Saturday, 10 December 2011

Lagi Hasrat Untuk Mengikuti Konvoi Ke Gaza ..!

9 Dis 2011, Jumaat selepas Isya, satu ceramah berjudul Palestin - Kami Bersmamu telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Mahasiswa Kolej 10 Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor yang sedang menganjurkan Hari Terbuka Kolej. Turut hadir ialah Pengetua Kolej 10 dan felo-felo kolej serta para mahasiswa.
Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar yang dijemput memberikan ceramah telah memulakan dengan menayangkan peta Palestin dan sejarah ringkas sehingga ke hari ini.










Walaupun isu Palestin sudah berlarutan hingga hari ini kebanyakkan pelajar baru sedar bahawa ia adalah isu yang bukan hanya melibatkan bangsa arab, atau umat Islam, malah telah menjadi isu kemanusiaan yang sudah dilibati oleh pelbagai golongan dan pertubuhan hak asasi manusia seantero dunia. Dr Mohd Zin menjelaskan bagaimana Viva Palestina UK yang diektuai George Gallowey dan rakan-rakannya yang bukan Islam telah sekian lama berhempas pulas memperjuangkan hak rakyat Palestin termasuk penganjuran beberapa konvoi kemanusiaan termasuk Konvoi Jalan Darat Global Viva Palestina ke 5 yang turut disertai sukarelawan Aqsa Syarif, Viva Palestina Malaysia dan Crew TV3.
Tayangan slides dan video membentangkan keadaan sedih yang dilalui penduduk Gaza dan bagaimana Aqsa Syarif bertungkus lumus menyebarkan makluamt mengenai Palestin, mengumpulkan dana dan menganjurkan sendiri misi kemanusiaan beserta penajaan pelbagai projek untuk makanan, kesihatan, pendidikan dan sosio ekonomi agar Gaza dapat dibangunkan semula.


Penyampaian yang interaktif diselang-seli dengan lontaran soalan dari penceramah kepada mahasiswa yang hadir, hadirin tidka berganjak dan memberi penumpuan dengan penuh minat.

Seperti mana dalam ceramah-ceramah yang Dr Zin berikan, baik di kampung, di bandar, disekolah dan yang terbaru di beberapa bandar di United Kingdom dan Ireland, di UTM juga banguns eorang pelajar yang menyatakan dengan sungguh-sungguh "Bagaimana Dapat Beliau Besama Di dalam Konvoi ?". Bila Dr Zin bertanya kembali, kenapa ingin ke Gaza sedangkan Gaza adalah tempat bahaya dan serangan Zionis Yahudi sering dilancarkan ? Pelajar berkenaan tetap ingin meneruskan hasratnya kerana ingin mengalami sendiri keadaan di Gaza...!







Palestin, khususnya Gaza ... telah sebenarnya menjadi fokus dan telah memikat hati-hati sama ada para pejuang, mahupun rakyat biasa yang memiliki walau sedikit rasa prihatin.
Jumlah kutipan tabung palestin pada majlis tersebut ialah RM211.00 dan kutipan diteruskan pada hari berikutnya sehingga Hari Terbuka Kolej tersebut tamat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...