun baru-baru ini, Alumni Sek Agama Kg Sawah Pekan Nenas Johor telah menganjurkan Kem Titian Kasih Remaja Muslim yang dihadiri oleh lepasan pelajar-pelajar sekolah berkenaan (khusunya mereka yang baru menamatkan darjah khas) dan murid-murid sekolah berkenaan serta ramaja-ramaja dari Pekan Nenas.
Kem diadakan di Nurfa Farmstay yang terletak lebih kurang 10 km dari bandar Pekan Nenas. Pelbagai aktiviti dan ceramah diadakan bagi tujuan mendidik dan memberikan bimbingan kepada para peserta agar mempunyai jati diri muslim yang tinggi dan mantap. Di antara penceramah yang diundang ialah Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar, iaitu Ketua Misi Aqsa2Gaza2 yang diminta penganjur untuk memberikan ransangan dan ceramah perkongsian mengenai Palestin kepada para peserta.
Ceramah turut menarik minat para guru dan ibu bapa yang hadir di kem tersebut. Ceramah Dr Zin di mulai dengan motivasi remaja yang bersumberkan kepada kehebatan Rasulullah s.a.w yang didatangkan Allah untuk memimpin dan mendidik ummat manusia di zamannya dan sehingga hari kiamat agar menjadi muslim sejati, berjatidiri, kuat dan dapat memimpin dunia sebagai Khalifah. Keunggulan budipekerti, kehebatan perjuangan dan keprihatinan terhadap umatnya seharus menjadi inspirasi keapda remaja untuk berdepan dengan masa hadapan yang sengat mencabar.
Perjuangan di Palestin bagi membebaskan tanah umat Islam dan Masjidil Aqsa adalah juga suatu perjuangan yang seharusnya mendorong para remaja untuk tidak leka dengan sogokkan pelbagai hiburan yang melekakan yang umumnya akan merugikan masa hadapan remaja.
Dr Zin mengajak remaja agar mengerti akan tipu muslihat Zionis Yahudi dan kuncu-kuncunya hari ini yang menggunakan media dan program hiburan sebagai kaedah untuk melalaikan ramaja-remaja Islam dari membina jati diri muslim yang sejati. Al-Qur'an dan Sunnah seharusnya dijadikan panduan bagi berhadapan dengan pelbagai cabaran masa kini.
Syaitan yang hari ini menyerupai manusia dalam pelbagai rupa yang sentiasa menggoda orang-orang yang beriman khususnya, akan menggunakan pelbagai cara untuk melemah dan menyesatkan manusia khususnya para remaja Islam. Perjuangan di Palestin hari ini boleh kita pelajari dan jadikan pengajaran. Istiqamah mereka di dalam melawan zionis Yahudi Israel, telah memberikan petanda kemenangan di dalam perjuangan mereka. Mereka bukan sahaja hebat, malah kini mendapat sokongan pelbagai pihak di luar negara di dalam bentuk sokongan moral dan kedatangan misi-misi konvoi bantuan ke Palestin secara berterusan. Aqsa Syarif Malaysia juga telah dengan istiqamah menjalankan kempen kesedaran, mengumpulkan dana dan membina projek-projek kilang roti, ternakan lembu, ternakan ikan, membangun sekolah, membantu hospital dan dari segi sosio-ekonomi rakyat Palestin secara terus.
Beberapa minit sebelum ceramah berakhir, Dr Zin telah mengedarkan tabung untuk bantuan projek-projek Aqsa Syarif di Gaza, Alhamdulillah ... pelajar-pelajar begitu terkesan dengan ceramah tersebut dan terus menyumbang walaupun mereka tidak memiliki wang yang banyak. Sesungguhnya itulah bentuk sokongan dari segenap lapisan masyarakat Malaysia yang prihatin di dalam membantu perjuangan di Palestin.
Beberapa minit sebelum ceramah berakhir, Dr Zin telah mengedarkan tabung untuk bantuan projek-projek Aqsa Syarif di Gaza, Alhamdulillah ... pelajar-pelajar begitu terkesan dengan ceramah tersebut dan terus menyumbang walaupun mereka tidak memiliki wang yang banyak. Sesungguhnya itulah bentuk sokongan dari segenap lapisan masyarakat Malaysia yang prihatin di dalam membantu perjuangan di Palestin.
Janji Allah pasti sampai, kemenangan akan memihak kepada mereka-mereka yang bertaqwa, maka bersama-samalah dengan mereka yang beriman dan beramal soleh.
No comments:
Post a Comment