Saturday 24 December 2011

Generasi yang Unggul .. Tidak Mustahil ..!


Generasi yang Unggul?

Saya_mengenangkan apa yang telah diperkatakan iaitu usaha untuk membina generasi Al Quran yang unik atau unggul. Bagaimana?.., macamana?….
Satu persoalan yang besar, yang mana pada kiraan realitinya sangat sukar untuk diperolehi generasi sedemikian, benarkah?
Tetapi tidak mustahil untuk melahirkan generasi sebegini melalui pentarbiyyahan yang berterusan. Pembentukan generasi sahabat terdahulu telah dibuktikan dan mereka mampu menjatuhkan kerajaan Rom dan Parsi dan memerintah 2/3 daripada dunia.
Pengalaman di kem pelarian Palestin
Namun, kini, tidak pula mustahil kerana semasa saya berada di kem pelarian Palestin, Shatila Beirut, saya tidak nampak pun anak-anak palestin yang datang meminta sedekah atau pengemis-pengemis berada di merata-rata tempat, walaupun kita faham dan maklum bahawa mereka berada di dalam keadaan yang cukup susah dan serba kekurangan. Di kejadian yang lain pula, mereka merasa tidak selesa apabila kami ingin mengambil gambar di sekitar kawasan mereka kerana khabarnya mereka tidak mahu ia menjadi bahan ketawa atau lelucun oleh pihak-pihak tidak berkenaan atau sengaja ingin mengambil kesempatan dari kesempitan hidup mereka.
Begitu juga keadaannya yang berlaku di tanah suci Gaza. Menurut salah seorang anggota konvoi AQSA Syarif yang menjejak kaki di sana, walaupun keadaan mereka sangat susah, rumah yang tidak serupa rumah, bangunan-bangunan yang pecah-pecah dibedil dengan peluru dan bom-bom oleh puak Zionist, makanan yang sukar diperolehi, kesihatan yang tidak terjamin, namun mereka tabah, mereka mampu berusaha untuk meneruskan kehidupan, anak-anak dididik dengan penuh izzah (kemuliaan), rakyat dijaga dengan penuh kasih sayang dan kemuliaan, mereka tidak menjadi pengemis atau peminta sedekah, malah mereka masih mampu untuk mempertahankan tanah suci yang menjadi tanah wakaf umat Islam sedunia. Mereka pasrah dengan ketentuan Ilahi dan akan terus mempertahankan tanah barakah itu bagi mewakili pihak kita semua.
Tidak seperti anak-anak ‘comel’ dan pengemis-pengemis tua yang mengemis di negara sendiri mahupun ditemui di negara-negara jiran. Rakyat di sekeliling boleh dikatakan senang-lenang dan negara amat mewah sehingga ‘termuntah-muntah’ dengan segala macam kemewahan. Namun tertindas juga golongan sedemikian. Usah dicakaplah tentang keperibadian sepertimana yang dimiliki oleh anak-anak Palestin atau rakyat Palestin.
Sesuatu yang menakjubkan dan sukar untuk mengetahui dimanakah datangnya kelebihan mereka. Mereka mampu menghasilkan generasi yang digeruni oleh puak Israel. Bukan kerana kekuatan senjata dan bukan juga kerana kecanggihan peralatan perang yang bermutu dan berteknologi tinggi.
•Siapakah mereka?
•Apakah formula pembentukan keperibadian ini?
•Kenapa unik sekali generasi mereka?
Kehidupan Arrasul
Di awal usia baginda Arrasul, beliau telah terdedah dengan situasi atau suasana perit, sukar, sedih, hiba, kental, tegas, dan berbagai-bagai lagi. Tambahan pula hidup tanpa mendapat belaian kasih sayang ibu dan ayah dan tentunya tanpa kemesraan diperolehi dari mereka berdua. Di usia dewasa baginda dicemuh oleh kaum keluarga, kerabat dan bangsa serta manusia lain kerana membawa kalimah agung iaitu menyuruh manusia supaya tunduk dan taat kepada Allah sebagai tuhan rabb dan Illah. Semuanya adalah rencana dari Allah Taala yang bukan dibuat-buat secara sembrono untuk mengesahkan kehidupan baginda sedemikian rupa.
Kekentalan hidup baginda menyakinkan manusia yang bersama baginda untuk terus membina generasi yang akan memperjuangkan agama Allah. Malah, rentetan kehidupannya adalah untuk mendidik generasi ketika itu, kini dan akan datang secara langsung tentang ketabahan dan seriusnya usaha mendidik diri, keluarga, sahabat malah memastikan generasi supaya menjadi generasi yang terbaik mengikut acuan yang paling sempurna iaitu Al Quran. Mereka digelar sebagai generasi Al Quran yang unik.
•Pegangan akidah mereka adalah berpandukan Al Quran
•Amalan ibadah mereka menepati spesifikasi syariat
•Akhlak mereka amat sempurna sepertimana termaktub di dalam Al Quran
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa.
(Al-Baqarah 2:177)
Lihat sahaja kehidupan kita, sama ada di rumah atau di luar rumah, di tempat awam, sekolah atau pejabat, keseorangan atau berteman, bermasyarakat atau berkumpulan dan sebagainya. Malah tidak dinafikan pula dikalangan kita yang mengamalkan berbagai-bagai ideologi dan fahaman yang tidak bertepatan dengan Al Quran dan Sunnah. Apakah ideologi atau fahaman itu?
… Kapitalisma, sosialisma, nasionalisma dan ta’asub kepada bangsa, komunisma, sosialisma, demokrasi, hiburan (hedoisma) dan sebagainya.
•Berpuas-hatikah kita dengan suasana dan keadaan yang ada?
•Bebaskah dengan apa yang diamalkan?.
•Apakah ‘nilaian’ yang kita perolehi daripadanya.
•Yakinkah kita betapa Islam mampu memberikan ‘nilai’ yang terbaik di dalam kehidupan manusia?
Dan janganlah kamu campur-adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah 2:42)
Generasi yang dibentuk dengan Al Quran adalah generasi yang menolak semua ideologi ciptaan manusia kerana ideologi itu mempunyai banyak kepincangan sehingga menimbulkan kerosakan-kerosakan kepada sistem fitrah ciptaan iaitu hubungan dengan Allah Taala dan juga hubungan sesama manusia.
Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat. (Al-Baqarah 2:85)
Kekuatan aqidah
•Pembinaan peribadi manusia yang mampu membuang sejauh-jauhnya pengamalan syirik dan sifat serta amalan kurafat dan jahiliyyah
•Mengakui Allah sebagai rabb dan Illah yang sepatutnya disembah
•Tidak tunduk kepada selain Allah
•Menyakini tanpa ragu-ragu Kitab Allah
Berpegang pada prinsip dan bersikap tegas
•Bertegas di dalam perkara-perkara hukum dan syariat
•Mempertahankan perkara-perkara yang hak
•Menolak sekeras-kerasnya perkara batil
Ukhuwwah
•Menjalinkan ukhuwwah melangkaui batas bangsa dan kaum
•Bersikap lemah lembut sesama mukmin dan bersikap tegas dengan puak yang menentang Allah dan Rasul
Mentaati Allah dan Rasul
•Taat kepada suruhan dan larangan Allah dan Rasul di dalam setiap hal dan keadaan
Semoga kita bersama-sama membina generasi yang menepati acuan Allah dan mampu sekali lagi mengegarkan dunia dengan keperibadian yang cukup hebat dengan digelar sebagai generasi Al Quran yang unik.
Wallahu ‘alam, sekian

