Monday, 26 March 2012

PERUTUSAN PENGERUSI AQSA SYARIF SEMPENA MyGMJ 30 Mac 2012




Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat.
Aqsa Syarif mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyahut seruan ‘Global march to Jerusalem’ GMJ pada 30 Mac 2012 yang akan berjalan serentak di seluruh dunia.
GMJ atau Perarakan menuju Baitul Maqdis adalah satu program yang menggabungkan inisiatif global untuk membela dan membebaskan Baitul Maqdis dan bumi Palestin dari cengkaman Zionis yang telah menceroboh tanah suci dan pusat tiga agama besar dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Sepanjang 64 tahun yang lalu sejak berdirinya Negara haram Israel dan sejak 45 tahun Baitul Maqdis dan Tebing Barat diduduki oleh Israel pelbagai bentuk kebiadaban telah dilakukan ke atas tempat-tempat suci dan rumah-rumah ibadah khususnya yang dimiliki oleh umat Islam dan Kritsian
Ancaman ke atas baitul Maqdis dan sekitarnya bermula dalam perang 1948, di mana Israel mengusir hampir 800,000 penduduk Palestin, 100,000 dari mereka adalah golongan Kristian. Tentera zionis memusnahkan 492 perkampungan termasuk 480 masjid dan 14 buah masjid di tukar menjadi kilang, kelab-kelab hiburan dan kandang ternakan haiwan. 410 tanah perkuburan Islam diratakan dan tanda-tanda maqam dimusnahkan. Ini termasuklah Hotel Hilton di Tel Aviv yang didirikan di atas tanah perkuburan Islam Abed an-Nabi. Tragedi tersebut disusuli pula dengan pencerobohan ke atas Baitul Maqdis dan Tebing Barat ekoran pendudukan Israel pada tahun 1967. Dari tahun 1967 sehingga 2004, The Arab Association for Human Rights melaporkan sebanyak 247 masjid dan 19 gereja dicemari dengan pelbagai bentuk penghinaan, diserang dan dirobohkan.  Di sekitar Baitul Maqdis sahaja sebanyak 14 masjid menjadi sasaran Zionis.
Sepanjang tahun 2011 sahaja AFEH (Al-Aqsa Foundation for Endowment and Heritage - Yayasan al-Aqsa untuk Waqf dan Warisan) telah mencatat lebih dari 100 serangan ke atas masjid al-Aqsa oleh elemen-elemen zionis. Selain dari Masjid al-Aqsa, serangan juga melibatkan  8 buah masjid yang dibakar, cubaan untuk membakar sebuah lagi dan tindakan merobohkan 3 buah masjid yang lain. Tiga belas buah masjid lagi dicemari dan tiga tempat suci Kristian diserang. Di samping itu 9 tanah perkuburan dicemar dan dimusnahkan. Sebanyak 120 kubur dirosakkan di tanah perkuburan Mamanullah. Sumber AFEH melaporkan serangan ini dilakukan oleh pihak kerajaan, tentera dan pendatang haram yahudi.
Selain dari memusnahkan tempat-tempat suci untuk memadamkan wajah Islam dan Kristian di Baitul Maqdis dan Palestin secara keseluruhan, pihak Zionis secara terang-terangan telah melakukan pelbagai tindakan yang melanggar hak asasi rakyat Palestin dan membelakangkan undang-undang antarabangsa. Tindakan-tindakan biadap ini adalah di dalam rangka untuk mengyahudikan Baitul Maqdis dan memadamkan ciri asal kota suci yang merupakan pusat agama, budaya dan kesenian tiga agama utama dunia sejak zaman-berzaman.
Mereka telah membina temboh pemisah (Separation Wall)  yang  menghalang penduduk Baitul Maqdis dari berhubung di antara satu dengan lain. Panjang tembok ini ialah 181 km yang menutup dan mengepung sepenuhnya Baitul Maqdis . Tembok ini mengepung  kawasan seluas 235 km persegi atau merangkumi 4% dari wilayah Tebing Barat. Ini bererti jalan keluar masuk ke Baitul Maqdis dan masjid al- Aqsa akan dikawal ketat dari semua arah. Terdapat sebanayk 23 sekatan jalan (roadblocks)  di sekitar Baitul Maqdis. Sekatan-sekatan jalan ini diwujudkan untuk menghalang pergerakan rakyat Palestin dari Tebing Barat masuk ke al Quds dan sebaliknya. Mereka menjadikan sekatan jalan ini sebagai pintu masuk antarabangsa (international crossing points) yang hanya bolih dilalui dengan visa yang dikeluarkan oleh zionis Israel.
Zionis Israel juga telah dan sedang membina penempatan-penempatan haram Yahudi di sekitar Baitul Maqdis. Penempatan haram ini meliputi kawasan seluas 112.13 km persegi atau menyamai 47.7% dari kawasan al Quds yang di kelilingi oleh tembok (Jerusalem envelope) yang menempatkan 236,480 pendatang yahudi. Jumlah ini jelas untuk menandingi bilangan rakyat Palestin seramai 151,423 yang terkepung di dalam kawasan tembok sedangkan 251,259 rakyat Palestin berada di luar tembok.
