Saturday 17 March 2012

Seketariat MyGMJ Johor Darul Takzim Berjaya Anjur Kempen di Plaza Angsana


Alhamdulillah, dengan pengemblingan tenaga Aqsa Syarif Johor dan daerah-daerah, pada hari ini 17 Mac 2011 telah berlangsung kempen MyGMJ (Malasia Glibal March to Jerusalem) peringkat negeri Johor yang diadakan diperkarangan pintu masuk Timur Plaza Angsana Johor Bahru.

Se awal jam 9.30pagi beberapa konvoi daerah-daerah telah bergerak bersama semangat perjuangan Palestin menuju Plaza Angsana. Diketuai Pengurus Aqsa Syarif Daerah-daerah, belasan kereta bergerak dari daerah masing-masing dan singgah di beberapa check point seperti Pasar Tani, Pasar Besar, Stesyen Minyak sebelum setiap konvoi sampai ke Plaza Angsana sekitar 1.00 t.hari.

Dengan bendera Malaysia, bendera Negeri Johor, bendera Palestin dan PlyCard tertulis sokongan Palestin dan Kutukan terhadap Israel, mereka mengedarkan risalah MyGMJ yang menjelaskan perhimpunan sedunia ke Jerusalem di seluruh dunia dan di Stadium Melawati Shah Alam pada 30 Mac 2012.

Mereka juga mengutip derma untuk perjuangan membantu Palestin. Para pengunjung Angsana turut menyaksikan pelbagai aktiviti dan persembahan di perkarangan Angsana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...