Short URL: http://ikramuke.org/v3/?p=1442

Friday 23 December 2011

Aqsa Syarif Mengimbau Satu Peristiwa Dahsyat Yang Berlaku 3 Tahun Lalu



Aqsa Syarif mengimbau satu peristiwa dahsyat yang berlaku tiga yang lalu, di saat seluruh dunia menyambut kedatangan tahun baru hijrah dan berada diambang  sambutan tahun baru miladiah iaitulah serangan biadap yang dilancarkan oleh regim Zionis Israel ke atas jalur Gaza pada 27 Disember 2008. Seramai 1,500 rakyat Palestin gugur syahid dalam peristiwa menyayat hati ini dan hampir 5,000 yang lain mengalami kecederaan yang parah dan kecacatan sepanjang hayat. Peristiwa yang telah berlalu selama tiga tahun ini kini mungkin telah dilupakan oleh sebahagian besar warga dunia. Namun hakikatnya perang yang tidak diistiharkan ini tidak pernah berakhir bahkan tidak pernah berhenti sejak 64 tahun yang lalu  dan boleh berulang kembali pada bila-bila masa tanpa sebarang amaran. Bahkan serangan berlaku saban hari di bumi Palestin yang menyaksikan sehingga belasan atau puluhan rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara atau bedilan dari sempadan.
          
