Saturday, 17 March 2012

Rakyat Johor Di Jemput Ke Perarakan MyGMJ 30 Mac di Stadium Melawati Shah Alam


Bersempena kempen Global March to Jerusalem (GMJ), Sekretariat MyGMJ Johor yang diketuai Prof Madya Dr Abdul Rahim Yusof telah mendapat kerjasama pihak Pengurusan Plaza Angsana Johor Bahru dengan menyediakan ruang berdekatan pintu masuk timur. Kemah dan meja pameran dan jual dibuka bagi orang ramai mendapat maklumat mengenai Palestin khususnya GMJ.

Majlis dipenuhi dengan ucapan-ucapan beberapa aktivis Palestin negeri Johor serta wakil Palestin yang berasal dari Jabalia, Utara Gaza, iaitu Saudara Tamer yang kini belajar di UTM Skudai Johor.

Dr Abdul Rahim menjelaskan objektif GMJ dan mengapa tarikh keramat 30 Mac 2012 dipilih, yang mengambil bersempena peristiwa penentangan penduduk Palestin dengan menganjurkan mogok lapar kali pertama pada Mac 1967 disebabkan perampasan rumah-rumah dan tanah-tanah milik penduduk Palestin secara zalim dan kejam sehingga jumlahnya mencecah 20,000 perobohan rumah kerana diberikan kepada pendatang haram Yahudi di Palestin. Baca lanjut di SINI.

Prof Mohd Zin Kandar yang mewakili BoT Aqsa Syarif dan JK MyGMJ membentangkan fakta-fakta kezaliman rejim Israel yang merampas tanah minik Palestin, membunuh, menangkap dan memenjara rakyat Palestin, membina tembuk pemisah kawasan penempatan dan pelbagai kebejatan Israel. Dengan laungan semangat "hidup-hidup Palestin" dan "Hancur-hancur Israel", Dr Zin mengajak para hadirin mengambil cuti jumaat 30 Mac 2012 nanti dan beramai-ramai berkonvoi menuju Shah Alam. Pada hari tersebut, akan berlaku satu sejarah penentangan yang luar biasa terhadap Israel di mana di setiap ibu kota diseluruh dunia, para pencinta keamanan akan berdemo secara aman termasuk di Malaysia. Malaysia juga menghantar wakil keperhimpunan di Amman Jordan, yang merupakan jiran terdekat Jerusalem.

Beberapa aktivis lain yang turut berucap ialah Prof Madya Dr AMinudin Ruskam, Ust Rofazlin dan Sdr Mokri Sabran dari bandaraya Johor Bahru.

Penceramah undangan ialah Sdr Tamer yang kini belajar di UTM Johor. Beliau menceritakan apa yang disaksikan ketika serangan Israe di Gaza pada 2008 dan 2009 yang mengorbankan 1,500 nyawa (Syahid) dan memusnahkan kediaman, masjida, sekolah dan infrastruktur. Beliau juga menjelaskan bagaimana lebih 10 tahun tidak dapat bertemu ibunya yang tinggal di Hebron, Tebing Barat.

Deklamasi Sajak Palestin turut dipersembahkan di dalam majlis tersebut yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Mat Hussin dari Johor Bahru Tengah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...