Thursday 8 December 2011

Syeikh Majdi Aqil & Dr Mohd Zin Berforum Isu Palestin di St. Peters Chaplaincy Manchester



Selasa 6 Dis 2011, t. Peters Chaplaincy di University of Manchester dipenuhi oleh pelajar-pelajar dan masyarakat Malaysia dan Islam kerana mengikuti Forum Isu Palestin yang dipengerusikan oleh Sr. Nazri Noor.







Syeikh Majdi Aqil yang berasal dari Palestin dan kini menjadi aktivis pertubuhan INTERPAL UK membentangkan sejarah dan latar belakang konflik yang ditaja oleh kuasa-kuasa besar barat serta rejim Zionis.









Dr Mohd Zin membentangkan peranan yang dimainkan Aqsa Syarif di dalam mendepani isu sekatan dan serangan terhadap Gaza oleh rejim Zionis Yahudi.




Pengarah program, Sdr Ahmad Shafiq Hamzi dari IKRAM North West England. Beberapa soalan di kemukan oleh hadirin dan moderator yang umumnya menjurus kepada perkembangan semasa di Timur Tengah dan Palestin serta peranan yang perlu dimanikan oleh NGO pelbagai negara dan pelajar-pelajar Malaysia di UK untuk mengambil manfaat dari medan yang dibentangkan Allah SWT di Palestin.



Kutipan untuk tabung Palestin pada malam tersebut berjumlah GBP400.00 (RM2000.00) dan disalorkan ke akaun INTERPAL.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...