Anjuran GMJ ini juga adalah bersempena dengan Land Day atau 'Hari Tanah' Palestin yang bermula pada 30 Mac, 1977 apabila tentera zionis menyerang orang awam Palestin yang berdemonstrasi untuk membantah rampasan tanah secara berleluasa di Galilee, utara 'Israel' atau lebih tepat lagi wilayah Palestin yang dijajah sejak 1948. Pada hari tersebut, tentera zionis membunuh enam orang Palestin, mencederakan 96 orang dan menahan dan memenjarakan kira-kira 300 orang. Seluruh bangsa Palestin di dalam 'Israel', Tebing Barat, Gaza dan mereka yang berada di khemah-khemah pelarian di negara-negara Arab mengistiharkan hari tersebut sebagaiLand Day atau 'Hari Tanah' untuk mengingati kehilangan tanah rakyat Palestin yang masih berlaku untuk meluaskan lagi negara haram Israel.
Kini setelah 32 tahun, regim zionis terus rakus merampas tanah-tanah milik orang Palestin samada di Tebing Barat, Baitul Maqdis Timur dan di negara haram Israel sendiri. Bahkan perjanjian Oslo 1993 yang kononnya menjanjikan sebuah wilayah Palestin yang merdeka berasaskan resolusi PBB 242 1967 terus dicabuli sendiri oleh regim zionis apabila terus merampas tanah rakyat Palestin dan merobohkan kediamam mereka bagi membina lebih banyak penempatan haram Yahudi. Penipuan-penipuan yang berselindung disebalik perjanjian damai terus berlaku sehingga kini. Ini termasuklah merancakkan aktiviti pembinaan penempatan Yahudi di Ma'ale Adoumin di Tebing Barat sebaik sahaja Konferens Annapolis selesai pada tahun 2007.
Rampasan tanah ini juga berlaku akibat pembinaan tembok pemisah di sepanjang Tebing Barat yang menyebabkan 45% dari tanah rakyat Palestin kini berada di dalam wilayah negara haram Israel. Tembok pemisah ini menyebabkan rakyat Palestin kehilangan tanah-tanah pertanian mereka, telaga air bahkan rumah kediaman. Kadar keciciran di kalangan pelajar sekolah juga amat tinggi kerana perjalanan ke sekolah terhalang oleh tembok.
Pada tarikh yang sama iaitu 30 Mac 2009, kempen BDS (Boycott, Divestment and Sanctions) atau 'Boikot, Mengalihkan pelaburan dan Sekatan' dilancarkan bersempena dengan seruan World Social Forum di Belem, Brazil yang menyeru seluruh dunia memboikot produk, dan institusi Israel. Kempen boikot Israel adalah sangat penting dan menjadi sebahagian dari perjuangan untuk membebaskan bumi Palestin dan mengembalikan hak rakyat Palestin termasuk hak untuk pulang ke negara mereka seperti yang dijamin oleh piagam dan resolusi-resolusi PBB. Dalam keadaan rakyat Palestin terus dikepung dan dipenjarakan di Gaza dan di Baitul Maqdis maka BDS merupakan satu seruan yang wajib untuk disambut oleh seluruh masyarakat antarabangsa bagi menamatkan kepungan Israel.
Kesemua kezaliman ini menuntut kepada satu tindakan yang padu dari masyarakat antarabangsa untuk memelihara Baitul maqdis dan Palestin dari terus dirosakkan dan dimusnahkan oleh tangan-tangan zionis yang anti kemanusiaan. Tindakan biadap mereka bukan sahaja menzalimi rakyat Palestin yang sudah berlanjutan lebih dari enam dekad malah mereka sedang bekerja siang-malam untuk memusnahkan warisan dan tamaddun kemanusiaan yang tidak ternilai. Perbuatan biadap ini mesti dihentikan segera dan rakyat Malaysia diseru untuk bersama-sama seluruh masyarakat antarabangsa dalam menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin. Solidariti bolih dizahirkan dengan menyertai perhimpunan perarakan MyGMJ yang akan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor pada Jumaat 30 Mac 2012.
Di masa yang sama seramai 23 orang rakyat Malaysia akan bersama dengan anggaran 2 juta masyarakat antarabangsa dari 80 negara yang akan berkumpul di empat buah negara yang berjiran dengan Palestin. Kesemua delegasi Malaysia akan bersama dengan rakyat Jordan dan Palestin dan warga Malaysia yang berada di Jordan yang akan akan bersama menyatakan solidariti mereka bersama rakyat Palestin di Baitul Maqdis dan di Palestin.
Aqsa Syarif menyeru semua pihak yang cintakan kedamaian dan menghormati prinsip hak asasi manusia supaya berganding bahu sempena Global March to Jerusalem dengan menyemarakkan kempen kesedaran ini dengan menyertai Perhimpunan MyGMJ yang telah dirancang pada 30 Mac 2012.
Perkembangan tentang Perhimpunan MyGMJ bolih diikuti di