Aqsa Syarif ingin mengingatkan rakyat Malaysia tentang penderitaan yang masih ditanggung oleh Palestin di Gaza. Bahkan selepas tiga tahun peristiwa itu berlaku, rakyat Gaza masih dikepung dan terus dikenakan sekatan ekonomi dan dihalang dari mendapat bekalan makanan, ubat-ubatan, bekalan air bersih, bahan binaan dan bahan bakar. Kedudukan mereka tidak pernah berubah sejak enam tahun yang lalu (bermula 2006) apabila Israel menutup sempadan keluar-masuk dan laluan laut dan udara. Yang lebih memilukan ialah Negara umat Islam yang berjiran dengan Gaza iaitu Mesir turut tunduk kepada tekanan Israel dan menutup satu-satunya laluan ke Mesir dipintu masuk Rafah. Bahkan sewaktu rakyat Gaza yang tercedera cuba untuk mendapatkan rawatan di Mesir, mereka telah dihalang dari memasuki sempadan sehingga ada yang meninggal kerana menunggu beberapa hari di pintu masuk. Bukan sahaja penduduk Gaza tidak dibenarkan menyeberang masuk bahkan bantuan perubatan yang datang dari seluruh dunia juga tidak dibenarkan masuk untuk menghantar doktor, ubat-ubatan dan peralatan untuk rawatan. Sesungguhnya dunia belum pernah menyaksikan kezaliman yang begitu menyolok mata yang dilakukan oleh umat islam sendiri ke atas saudara-saudara seagama mereka.
          
Berbanding dengan pendirian Mesir dan regim-regim Negara Arab yang bersekongkol dengan Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat, kita lihat beberapa inisitif yang diambil oleh warga dunia yang begitu prihatin dan sanggup meletakkan nyawa mereka dalam bahaya untuk membantu rakyat Gaza atas dasar kemanusiaan yang tulus. Kita menyaksikan bagaimana usaha penghantaran bekalan makanan dan ubat-ubatan oleh ahli-ahli parlimen Eropah dan NGO melalui jalan laut telah dibedil oleh Isreal sehingga mereka hampir maut dalam cubaan untuk menyelamatkan penduduk Gaza. Seorang ahli parlimen British George Galloway pula melakukan satu inisiatif untuk menghantar konvoi yang terdiri dari lebih dari 100 buah ambulan dan ubat-ubatan ke Gaza melalui jalan darat pada bulan Disember 2009. Apa yang menakjubkan ialah warga Britain dari beberapa buah daerah telah menyumbang ambulan mereka tersendiri untuk disumbangkan kepada penduduk Gaza. Begtu juga sumbangan dari rakyat Amerika yang bergabung di bawah inisiatif Viva Palestina USA. Alhamdulillah rakyat Malaysia juga melalui sumbangan orang ramai telah menyumbang sebanyak 4 buah ambulan terhadap usaha ini. Ini disusuli pula dengan Life Line for Gaza LL4G yang melibatkan lebih 600 sukarelawan dari seluruh dunia yang menyertai flotilla di atas kapal Mavi Marmara yang cuba menerobos 'tembok kematian' gaza pada bulan Mei 2010. Seramai 12 orang sukarelawan dari Malaysia telah mengambil bahagian termasuklah Pengerusi Aqsa Syarif ketika itu Ustaz Hassanuddin Mohd Yunus dan Ir Dr Selamat Aliman, ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif. Dunia menyaksikan bagaimana Israel dengan biadap telah menyerang Flotilla kemanusiaan ini sehingga 9 orang aktivis terkorban syahid. Meskipun misi ini berakhir dengan tragedi, ia tidak sedikitpun mematahkan semangat warga dunia yang cintakan keamanan dan membenci kezaliman Zionis untuk terus berjuang membela rakyat Palestin yang tertindas dan berusaha untuk membebaskan mereka. Bantuan kemanusiaan diteruskan lagi dengan Konvoi darat yang melibatkan lebih dari 200 kenderaan ambulan dan kenderaan pengangkutan yang lain. Misi kali ini terut disertai oleh Aqsa Syarif di mana 7 orang sukarelawan di bawah pimpinan Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar bergabung bersama lima orang sukarelawan Viva Palestina Malaysia di bawah pimpinan Allahyarham Datuk Adnan Tahir. Misi yang diberi nama Viva Palestina V dan Aqsa 2 Gaza ini telah membawa amanah berupa 6 buah ambulan sumbangan rakyat Malaysia dan bantuan wang ringgit, ubat-ubatan dan barang keperluan asas yang lain. Kemahuan yang tinggi untuk membebaskan rakyat Palestin dari cengkaman kezaliman Zionis telah menggerakkan misi Aqsa2Gaza2 pada bulan Ramadhan yang lepas di mana 11 orang sukarelawan Aqsa Syarif telah berjaya memasuki Gaza dan menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM1.5 juta. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia amat prihatin dan akan terus menyahut seruan membantu rakyat Palestin. Aqsa Syarif akan terus bersama rakyat Malaysia untuk menerajui usaha-usaha murni atas nama kemanusiaan dan membanteras pendudukan Israel yang tidak sah sejak 64 tahun yang lalu. 
 
