Saturday, 17 March 2012

Kempen MyGMJ Peringkat Johor Menjadi Wahana Aktivis IKRAM & AQSA di Medan Amal Di tengah-tengah Masyarakat



Global March to Jerusalem (GMJ) dan MyGMJ (untuk Malaysia) dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh aktivis  Palestin dan aktivis dakwah di Johor menjadikan wahana aktivisma memikul dakwah di tengah-tengah masyarakat . 

Bersempena kempen dan pelancaran MyGMJ peringkat negeri Johor, Aqsa Syarif Johor telah memanfatkannya melalui perancangan rapi mengajak pengemblingan tenaga sukarelawan Aqsa Syarif dan aktivis IKRAM Johor sama-sama menjadikan kempen MyGMJ sebagai wasilah mendekati masyarakat. 

Melalui pegemblingan pengurus-pengurus Aqsa Syarif daerah, konvoi berkereta bersama masyarakat dimulakan serentak seawal 9.30 pagi, 17 Mac 2012 dari beberapa daerah menuju Plaza Angsana di Johor Bahru. 

Mereka singgah di beberapa lokasi terpilih termasuk pasar awam, pasar tani, pusat membeli belah (Mydin), Stesyen minyak dan sebagainya sambil menyebarkan maklumat menganai GMJ dan Palestin. Aktiviti sebegini adalah suatu latihan praktikal dalam dakwah, selepas konsep dan teori tarbiah dan dakwah diperolehi di dalam kumpulan-kumpulan usrah IKRAM yang dilaksanakan saban minggu.

Setibanya di Plaza Angsana, para aktivis IKRAM dan Aqsa Syarif, dengan tanpa arahan khusus dari urusetia, mengetahui benar bagaimana untuk mengambil tempat dan meneruskan interaksi dengan masyarakat khususnya yang mengunjungi Plaza Angsana. 

Kelihatan wanita IKRAM dengan pakaian kemeja T labuh, berbaris di pintu masuk Plaza Angsana sambil memegang plycard tertulis mengenai isu/perjuangan Palestin di samping menghulurkan risalah GMJ kepada para pengunjung. 


Manakala mereka yang lain berdiri di barisan belakang sebagai tanda sokongan terahdap aturcara kempen MyGMJ yang dianjurkan.

Akrivis IKRAM dan Aqsa Syarif yang lain pula menghulur tenaga, membantu kerja-kerja di meja pameran dan jualan di samping sesekali kedengaran seruan dan ajakkan dari mulut mereka kepada orang ramai agar membantu Palestin melalui pembelian produk Palestin dan sumbangan ikhlas di tabung-tabung yang disediakan.

Tidak kurang pula, suasana ibu bapa yang membawa bersama anak-anak di dalam program ini, menjadi suatu wahana dan wasilah mendidik anak-anak kecil dan remaja secara praktikal di dalam kerja-kerja amal di dalam masyarakat. Anak-anak yang sudah mula faham isu Palestin dengan bangga dan bersemangat mengibarkan bendera Palestin di sekitar kemah yang didirikan di dataran Plaza Angsana khas untuk kempen MyGMJ yang diketuai oleh Pengurus Aqsa Syarif Johor, Prof Madya Dr Abdu Rahim Yusof.

Program yang dijalankan sungguh menarik dan menggambarkan suatu gerak keraja amal jama'i yang indah. Beberapa aktivis IKRAM dengan tekun menunggu di pintu masuk bersama tabung sumbangan sambil senyuman mesra menghulurkan risalah GMJ kepada pengunjung Plaza Angsana yang keluar masuk dari pintu tersebut sehingga majlis tamat kira-kira jam 5.30 petang.


Dipenghujung majlis, satu persembahan Flash Mob oleh para aktivis pemuda "Brigade AQSA UTM" menambahkan lagi impak kempen MyGMJ apabila secara spontan persembahan menarik menggambarkan keganasan Israel terhadap Palestin ditonjolkan oleh sekitar 15 orang pemuda dan 2 kanak-kanak. Penyertaan pemuda dalam menjayakan misi tersebut jelas menggambarkan konsep amal jama'i yang praktikal. 


Kesimpulannya, marilah kita jadikan gerak kerja dakwah dan proses tarbiyah sebagai suatu kesatuan yang saling melengkapi di dalam membentuk amilin yang sebenar. 
Tarbiyah amaliyah di dalam realiti kehidupan hari ini sangat dituntut agar aktivis IKRAM berupa menjadi ajen perobah dan berada di center-stage di dalam masyarakat membawa misi membimbing dan merobah umah kearah kebaikkan. Inilah juga yang sering dinyatakan presiden pertubuhan IKRAM di dalam beberapa kesempatan sebelum ini. 

2 comments:

  1. Salam Perjuangan dan Tahniah AQSA Syarif dan IKRAM Johor.
    Anda semua orang orang hebat dakwah dan menghayati maksud amal tarbiah sebenar...
    MasyaAllah..AllahuAkbar!

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan konsep takmil-w-istikmal (saling lengkap melengkapi) menjadai budaya kerja para aktivis di jalan dakwah. Jzkk.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...