Pengerusi Sekretariat MyGMJ  Dr Mohd Tahir b Abdul Rahman +6017-9720700
SU Ar Hj Syed Mohd Radzi Sayyid Sakkaf +6013-3909881

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif

MEMPERKASA UMMAH
MEMBEBASKAN AL-AQSA

Tuesday, 20 March 2012

Kenyataan Media MyGMJ 17 Mac 2012

Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ) 
18-2, Jalan Damai Mewah 2, Taman Damai Mewah, 43000 Kajang, Malaysia 
Web: http://facebook.com/MalaysiaGMJ | http://gm2j.com/main/ | http://twitter.com/gm2j  
Email: mujahidah.rose@gmail.com | azrabanu@gmail.com 


PRESS RELEASE 

March 18, 2012 

Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ) 

As a run-up to the Malaysia Global March to Jerusalem on 30th March 2012, a flash mob was held at Dataran DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. 120 students from institutions of higher learning acted out a scene depicting the plight of Palestinian Christians and Muslims who are refused access to worship in the city of Jerusalem and its holy sites by the Israeli authorities. 

For many centuries Jerusalem was home to Muslims, Christians and Jews living in harmony and peacefully side-by-side. The seventh century Dome of the Rock is the place where prophet Mohammad ascended to heaven to meet with God. It is next to the Al-Aqsa mosque, the third holiest mosque in Islam. The Church of the Holy Sepulchre is perhaps the most sacred of the many Christian sites in the Old City. While Jews are free to  pray at the Western Wall, believed to be part of Herod’s  Temple, Christian and Muslim Palestinians face daily intimidation by the Israeli authorities.  This is the central theme of the exciting flash mob which will include the use of props representing the Al-Aqsa mosque and the Church of Nativity. 

The Malaysia Global March to Jerusalem, MyGMJ, will be carried out in tandem with the rest of the nations across the globe, from Africa, Asia, Europe, America and Australasia under the banner of the Global March to Jerusalem. It is to send a very loud and clear message to the rest of the world that the majority of peaceful loving people in this world are demanding freedom for Jerusalem and its people and to call for an end to apartheid and ethnic cleansing policies affecting the people, land and sanctity of Jerusalem.  

MyGMJ has outlined a series of activities to demonstrate our solidarity with Palestine and the protection of Jerusalem, culminating in the grand March 30th event. Among others, they include road shows to schools and universities to educate the students of the atrocities that Israel has for many years forced upon the Palestinians, via the screening of documentaries, lectures, dialogues and distribution of pamphlets and flyers.  

On 30 March 2012, Malaysians from all walks of life, on foot or on superbikes, will be carrying the flags of all countries that have recognized Palestine and converge at a public venue with a virtual scene of the city of peace, Jerusalem, the Al-Aqsa mosque and the Church of Nativity as the backdrop. 