Aqsa Syarif akan terus memacu kempen kesedaran Palestin dalam pelbagai bentuk dan pendekatan. Setiap warga Malaysia tanpa mengira tahap umur dan lapisan akan terus diperkasa dengan maklumat, kesedaran dan seterusnya diberi ruang untuk menyumbang kepada rakyat Palestin dengan bermakna. Sumbangan berupa wang ringgit, tenaga kerja kesukarelawanan dan penglibatan dalam kempen kesedaran sentiasa dialu-alukan oleh Aqsa Syarif. Bagi Aqsa Syarif penglibatan khalayak dalam program-program yang disusun adalah petanda positif bahawa seluruh rakyat Malaysia sentiasa berganding bahu dalam isu yang melibatkan pembelaan ke atas rakyat Palestin. Program berbentuk rekreasi dan kesukanan seperti pertandingan 'Paintball' anjuran Aqsa Syarif Selangor ini adalah satu lagi inisiatif untuk melibatkan semua lapisan masyarakat terutama golongan muda yang suka kepada cabaran dan aktiviti yang menguji ketangkasan. Adalah menjadi harapan Aqsa Syarif, penglibatan golongan muda akan merancakkan lagi kempen kesedaran perjuangan pembebasan Palestin. penglibatan sebegitu ramai pasukan yang dibentuk termasuklah dari PCOM (Palestine Cultural Organization Malaysia) yang merupakan rakyat Palestin sendiri dalam temasya Paintball kali ini sudah tentu mewarnakan acara Paintball ini dengan 'semangat Palestin' yang mengujakan.

Sekali lagi Aqsa Syarif mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan penganjur tertutama Aqsa Syarif Selangor yang begitu berani mencuba sesuatu yang baru dan segar dalam mengenengahkan isu Palestin ke tengah-tengah masyarakat Malaysia. Syabas diucapkan pada semua'
 
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif

Tuesday 20 December 2011

Nurul Syuhada Teruja Membantu Palestin Walaupun Tinggal Di Kampung Pendalaman

Semangan berputik setelah berpeluang mendengar ceramah perkongsian misi kemanusiaan ke Gaza yang diadakan di Sekolah Mahaad Lunghatul Quran Muar yang disampaikan oleh ketua misi A2G dan A2G2, Dr Mohd Zin Kandar pada Oktober 2011 anjuran Aqsa Syarif Muar dan Alumni sekolah berkenaan, Lihat di SINI.

Tubuh kecil pelajar tingkatan tiga, Nurul Syuhada, yang dilahirkan dan tinggal di Kampung Sri Makmur, Pagoh, Johor sering teringat saudara dan rakan pelajar seumurnya di bumi Palestin. Fikirannya sering memikirkan apakah yang dapat aku lakukan ??. Layakkah aku untuk berdiam diri, berkurung di rumah cuti sekolah ini? Apakah nasib yang sedang dihadapi sahabatku muslim di Palestin? ... Persetan Zionis Laknatullah...!  Begitulah agaknya suasana yang dialami Nurul Syuhada selepas menyaksikan slides dan video yang ditayangkan Dr Mohd Zin di ceramah di sekolahnya. 

Bermula cuti sekolah pertengahan November 2011 ini, Nurul Syuhada beberapa kali menghubungi Dr Zin dengan SMS dan Facebook. Meminta panduan dan cadangan bagaimana beliau boleh berbuat sesuatu untuk membantu Palestin. Beberapa cadangan diberikan Dr Zin kepadanya melalui SMS dan Facebook di antaranya ialah berusaha menganjurkan program ceramah di masjid, surau  atau sekolah dikampungnya.

