9 Mac 2012 (Jumaat), sebaik tamat solat Jumaat, sekumpulan pelajar-pelajar UIAM yang mengelar diri mereka Briged Al-Aqsa telah memukau ratusan ahli jamaah apabila mereka mempersembahkan flash mob bertemakan keganasan rejim Israil. Kelihatan aksi 'polis mosad' Israel bertindak ganas membunuh 'rakyat palestin' ... juga 'orang awam Palestin' yang tercedra hasil tindakan ganas Israel menerima pertolongan oleh 'paramedic'.
Kombinasi syarahan menggunakan pembesar suara, dengan banner dibentang, serta aksi kitipan tabung MyGMJ melalui aksi 'freeze' yang bersahaja selama hampir 10 minit itu telah memukau ratusan ahli jamaah yang mengelilingi mereka. Ada yang terpukau, ada yang mengambil gambar dengan h.p dan ramai yang menghulurkan derma.
Diketuai oleh Muhammad Aiman Mohd Zin, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Bio-Tech, bersama 20 pelajar dan dibimbing oleh Pengurus Aqsa Syarif Gombak, Ar Syed Muhammad Radhi Syed Sakkaf, mereka telah berjaya mengadakan Flash Mob dibeberapa lokasi bersempena kempen Global March ti Jetusalam, iaitu suatu inisiatif antarabangsa yang disertai oleh aktivis Palestin di Malaysia.
Briged Al-Aqsa akan juga membuat persembahan di KL Central dan bersempena perhimpunan & Perarakkan GMJ pada 30 Mac 2012.
FlashMob GMJ Masjid KLCC 09032012 (14 photos) Flashmob for Global March to Jerusalem by Briged Aqsa Syarif Gombak.
wah :D takde video?
ReplyDelete