At least 100 renowned  international personalities are signatories of the document governing the GMJ. These celebrities and all the national organizations supporting the GMJ will be listed in the GMJ Advisory Board, to demonstrate the international character of the GMJ.  Individual supporters include Arch Bishop Desmond Tutu, Rabbi Lynn Gotlieb, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Founder of Viva Palestina George Galloway, Professor Richard Falk, Nobel Peace Laureate Mairead Maguire, former US Ambassador Samuel F. Hart and countless others. Other Malaysians on this prestigious GMJ International Advisory Board include YABhg Tun Dr Siti Hasmah, YBhg Dato Ahmad Talib,  Y Bhg Tan Sri Anthony Francis Fernandes, Y Bhg Datuk Yasmin Yusoff, YB Dr Dzulkefly Ahmad, YB Tony Pua and Mrs Wardina Safiyyah 

  

PRESS RELEASE 

March 18, 2012 

Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ) 

As a run-up to the Malaysia Global March to Jerusalem on 30th March 2012, a flash mob was held at Dataran DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. 120 students from institutions of higher learning acted out a scene depicting the plight of Palestinian Christians and Muslims who are refused access to worship in the city of Jerusalem and its holy sites by the Israeli authorities. 

For many centuries Jerusalem was home to Muslims, Christians and Jews living in harmony and peacefully side-by-side. The seventh century Dome of the Rock is the place where prophet Mohammad ascended to heaven to meet with God. It is next to the Al-Aqsa mosque, the third holiest mosque in Islam. The Church of the Holy Sepulchre is perhaps the most sacred of the many Christian sites in the Old City. While Jewsare free to  pray at the Western Wall, believed to be part of Herod’s  Temple, Christian and Muslim Palestinians face daily intimidation by the Israeli authorities.  This is the central theme of the exciting flash mob which will include the use of props representing the Al-Aqsa mosque and the Church of Nativity. 

The Malaysia Global March to Jerusalem, MyGMJ, will be carried out in tandem with the rest of the nations across the globe, from Africa, Asia, Europe, America and Australasia under the banner of the Global March to Jerusalem. It is to send a very loud and clear message to the rest of the world that the majority of peaceful loving people in this world are demanding freedom for Jerusalem and its people and to call for an end to apartheid and ethnic cleansing policies affecting the people, land and sanctity of Jerusalem.  

MyGMJ has outlined a series of activities to demonstrate our solidarity with Palestine and the protection of Jerusalem, culminating in the grand March 30th event. Among others, they include road shows to schools and universities to educate the students of the atrocities that Israel has for many years forced upon the Palestinians, via the screening of documentaries, lectures, dialogues and distribution of pamphlets and flyers.  

MyGMJ would like to invite all Malaysians to be a part of this momentous event. Together we can take a step closer to liberating Jerusalem and Palestine which has been called “the world’s worst moral crisis” by Nelson Mandela. Abraham Joshua Heshel said, “few are guilty but all are responsible”.  Let us be among the responsible. 

Together we will all make history, inspired by our passion for peace, our conviction to a just cause and our spirit and determination to end the occupation and free Jerusalem and free Palestine! 



For further information  please contact :   

MyGMJ Committee 

Dr Tahir  0179879459 /  Norazmi Talib 019 311 3456. 

Noraini 012 277 1710 / Noorazian 012 211 5749 / Dr Hamidah  012 217 0918 



Background information 

Jerusalem the historic city of peace and religion 
For many centuries Jerusalem was home to Muslims, Christians and Jews living in harmony and peacefully side-by-side. The seventh century Dome of the Rock is the place where prophet Mohammad ascended to heaven to meet with God. It is next to the Al-Aqsa mosque, the third holiest mosque in Islam. The Church of the Holy Sepulchre is perhaps the most sacred of the many Christian sites in the Old City. Jews pray at the Western Wall, believed to be part of Herod’s Temple. 

Why Jerusalem? 
As an international place for pilgrimage, Jerusalem was for centuries at the heart of Palestinian religious and social life for Muslims, Christians and Jews and the hub of the Palestinian economy. The future of Jerusalem is vital for the future of the state of Palestine. 

Why the concern for the future of Jerusalem? 
When the state of Israel was declared in 1948, the United Nations designated Jerusalem an international zone, lying in the heart of a future intended Palestinian state. However in 1967, Israel occupied the West Bank, Gaza Strip and what remained of Jerusalem . This illegal annexation is not recognized by the international community but Israel defied UN Resolution 242 to withdraw from Jerusalem and the Occupied Territories. 

