Thursday 15 December 2011

Keperitan 1.7juta rakyat Gaza dirasai pelajar Malaysia di Adelaide






Adelaide, 14 Dis 2011: Alhamdulillah, program perkongsian Gaza anjuran Misi Kasih Palestin (MKP) oleh PM Dr Mohd Zin Kandar yang dalam lawatan Penyelidikan JKR-UTM telah dihadiri oleh lebih 30 peserta di Payneham, South Australia.

Dalam sesi soal jawab selepas perkongsian Dr Mohd Zin itu, seorang hadirin merasa simpati dan menanyakan mengenai kehidupan rakyat Gaza yang begitu sesak dengan perumahan yang padat. 1.7 juta rakyat terpaksa bersesak di bumi gaza yang luasnya hanya 360 kilometer pesegi dan telah dikepung (blockade) oleh rejim zionis yang kejam. Dr Mohd Zin menjelaskan, Gaza adalah penjara terbuka yang terbesar di muka bumi.








Di antara penakanan perkongsian Dr Zin ialah:-
- keperluan utk kita mengisi 3 fakulti utama manusia: minda, fizikal dan spiritual
- rasa prihatin adalah penting sebagai muslim, ia pelu di bentuk dan disuburkan seumpama melibatkan diri dalam isu Palestin.
- isu palestin telah digerakkan oleh masyarakat dunia termasuk bukan Islam, ini adlah kezaliman diluar pri kemanusiaan oleh rejim Israel khususnya apabila media elektronik mula memberi penumpuan terhadap 'blokade', serangan 2008/09 terhadap Gaza dan serangan terhadap Mavi Marmara pada Mei 2010.
- usaha Aqsa Syarif bersama NGO lain seperti Viva Palestina, Haluan, muslimcare dalam mavi marmara dan konvoi darat telah membuka laluan yg mudah dan tekanan hebat kepada Israel.
- pertwmuan dengan ramai aktivis non-muslim semasa konvoi misi VP-5 ke Palestin menggambarkan bagaimana isu Palestin kini sudah menjadi isu kemanusiaan Global dan ini perlu terus digerakkan oleh para aktivis muslim seluruh dunia.
- Beberapa perkara yang dialami ahli-ahli misi Aqsa Syarif di Gaza dapat difahami bahawa di sana menggambarkan petanda-petanda kemenangan buat Palestin semakin hampir.
- Dr Zin mengajak agar usaha dan penglibatan semua untuk perjuangan ini terus dilibati dan Insya ALlah kia sama-sama akan mengecapi kemenangan yang semakin hampir.
- peranan orang muda dan wanita sgt kritikal dalam usaha ini.
- Turut dijalankan ialah kempen Rose2Rose Aqsa Syarif dan jualan buku-buku dan produk Aqsa Syarif (AQSA).

Program ditutup dengan penyampaian 'mock cheque' sebanyak $500 oleh Saudara Abdul Halim Abd Latif yang juga mempengerusikan majlis (mewakili MKP) Sehingga laporan ini ditulis jumlah kutipan terkini adalah AUD$620 (RM1,860). Pada November lepas, MKP telah menyalurkan AUD$10,000 (RM30,000.00) melalui Pengerusi AQSA iaitu Dr Hafidzi Mohd Noor yang hadir ke Australia bersempena siri program di Australia. Kutipan di Australia oleh aktivis Aqsa Syarif telah tertumpu kepada projek Pembinaan Kilang Roti di Gaza dan kini pula untuk membantu peojek-projek Rose2Rose Aqsa Syarif.

Antara hadirin yang hadir adalah Dr Azarisman Shah, Dr Mohd Zaki Ibrahim, Dr Rozanizam, Sdr Umar Faruq Shamsuddin, Sdr Hisyam Sharif, Pn Khadijah Rahman, Dr Mohd Hazri Hasmuni dan Pn Nurhafizah Hassan serta beberapa pelajar yang tidak pulang lagi ke Malaysia bersempena cuti Musim Panas.

Di antara tetamu istimewa yang turut hadir ialah Ar Khairul Amali, iaitu Arkitek dari JKR yang turut bersama di dalam rombongan JKR-UTM yang dalam misi lawatan penyelidikan di Adelaide dari 12-16 Dis 2011.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...