Lantas Nurul Syuhada berbincang dengan ibunya yang kebetulan aktif dengan masyarakat di kampungnya, Kg Sri Makmur, Pagoh. 

Bertepatan dengan mesyuarat dan kursus untuk penduduk Kampung di Balai Raya Kg Sri makmur, Aqsa Syarif dijemput untuk membuat pengisian. Ketua misi A2G & A2G2 dihubungi dan program dirancang.

Ahad, 18 Dis 2011 adalah tarikhnya dan Dr Zin ketika itu di dalam perjalanan balik dari dua program iaitu menghadiri Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM di Kuala Lumpur dan Program Rehlah & Kemah Ibadah Kelab KABARE yang di adakan di Port Dickson bersama keluarga (lihat di SINI).

Van merah meluru tengah hari itu dari Nilai N.Sembilan menuju Paguh meredah hujan di Lebuhraya PLUS. "Prof telefon saya bila tiba di tol Paguh ya..!" begitu pesanan Nurul Syuhada menghantar SMS kepada Dr Zin. Dengan dibantu Muhammad Sabiq, anak-anak yang lain dan isteri yang turut sama di dalam van 12 tempat duduk itu, Dr Zin memecut dan mencari laluan menuju distinasi yang dijanjikan. Memasuki tol Paguh dan membelok ke kanan... menuju Pekan Pagoh. ....  van merah melepasi beberapa kampung... sungai dan akhirnya kelihatan papan tanda beberapa kampung ... tertulis Kampung Sri Makmur dengan anak panah menunjukkan arah. Seorang budak bertubuh kecil bertudung biru, berbaju batik tercegat bersama adiknya sambil memegang sebuah motosikal. Melambai dan menunjuk arah kerah kami. Alhamdulillah ... sampai dah kata Dr Zin ... "Assalamualaikum ..." Jom ..!  Van berhenti sejenak sambil Dr Zin melalui side-mirror memerhati Nurul Syuhadah yang beberapa kali menekan pedal menghidupkan motosikalnya yang sukar dihidupkan. Anak-anak Dr Zin cemas dan saling menyuruh satu sama lain untuk membantu ... ALhamdulillah akhirnya injin berderum dan Nurul Syuhadah mendahului perjalanan menuju Kampung Sri Makmur. Kami mengikuti jalan menelusuri jalan sempit menuju Kg Sri Makmur.  Membelok dan memasuki terowong di bawah laluan PLUS. Teringat Dr Zin akan pengalaman merentasi leuh raya dan terowong di Itali & Greece ketika perjalanan konvoi A2G 2010.
Nurul Syuhada bertubuh kecil membonceng adiknya sebagai teman, kelihatan begitu ikhlas dan bersungguh-sungguh. Bermula mendapat kesedaran tentang penderitaan yang dialami oleh saudara seislam kita di Palestin yang penuh mehnah dan tribulasi semasa ceramah di sekolah Nurul Syuhada Mahaad Lunghatul Quran telah membuatnya insaf dan mendesak ibunya agar membantunya membawa penceramah ke kampung nya. Sememang penekanan Dr Zin di dalam ceramah di mana-mana sekolah agar murid-murid membuat pelan tindakkan membentuk Kelab Sayangkan Palestin dan berusaha menganjurkan program Palestin di tempat masing-masing. 
Gesaan Dr Zin itu telah menarik minat pelajar tingkatan tiga ini untuk turut berganding bahu menyedarkan masyarakat kita tentang perjuangan di bumi terletaknya Masjid Al-Aqsa yang sedang ditawan Zionis Israel. Nurul Syuhada' baru berumur 15 tahun, tapi jiwanya sungguh besar hendak menolong rakyat Palestin . 
Bagaimanakah kita ? tidak malukah kita dengan beliau ? . Adakah kita masih mahu hanya berpeluk tubuh mendiamkan diri ?
Setelah 15 minit beliau menunggu di persimpangan masuk ke Kampung Sri Makmur, kemunculan kami jelas terpancar kegembiraan Nurul Syuhada. Lebih kurang 5km perjalanan dari simpang jalan utama menuju Kg Sri Makmur, melintasi beberapa Kampung.... Ketibaan saya disambut beberapa penduduk kampung dan juga ketua kampung, En. Jamaluddin bin Shahadan.