The colonization and ethnic cleansing of Jerusalem 
The European Union Missions Report 2005 states “Israel’s main motivation is almost certainly demographic – to reduce the Palestinian population of Jerusalem, while exerting efforts to boost the number of Jewish Israelis living in the city.” This is an apartheid policy to destroy the ethnic, cultural and religious diversity that Jerusalem has enjoyed in the past. 


What about the Israeli Apartheid Wall? 
Almost completed in Jerusalem, it is the most visible form of Israel’s Apartheid inhumane acts of racism. Despite the UN Resolution of 2004, which called on Israel to dismantle the Wall, it cuts deep into Palestinian communities, expropriating their fertile lands and water resources and handing them to Israeli settlers colonizing the area. Palestinian towns and villages are being turned into disconnected ghettoes subject to military incursions, total closures and arbitrary curfews. 

Is there freedom of worship in Jerusalem? 
Most of the Palestinian Christians and Muslims are refused access to worship in the city and its holy sites by the Israeli authorities. 

Why 30 March? 
The historic day 30 March marks Palestine Land Day in Palestinian national memory. In March 1976, the Israeli authorities confiscated thousands of dunums of private and public land in majority Palestinian areas. The Palestinians declared a general strike, confronting the Israeli authorities for the first since the occupation of Palestine in 1948. The Israeli army responded violently, reoccupying Palestinian villages, killing and wounding many civilians. 

What is the significance of GMJ on 30 March 2012? 
This year we aim to celebrate 30 March as an international event to demonstrate our solidarity with the Palestinians and to protect Jerusalem. GMJ will demand freedom for Jerusalem and its people and to call for an end to Apartheid and ethnic cleansing policies affecting the people, land and sanctity of Jerusalem, a crime not only against Palestinians but against all humanity. GMJ will unite the efforts of civil society, gelling the conscience of the world citizens to peacefully demand an end to Israel’s defiance of International Laws and to end the occupation of Jerusalem and Palestine at large. 
GMJ will mainstream the pristine cause of Jerusalem, the City of Peace, which holds the key to peace in the region and the world. Together we will all make history, inspired by our passion for peace, our conviction to a just cause and the spirit and determination of the young people in the “Arab Spring” who have overthrown autocratic regimes. 

How will the Global March to Jerusalem take place? 
Massive peaceful marches will be organized from Asia, Africa, Europe, America and Australasia to Palestine and neighboring Jordan, Egypt,Syria and Lebanon. Massive peaceful marches in Palestine will move towards Jerusalem or to the nearest point to it. Mass peaceful protests will be organized in front of Israeli embassies in the capitals of different countries. Mass peaceful demonstrations and protests will be held in the main public squares in the big cities in the world eg Tahrir Square in Egypt 






MyGMJ in the News




Berikut adalah e.mail dari MyGMJ kepada IAB GMJ untuk dikongsi bersama:-

Dear honourable members of the International Advisory Board (IAB) of the Global March to Jerusalem (GMJ)
Many thanks yet again for accepting to be on the GMJ International Advisory Board. You are in the company of many renowned and courageous personalities around the world like Archbishop Desmond Tutu, Nobel Laureate Mairead McGuire, Greenpeace's Lalita Ramdas, Dr Mahmoud Barghouti, Archbishop of Palestine Atallah Hanna and of course, YABhg Tun Dr Mahathir, all signing to show their condemnation of Israel's ethnic cleansing of Jerusalem and its attempt to drive out Christian and Muslim Palestinians there from.
I thought I would update you on some of the activities which Malaysia GMJ (MyGMJ) has undertaken to mainstream the cause of Jerusalem. As alluded to earlier, myGMJ is cognisant of your terribly busy work schedule and does not require your presence at any of our functions. It was enough for us that you consented to be Malaysia’s representative on the IAB of GMJ. It speaks volumes  about your commitment to upholding the dignity and rights of the Palestinians, and preserving the sanctity of Jerusalem and the Holy Places.
      1.      Checkout this MalaysiaGMJ (myGMJ) youtube of the GMJ
We would like to share with you the publicity on an event held last Sunday, 18 Jan 2012, "Flash Mob on GMJ" at our capital, Kuala Lumpur.   It is probably best to display this with the coverage we got on the print and electronic media.
2.      TV3 (Nationwide TV Station) - http://www.youtube.com/watch?v=ZGs-_ZYQJ8U 
3.      Bernama TV (Cable TV station in English) - http://www.youtube.com/watch?v=2Z-mo3O8wBc&feature=youtu.be
4.      Bernama TV PC (Cable TV station in Malaysian Language) - http://www.youtube.com/watch?v=2U0eAMK6lSs&feature=youtu.be
5.      Astro Awani (Cable TV station in Malaysian Language) -  http://www.youtube.com/watch?v=h2izgP3la68&feature=youtu.be
6.      The Sun (Free Daily and online news) - http://www.thesundaily.my/news/324665
8.      Bernama (Online News) - http://www.bernama.com/bernama/v6/newsindex.php?id=653097
Enclosed are also some paper clippings from the local nationwide dailies, Berita Harian and Utusan Malaysia and our Press Release.
All in all, it has been a good publicity for the run-up to the 30th March GMJ.  The 120+ university students - cutting across different race and religions - gave an outstanding flash mob performance. We’d rather use the term mini outdoor theatre to remove the “unruly” connotations of a mobJ






