Selepas dari itu B2G ke hospital kanak-kanak kanser Dr Abdul Aziz Rantissi untuk merasmikan bilik bermain pesakit kanser kanak-kanak dan library yang dimulakan projek pada misi A2G2 dan diurus oleh Khatwa Youth Association, sebuah lagi 'local partner' Aqsa Syarif di Gaza. Projek ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Senibina Universiti Islam Gaza (IUG), iaitu dengan menggunakan kepakaran pelajar dan staf dijabatan tersebut dari segi rekabentuk dan perjalanan projek. Berikut adalah gambar ketika perjanjian kerjasama di antara Pengerusi Khatwa Youth, Br Saber dengan Pensyarah-pensyarah IUG beberapa bulan lalu.
Semua perbelanjaan adalah sumbangan rakyat Malaysia. Teruskan menyumbang. Masih banyak yang diperlukan di Gaza !
No comments:
Post a Comment