Di dalam perkongsian yang memakan masa 1jam 15 minit, Dr Zin sempat membentangkan beberapa fakta dan kesedaran berhubung tanggungjawab asas seorang Islam dan anggota di dalam masyarakat. Di antara yang disentuh ialah; 
a. Islam yang kita miliki perlu disyukuri dan dijaga dengan sungguh-sungguh.
b. Nikmat hidup di kampung dengan rezeki yang dikurniakan Allah perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membangun keluarga agar sentiasa diredhai Allah.
c. Rasulullah adalah contoh tauladan yang terbaik, kehadirannya dan perjalanan hidupnya sangat sayangkan pada ummatnya dan beliau adalah sebaik-baik ikutan. ¨Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan olehmu, sangat menginginkan
(keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin” [At-Taubah : 128].

Menyentuh mengenai perjuangan Palestin yang juga dihubungkan dengan perlunya hidup kita adalah hidup Pejuang sebagaimana kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabatnya, Dr ZIn membentangkan beberapa fakta dan pengalaman misi bantuan kemanusiaan ke Gaza:-

a. Bumi Palestin adalah bumi umamt Islam dan buma Masjidil Aqsa yang perlu sama-sama kita insafi.

b. Seluruh ummat Islam perlu turut serta di dalam perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa dari Cengkaman rejim Yahudi yang zalim dan tidak berprikemanusiaan.

c. Usaha dan sokongan perjuangan kemanusiaan terhadap Palestin kini dilibati masyarakat antarabangsa dan termasuk yang bukan beragama Islam.

d. Aqsa Syarif akan terus berusaha mempertingkatkan kesedaran dan menganjurkan kempen kutipan dana untuk membantu rakyat Palestin hidup seperti mana-mana bangsa yang berhak mendapat keperluan asas seperti makanan, pendidikan, perubatan dan kehidupan yang sempurna.
e. Mengajak pendengar agar memboikot barangan-barangan dari syarikat-syarikat yang jelas menyokong Israel di dalam menzalimi rakyat Palestin dan menggesa agar jangan minum Nascafe dan Milo di rumah ataupun di warung-warung. Pilihlah minuman keluaran tempatan sebagaimana yang digalakkan oleh kerajaan untuk membeli barangan tempatan.


Alhamdulillah. setelah tamat penyampaian, Dr Zin dan keluarga sempat beramah mesra dengan penduduk kampung tarmasuk Ketua Kampung, En Jamaluddin bin Shahadan dan beberap penduduk yang menyatakan rasa terima kasih dan baru tahu apa sebenarnya yang berlaku di Palestin. Insya ALlah program susulan akan dirancang.

TAHNIAH kepada adik Nurul Syuhada, ibunya dan seluruh penduduk kampung Sri Makmur. Semoga Adik Nurul Syuhada akan terus bersemangat di dalam usaha-usaha membantu Palestin dan semoga cemerlang di dalam PMR dan kerjaya akan datang. Semoga kehidupan di kampung bertambah Makmur dan diredhai Allah SWT.
Kemuliaan dari nilai-nilai murnia penduduk kampung jelas tergambar. Keluarga Dr Zin dibekalkan meehoon goring dengan bekasnya sekali cukup untuk bekalan perjalanan balik sekeluarga menuju Johor bahru pada malam itu, Jazakumullahukhairan & Terima Kasih.
 

Friday 16 December 2011

Perkongsian Misi A2G2 di Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA), Dengkil Selangor