Sent: Tuesday, March 20, 2012 10:43 PM
Subject: MyGMJ in the News





Saturday, 17 March 2012

Kempen MyGMJ Peringkat Johor Menjadi Wahana Aktivis IKRAM & AQSA di Medan Amal Di tengah-tengah Masyarakat



Global March to Jerusalem (GMJ) dan MyGMJ (untuk Malaysia) dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh aktivis  Palestin dan aktivis dakwah di Johor menjadikan wahana aktivisma memikul dakwah di tengah-tengah masyarakat . 

Bersempena kempen dan pelancaran MyGMJ peringkat negeri Johor, Aqsa Syarif Johor telah memanfatkannya melalui perancangan rapi mengajak pengemblingan tenaga sukarelawan Aqsa Syarif dan aktivis IKRAM Johor sama-sama menjadikan kempen MyGMJ sebagai wasilah mendekati masyarakat. 

Melalui pegemblingan pengurus-pengurus Aqsa Syarif daerah, konvoi berkereta bersama masyarakat dimulakan serentak seawal 9.30 pagi, 17 Mac 2012 dari beberapa daerah menuju Plaza Angsana di Johor Bahru. 

Mereka singgah di beberapa lokasi terpilih termasuk pasar awam, pasar tani, pusat membeli belah (Mydin), Stesyen minyak dan sebagainya sambil menyebarkan maklumat menganai GMJ dan Palestin. Aktiviti sebegini adalah suatu latihan praktikal dalam dakwah, selepas konsep dan teori tarbiah dan dakwah diperolehi di dalam kumpulan-kumpulan usrah IKRAM yang dilaksanakan saban minggu.

Setibanya di Plaza Angsana, para aktivis IKRAM dan Aqsa Syarif, dengan tanpa arahan khusus dari urusetia, mengetahui benar bagaimana untuk mengambil tempat dan meneruskan interaksi dengan masyarakat khususnya yang mengunjungi Plaza Angsana. 

Kelihatan wanita IKRAM dengan pakaian kemeja T labuh, berbaris di pintu masuk Plaza Angsana sambil memegang plycard tertulis mengenai isu/perjuangan Palestin di samping menghulurkan risalah GMJ kepada para pengunjung. 


Manakala mereka yang lain berdiri di barisan belakang sebagai tanda sokongan terahdap aturcara kempen MyGMJ yang dianjurkan.

Akrivis IKRAM dan Aqsa Syarif yang lain pula menghulur tenaga, membantu kerja-kerja di meja pameran dan jualan di samping sesekali kedengaran seruan dan ajakkan dari mulut mereka kepada orang ramai agar membantu Palestin melalui pembelian produk Palestin dan sumbangan ikhlas di tabung-tabung yang disediakan.

Tidak kurang pula, suasana ibu bapa yang membawa bersama anak-anak di dalam program ini, menjadi suatu wahana dan wasilah mendidik anak-anak kecil dan remaja secara praktikal di dalam kerja-kerja amal di dalam masyarakat. Anak-anak yang sudah mula faham isu Palestin dengan bangga dan bersemangat mengibarkan bendera Palestin di sekitar kemah yang didirikan di dataran Plaza Angsana khas untuk kempen MyGMJ yang diketuai oleh Pengurus Aqsa Syarif Johor, Prof Madya Dr Abdu Rahim Yusof.

