Friday, 9 December 2011

Pengajaran Perjuangan Di Palestin Dibincang di Dublin


Selasa 6 Disember 2011 telah berlangsung sesi perkongsian Aqsa2Gaza di Dublin yang disampaikan oleh Dr Mohd Zin Kandar yang dihadiri hampir 150 orang dari pelbagai bangsa yang belajar di Royal College of Surgeon Ireland in Dubin (RCSI) yang memenuhi bilik kuliah yang disempaikan di dalam bahasa Inggeris.

Majlis adalah anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Ireland, Aqsa Syarif, Federation of Islamic Societies (UK&Ireland) - FOSIS dan Islamic Society RCSI. 
Majlis dipengerusikan oleh Sdr Omar Mu'tta (graduan MSc Pharmacy) dan dimulakan dengan bacaan Qur'an oleh Sdr Mohd Khaidir Kamil yang merupan Presiden Islamic Soc RCSI.  
Selain menghuraikan sejarah ringkas Palestin dan program misi bantuan kemanusiaan Aqsa Syarif ke Gaza pada 2010 dan 2011, Beberapa pengajaran diketengahkan oleh penceramah. Beberapa soalan datang bertalu-talu apabila dibuka selepas sesi pembentangan. Beberapa rumusan ceramah dan perbincangan:-

a. Palestin adalah medan untuk seluruh ummat beramal. Allah sedang membentangkan peluang kepada ummat bagi mengambil bahagian di dalam perjuangan melawan zionis bangsa yang rakus dan zalim dan tidak berprikemanusiaan itu. Kita semua perlu rasa kebersamaan di dalam eprjuangan ini. Matlamat perjuangan ini adalah untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Bumi Palestin keseluruhannya agar pendatang haram Yahudi dapat dihalau keluar dan balik kenegara-negara di mana mereka datang. Seterusnya membawa balik penduduk-penduduk sah Palestin yang kini berada di dalam buangan majoritinya di Lebanon, Syria dan Jordan serta di Gaza sendiri.

b. Jika semenjak 1948, perjuangan di Palestin mungkin dinggap isu bangsa Arab (walau hakikatnya tidak); 1987 dengan jelas telah membuka mata ummat dan ia jelas merupan perjuangan Islam bagi membantu para mujahid (yang juga dikalangan anak-anak muda dijalanan) di dalam gerakkan intifada' menentang zionis. 
  Manakala 2006 (bermulanya blockade) dan serangan yahudi terhadap Gaza pada 2008 adalah permulaan besar gerakkan kemanusiaan global menentang kezaliman Zionis Yahudi. Kini kita semua sebenarnya bersama-sama puluhan organisasi aktivis antara bangsa memperkuatkan gerakan bagi membuat tekanan dengan apa juga agar Israel dikalahkan. Bermula dengan meningkatkan kefahan akan isu Palestin, kita diperingkat individu pelu memulakan dengan usaha-usaha kempen dan boikot barangan / produk yang menyokong Israel. Kesedaran dan amalan perlu diperluaskan di dalam keluarga dan masyarakat. McDonald, Coca Cola, Nastle dan EsterLauder adalah diantara empat produk utama yang tidak harus berada ditangan kita mahupun di dapur-dapur di rumah kita. Aktivis di England & Eropah telah berjaya membawa kempen boikot tersebut di gedung-gedung besar seperti supermarket. Bila lagi usaha sebegitu diusahakan di negara-negara Islam ?
c. Pertanyaan dari hadirin apakah persiapan untuk bersama di dalam perjuangan ? Penceramah menjawab bahawa persiapan perlu bermula dari menanamkan kesedaran yang tinggi. Mulai dengan bercakap dan bertindak - mungkin dengan berjanji tidak akan membeli barangan syarikat-syarkat yang menyokong Israel. Libatkan di dalam gerak kerja kempen kesedaran dan penjanaan dana untuk Palestin di mana jua kita berada. 
  

d. Pertanyaan tentang bagaimana untuk terus istiqamah dengan perjuangan Palestin? Penceramah menjawab dalam perspektif tarbawi bahawa secara fitrahnya Allah telah mengajar kita untuk solat lima waktu bagi mendidik ummat agar memiliki be'ah (suasana) yang soleh. Kebersamaan di dalam perjuangan Palestin perlu di suburkan terus menerus melalui kebersamaan dengan persatuan dan pertubuhan yang mempunyi misi dan visi membebaskan Palestin. Rujukan (manhaj) perjuangan dan bimbingan ketua/aktivis (murabbi) perlu diperolehi. Perjuangan Palestin adalah perjuangan aqidah dan syariat, ia tak dapat dipisahkan dengan perjangan menegakkan Islam itu sendiri.
e. Pertanyaan mengenai apakah lagi bantuan dan banyak mana yang diperlukan di Palestin ? Penceramah menjawab bahawa dengan sekatan 2006 terhadap Gaza dan serangan 2008/09, Gaza dan Palestin telah lumpuh dari segi ekonomi. Kerajaan tidak memiliki sumber untuk membayar Gaji kakitangan dan pelbagai sektor keseluruhannya lumpuh. lebih 55% kehilangan pekerjaan dan lebih 85% rakyatbergantung kepada bantuan luar. Memang banyak perlu dilakukan. Negara-negara Arab sebagai jiran Palestin perlu segera berubah. Jika tidak, rakyat akan mengubah mereka. Mereka perlu segera menyalorkan bantuan untuk Palestin tanpa takut kepada kuasa-kuasa sekutu Israel !
 Kutipan sumbangan untuk tabung Palestin yang dikumpulkan  pada malam tersebut berjumlah Euro 420.00 (RM1680.00). Tahniah pelajar-pelajar Dublin Ireland.
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...