Maklumat Program:
Tarikh: 14 Disember 2011
Masa : 11.00-11.30pg
Pameran & Jualan: 9-12tgh.
Penyampai;
a. Dr.Ar-Baiyah,Pakar kanak-kanak dari Hospital An Nur Bangi
b. Hjh.Noorazian Anidin dari Aqsa Syarif Ampang Jaya & Peserta Misi A2G2.
Sekretariat Rose2Rose Aqsa Syarif telah melaksanakan satu perkongsian A2G2 bersama kumpulan PUSPANITA cawangan MOSTI anjuran  Biro kesihatan. Taklimat kesihatan yang diisi dengan Ceramah kesihatan "Pendedahan Mengenai Penyakit Di Kalangan Kanak-kanak" telah di sampaikan oleh Dr.Ar-Baiyah iaitu pakar kanak-kanak dari Hospital An Nur Bangi, setelah itu disusuli dengan Slot Penerangan Palestin yang turut disampaikan oleh Hjh.Noorazian Anidin dari Aqsa Syarif Berhad. Sesi perkongsian 30min ini dikongsi dengan pengenalan Aqsa Syarif sebagai NGO yang menerajui perjuangan Palestin di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia. Fokus perkongsian adalah kepada Projek-projek yang ditaja & dijayakan oleh Aqsa Syarif Bhd, khususnya dalam Misi A2G2 pada Ramadhan 1432H yang lepas, terutamanya projek Rose2Rose Aqsa Syarif yakni Projek Pusat Komuniti kaum Wanita di Semenanjung Gaza .
Tumpuan peserta yang terdiri dari 30 orang ahli Puspanita cawangan Mosti selepas slot tersebut ke Gerai Pameran & Jualan Aqsa Syarif yang di kendalikan Ustazah Siti Ramlah Ibrahim (peserta misi A2G2).
Aqsa Syarif Berhad mengucapkan jazakallahu khairan kathira kepada pihak Puspanita cawangan MOSTI terutama kepada yang berusaha Pn.Noryani Md Tan & Pn.Intan Syuriani Ismail, Setiausaha PUSPANITA .
Sekian,
Noorazian Anidin.
Aqsa Syarif AmpangJaya.

Thursday 15 December 2011

Keperitan 1.7juta rakyat Gaza dirasai pelajar Malaysia di Adelaide






Adelaide, 14 Dis 2011: Alhamdulillah, program perkongsian Gaza anjuran Misi Kasih Palestin (MKP) oleh PM Dr Mohd Zin Kandar yang dalam lawatan Penyelidikan JKR-UTM telah dihadiri oleh lebih 30 peserta di Payneham, South Australia.

Dalam sesi soal jawab selepas perkongsian Dr Mohd Zin itu, seorang hadirin merasa simpati dan menanyakan mengenai kehidupan rakyat Gaza yang begitu sesak dengan perumahan yang padat. 1.7 juta rakyat terpaksa bersesak di bumi gaza yang luasnya hanya 360 kilometer pesegi dan telah dikepung (blockade) oleh rejim zionis yang kejam. Dr Mohd Zin menjelaskan, Gaza adalah penjara terbuka yang terbesar di muka bumi.








Di antara penakanan perkongsian Dr Zin ialah:-
- keperluan utk kita mengisi 3 fakulti utama manusia: minda, fizikal dan spiritual
- rasa prihatin adalah penting sebagai muslim, ia pelu di bentuk dan disuburkan seumpama melibatkan diri dalam isu Palestin.
- isu palestin telah digerakkan oleh masyarakat dunia termasuk bukan Islam, ini adlah kezaliman diluar pri kemanusiaan oleh rejim Israel khususnya apabila media elektronik mula memberi penumpuan terhadap 'blokade', serangan 2008/09 terhadap Gaza dan serangan terhadap Mavi Marmara pada Mei 2010.
- usaha Aqsa Syarif bersama NGO lain seperti Viva Palestina, Haluan, muslimcare dalam mavi marmara dan konvoi darat telah membuka laluan yg mudah dan tekanan hebat kepada Israel.
- pertwmuan dengan ramai aktivis non-muslim semasa konvoi misi VP-5 ke Palestin menggambarkan bagaimana isu Palestin kini sudah menjadi isu kemanusiaan Global dan ini perlu terus digerakkan oleh para aktivis muslim seluruh dunia.
- Beberapa perkara yang dialami ahli-ahli misi Aqsa Syarif di Gaza dapat difahami bahawa di sana menggambarkan petanda-petanda kemenangan buat Palestin semakin hampir.
- Dr Zin mengajak agar usaha dan penglibatan semua untuk perjuangan ini terus dilibati dan Insya ALlah kia sama-sama akan mengecapi kemenangan yang semakin hampir.
- peranan orang muda dan wanita sgt kritikal dalam usaha ini.
- Turut dijalankan ialah kempen Rose2Rose Aqsa Syarif dan jualan buku-buku dan produk Aqsa Syarif (AQSA).