Program yang dijalankan sungguh menarik dan menggambarkan suatu gerak keraja amal jama'i yang indah. Beberapa aktivis IKRAM dengan tekun menunggu di pintu masuk bersama tabung sumbangan sambil senyuman mesra menghulurkan risalah GMJ kepada pengunjung Plaza Angsana yang keluar masuk dari pintu tersebut sehingga majlis tamat kira-kira jam 5.30 petang.


Dipenghujung majlis, satu persembahan Flash Mob oleh para aktivis pemuda "Brigade AQSA UTM" menambahkan lagi impak kempen MyGMJ apabila secara spontan persembahan menarik menggambarkan keganasan Israel terhadap Palestin ditonjolkan oleh sekitar 15 orang pemuda dan 2 kanak-kanak. Penyertaan pemuda dalam menjayakan misi tersebut jelas menggambarkan konsep amal jama'i yang praktikal. 


Kesimpulannya, marilah kita jadikan gerak kerja dakwah dan proses tarbiyah sebagai suatu kesatuan yang saling melengkapi di dalam membentuk amilin yang sebenar. 
Tarbiyah amaliyah di dalam realiti kehidupan hari ini sangat dituntut agar aktivis IKRAM berupa menjadi ajen perobah dan berada di center-stage di dalam masyarakat membawa misi membimbing dan merobah umah kearah kebaikkan. Inilah juga yang sering dinyatakan presiden pertubuhan IKRAM di dalam beberapa kesempatan sebelum ini. 

Rakyat Johor Di Jemput Ke Perarakan MyGMJ 30 Mac di Stadium Melawati Shah Alam


Bersempena kempen Global March to Jerusalem (GMJ), Sekretariat MyGMJ Johor yang diketuai Prof Madya Dr Abdul Rahim Yusof telah mendapat kerjasama pihak Pengurusan Plaza Angsana Johor Bahru dengan menyediakan ruang berdekatan pintu masuk timur. Kemah dan meja pameran dan jual dibuka bagi orang ramai mendapat maklumat mengenai Palestin khususnya GMJ.

Majlis dipenuhi dengan ucapan-ucapan beberapa aktivis Palestin negeri Johor serta wakil Palestin yang berasal dari Jabalia, Utara Gaza, iaitu Saudara Tamer yang kini belajar di UTM Skudai Johor.

Dr Abdul Rahim menjelaskan objektif GMJ dan mengapa tarikh keramat 30 Mac 2012 dipilih, yang mengambil bersempena peristiwa penentangan penduduk Palestin dengan menganjurkan mogok lapar kali pertama pada Mac 1967 disebabkan perampasan rumah-rumah dan tanah-tanah milik penduduk Palestin secara zalim dan kejam sehingga jumlahnya mencecah 20,000 perobohan rumah kerana diberikan kepada pendatang haram Yahudi di Palestin. Baca lanjut di SINI.

Prof Mohd Zin Kandar yang mewakili BoT Aqsa Syarif dan JK MyGMJ membentangkan fakta-fakta kezaliman rejim Israel yang merampas tanah minik Palestin, membunuh, menangkap dan memenjara rakyat Palestin, membina tembuk pemisah kawasan penempatan dan pelbagai kebejatan Israel. Dengan laungan semangat "hidup-hidup Palestin" dan "Hancur-hancur Israel", Dr Zin mengajak para hadirin mengambil cuti jumaat 30 Mac 2012 nanti dan beramai-ramai berkonvoi menuju Shah Alam. Pada hari tersebut, akan berlaku satu sejarah penentangan yang luar biasa terhadap Israel di mana di setiap ibu kota diseluruh dunia, para pencinta keamanan akan berdemo secara aman termasuk di Malaysia. Malaysia juga menghantar wakil keperhimpunan di Amman Jordan, yang merupakan jiran terdekat Jerusalem.

Beberapa aktivis lain yang turut berucap ialah Prof Madya Dr AMinudin Ruskam, Ust Rofazlin dan Sdr Mokri Sabran dari bandaraya Johor Bahru.

Penceramah undangan ialah Sdr Tamer yang kini belajar di UTM Johor. Beliau menceritakan apa yang disaksikan ketika serangan Israe di Gaza pada 2008 dan 2009 yang mengorbankan 1,500 nyawa (Syahid) dan memusnahkan kediaman, masjida, sekolah dan infrastruktur. Beliau juga menjelaskan bagaimana lebih 10 tahun tidak dapat bertemu ibunya yang tinggal di Hebron, Tebing Barat.

