Tuesday 6 December 2011

Sheffield UK: Perkongsian Misi Aqsa Syarif Ke Gaza Menghangatkan Perasaan Untuk Terus Membantu Palestin


Musim sejuk yang sedang menyelubungi England dengan purata suhu  3 Darjah Celcius tidak menghalang komunity melayu dari kalangan pelajar-pelajar dan warga Malaysia bergegas dalam cuaca hujan renyai-renyai menuju dewan kuliah di Faculty Engineering, University of Sheffield bagi mengikuti ceramah perkongsian misi Aqsa Syarif ke Gaza 2010 dan 2011.


 Sesi perkongsian oleh ketua Konvoi kedua-dua misi Aqsa Syarif itu iaitu Dr Mohd Zin Kandar diadakan pada 4 Disember 2011 anjuran Misi Kasih palestin (MKP), IKRAM UK&Eire, Aqsa Syarif, Persatuan Pelajar Malaysia Sheffield, Kelab UMNO Sheffield dan Persatuan Pelajar Post Graduate Sheffield.
                                                                                             Perkongsian hampir dua jam itu dihadiri sekitar 85 warga Malaysia dengan beberapa acara sampingan termasuk bacaan hadith oleh Mohd Afifi Fakhruddin, dua sajak untukmu Palestin oleh Sdr Hazwan Arif Hakimi (sastrawan muda yag sedang meningkat namanya dibidang puisi),  tayangan video MKP dan lain-lain.

Di luar dewan, pameran dan jualan produk Palestin dan makanan memeriahkan lagi program yang dijalankan.

Dr Mohd Zin menekankan aspek kebersamaan kita umat Islam di dalam perjuangan membantu Palestin dan membebaskan Al-Aqsa. Pengalaman Dr Mohd Zin menemui rakyat Palestin dan menyaksikan sendiri kehidupan susah mereka dan usaha-usaha para NGO di Gaza di dalam membantu rakyat membangun semula Gaza. Kehebatan rakyat Gaza menghadapi 1001 macam kesukaran disebabkan kepungan yang berterusan serta serangan 2008/09 yang menghancurkan pelbagai infrastruktur dan keperluan asas rakyat juga dibentangkan bersama tayangan slides dan video. 
Sesi perkongsian tersebut telah menghangatkan perasaan ukhuwwah dan simpati para hadirin terhadap rakyat Palestin dan ini tergambar dalam bentuk lontaran beberapa soalan kepada pencaramah. Puan Azlin Ishak yang tinggal di Sheffield yang kini menjalankan perniagaan dalam bidang "Property Investor" dengan nada sebak bertanyakan akan peluang untuk menyertai misi dan apa kah persiapan-persiapan yang perlu disediakan. Sebelumnya beliau dan beberapa para hadirin turut mengalirkan air mata menyaksikan gambar-gamabr dan video yang ditayangkan dalam ceramah tersebut. 
 
Dipenghujung majlis, beberapa program penjanaan dana untuk MKP dimaklumkan dan di antara lainnya ialah karnival nasyid yang akan dihadiri oleh selibriti tanah air Hafiz Hamidon.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...