Program ditutup dengan penyampaian 'mock cheque' sebanyak $500 oleh Saudara Abdul Halim Abd Latif yang juga mempengerusikan majlis (mewakili MKP) Sehingga laporan ini ditulis jumlah kutipan terkini adalah AUD$620 (RM1,860). Pada November lepas, MKP telah menyalurkan AUD$10,000 (RM30,000.00) melalui Pengerusi AQSA iaitu Dr Hafidzi Mohd Noor yang hadir ke Australia bersempena siri program di Australia. Kutipan di Australia oleh aktivis Aqsa Syarif telah tertumpu kepada projek Pembinaan Kilang Roti di Gaza dan kini pula untuk membantu peojek-projek Rose2Rose Aqsa Syarif.

Antara hadirin yang hadir adalah Dr Azarisman Shah, Dr Mohd Zaki Ibrahim, Dr Rozanizam, Sdr Umar Faruq Shamsuddin, Sdr Hisyam Sharif, Pn Khadijah Rahman, Dr Mohd Hazri Hasmuni dan Pn Nurhafizah Hassan serta beberapa pelajar yang tidak pulang lagi ke Malaysia bersempena cuti Musim Panas.

Di antara tetamu istimewa yang turut hadir ialah Ar Khairul Amali, iaitu Arkitek dari JKR yang turut bersama di dalam rombongan JKR-UTM yang dalam misi lawatan penyelidikan di Adelaide dari 12-16 Dis 2011.

Saturday 10 December 2011

Lagi Hasrat Untuk Mengikuti Konvoi Ke Gaza ..!

9 Dis 2011, Jumaat selepas Isya, satu ceramah berjudul Palestin - Kami Bersmamu telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Mahasiswa Kolej 10 Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor yang sedang menganjurkan Hari Terbuka Kolej. Turut hadir ialah Pengetua Kolej 10 dan felo-felo kolej serta para mahasiswa.
Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar yang dijemput memberikan ceramah telah memulakan dengan menayangkan peta Palestin dan sejarah ringkas sehingga ke hari ini.










Walaupun isu Palestin sudah berlarutan hingga hari ini kebanyakkan pelajar baru sedar bahawa ia adalah isu yang bukan hanya melibatkan bangsa arab, atau umat Islam, malah telah menjadi isu kemanusiaan yang sudah dilibati oleh pelbagai golongan dan pertubuhan hak asasi manusia seantero dunia. Dr Mohd Zin menjelaskan bagaimana Viva Palestina UK yang diektuai George Gallowey dan rakan-rakannya yang bukan Islam telah sekian lama berhempas pulas memperjuangkan hak rakyat Palestin termasuk penganjuran beberapa konvoi kemanusiaan termasuk Konvoi Jalan Darat Global Viva Palestina ke 5 yang turut disertai sukarelawan Aqsa Syarif, Viva Palestina Malaysia dan Crew TV3.
Tayangan slides dan video membentangkan keadaan sedih yang dilalui penduduk Gaza dan bagaimana Aqsa Syarif bertungkus lumus menyebarkan makluamt mengenai Palestin, mengumpulkan dana dan menganjurkan sendiri misi kemanusiaan beserta penajaan pelbagai projek untuk makanan, kesihatan, pendidikan dan sosio ekonomi agar Gaza dapat dibangunkan semula.


Penyampaian yang interaktif diselang-seli dengan lontaran soalan dari penceramah kepada mahasiswa yang hadir, hadirin tidka berganjak dan memberi penumpuan dengan penuh minat.

Seperti mana dalam ceramah-ceramah yang Dr Zin berikan, baik di kampung, di bandar, disekolah dan yang terbaru di beberapa bandar di United Kingdom dan Ireland, di UTM juga banguns eorang pelajar yang menyatakan dengan sungguh-sungguh "Bagaimana Dapat Beliau Besama Di dalam Konvoi ?". Bila Dr Zin bertanya kembali, kenapa ingin ke Gaza sedangkan Gaza adalah tempat bahaya dan serangan Zionis Yahudi sering dilancarkan ? Pelajar berkenaan tetap ingin meneruskan hasratnya kerana ingin mengalami sendiri keadaan di Gaza...!







Palestin, khususnya Gaza ... telah sebenarnya menjadi fokus dan telah memikat hati-hati sama ada para pejuang, mahupun rakyat biasa yang memiliki walau sedikit rasa prihatin.
Jumlah kutipan tabung palestin pada majlis tersebut ialah RM211.00 dan kutipan diteruskan pada hari berikutnya sehingga Hari Terbuka Kolej tersebut tamat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...