Monday 5 December 2011

Pelajar Bristol UK Usaha Jual Juadah Untuk Bantu Palestin



3 Dis 2011, Pelajarp-pelajar Bristol telah mengadakan majlis jualan makanan untuk mengumpulkan dana bagi membantu Palestin. Pelbagai jenis makanan Malaysia seperti nasi lemak, karipuf, bubur pulut hitam, sup meehon dan lain-lain. Teh tarik special juga turut dijual kepada para hadirin yang hadir di Majlis Ceramah Palestin yang disampaikan oleh Ketua Misi Kemanusiaan ke Gaza A2G & A2G2 iaitu Dr Mohd Zin Kandar.
Majlis yang dihadiri sekiar 100 pelajar dan penduduk Malaysia yang bekerja di sekitar Bristol, Cardiff dan Portsmouth adalah suatu aktiviti kemanusiaan hujung minggu bagi mennyatakan rasa simpati dan sokongan terhadap perjuangan di Palestin.
Majlis dianjurkan oleh Gabungan Komuniti Melayu Bristol (Diketuai En Zahar Hassan), IKRAM UK&Eire, Aqsa Syarif UK dan Projek Misi Kasih Palestin. Majlis turut digerakkan dan dijayakan oleh pelajar-pelajar muda laki-laki dan perempuan yang diketuai oleh Sdr. Hanif Noor Izan iaitu pelajar Aeronautic di University of Bristol.

Dr Mohd Zin di UK adalah di dalam rangka lawatan penyelidikan dan akademik. Kehadirannya telah dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar UK. Projek Misi Kasih Palestin (MKP) telah dianjurkan semenjak tahun lalu di mana projek ini telah menjana kewangan bagi pelajar-pelajar menanamkan sifat prihatin dengan menyampaikan bantuan di kem-kem pelarian Palestin di Beirut Lubnan. Di dalam majlis tersebut juga MKP melancarkan beberapa program pengumpulan dana yang boleh disertai oleh pelajar-pelajar laki-laki dan perempuan yang akan dijalankan sehingga Mei 2012.  

Antara yang menarik yang mesti diceritakan di sini ialah bagaimana seorang remaja bernama Syazmin yang berumur 14 tahun bertungkus lumus menyiapkan 200 butir karipuf dengan tangannya sendiri setelah ibunya Pn Sakinah menyatakan bahawa suatu program jualan untuk membantu Palestin akan di adakan bersempena program ceramah Palestin. Beliau juga bertungkus lumus membuat jualan di majlis ceramah yang di adakan dengan  menyatakan bahawa "semua jualan akan di sumbangkan untuk Palestin".  

Sejumlah GBP 400,00 (RM2,000) dikumpulkan bersempena majlis tersebut dan serahan simbolik dari En Zahar yang di serahkan kepada  Dr Mohd Zin bagi tabung Palestin Aqsa Syarif.


Tahniah, tahniah, tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa penganjur. Insya Allah amal kebaikan mereka diganjari sebaik-baiknya oleh Allah SWT.
Capaian berikut adalah di antara iklan yang dihasilkan bersempena progeram perkongsian seluruh UK.

http://www.youtube.com/watch?v=fZjmDI8UGBs&feature=player_embedded



    






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...