Deklamasi Sajak Palestin turut dipersembahkan di dalam majlis tersebut yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Mat Hussin dari Johor Bahru Tengah.

Seketariat MyGMJ Johor Darul Takzim Berjaya Anjur Kempen di Plaza Angsana


Alhamdulillah, dengan pengemblingan tenaga Aqsa Syarif Johor dan daerah-daerah, pada hari ini 17 Mac 2011 telah berlangsung kempen MyGMJ (Malasia Glibal March to Jerusalem) peringkat negeri Johor yang diadakan diperkarangan pintu masuk Timur Plaza Angsana Johor Bahru.

Se awal jam 9.30pagi beberapa konvoi daerah-daerah telah bergerak bersama semangat perjuangan Palestin menuju Plaza Angsana. Diketuai Pengurus Aqsa Syarif Daerah-daerah, belasan kereta bergerak dari daerah masing-masing dan singgah di beberapa check point seperti Pasar Tani, Pasar Besar, Stesyen Minyak sebelum setiap konvoi sampai ke Plaza Angsana sekitar 1.00 t.hari.

Dengan bendera Malaysia, bendera Negeri Johor, bendera Palestin dan PlyCard tertulis sokongan Palestin dan Kutukan terhadap Israel, mereka mengedarkan risalah MyGMJ yang menjelaskan perhimpunan sedunia ke Jerusalem di seluruh dunia dan di Stadium Melawati Shah Alam pada 30 Mac 2012.

Mereka juga mengutip derma untuk perjuangan membantu Palestin. Para pengunjung Angsana turut menyaksikan pelbagai aktiviti dan persembahan di perkarangan Angsana.

Thursday, 15 March 2012

Ir Abdul Rahem Shehab, Chairman Islamic Soc Jabalia di Akhbar Utusan Malaysia


Mahasiswa perlu sedar isu Palestin



Ir Abdel Rahim Shehab berkongsi segala pengalaman pahit dan maung rakyat Palestin khususnya di Bandar Gaza yang menderita angkara sikap rakus dan ganas rejim Palestin.



REJIM Zionis mengganas lagi dengan menjadikan Bandar Gaza bermandi darah dengan kematian lebih dari 25 penduduk Palestin yang mati syahid dalam satu serangan roket dan bom baru-baru ini.
Namun di peringkat Malaysia, negara bukan jiran yang jauh dari sempadan Palestin, usaha-usaha bagi meningkatkan kesedaran dan membantu rakyat Palestin tidak pernah henti-henti dilakukan.
Ia tidak sekadar kempen propaganda yang biasa hanya semata untuk memahami isu pergolakan Timur Tengah.
Namun setiap lapisan masyarakat di negara ini perlu menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan sekurang-kurangnya mengajar kita supaya menghargai nikmat kemerdekaan dengan mengekalkan kemerdekaan negara malah membantu negara lain yang menghadapi musibah seperti Palestin.
Terutama di peringkat mahasiswa di universiti-universiti, mereka merupakan golongan utama yang mesti mempunyai kesedaran mengenai isu Palestin.
Ini bagi memastikan isu tersebut terus diperjuangkan kerana mereka turut mempunyai suara-suara perjuangan yang kental dan lantang untuk didengarkan oleh masyarakat dunia.
Ini sebagaimana satu permulaan yang sangat baik apabila Kelab Rakan Dinamik UiTM Shah Alam, Selangor berjaya menganjurkan program kesedaran Palestin dengan mengumpulkan lebih dari 3,000 mahasiswa dan mahasiswi UiTM di Dewan Tuanku Canselor UiTM Shah Alam baru-baru ini.
Majlis dimulai dengan ucapan dan tayangan filem Palestin diikuti dengan tayangan video projek-projek bantuan kemanusiaan pertubuhan NGO Palestin Malaysia yang terkenal, Aqsa Syarif di Gaza hasil dari sumbangan rakyat Malaysia dengan ulasan selari disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar (Ahli Lembaga Pengarah Aqsa Syarif).
Ini diikuti acara kemuncaknya, berkongi pengalaman dari rakyat Gaza Palestin sendiri, iaitu tetamu undangan yang merupakan Presiden Islamic Society Of Jabalia, Gaza, Ir Abdel Rahim Shehab.
Ramai warga kampus UiTM terdiri pelajar dan pensyarah serta kakitangan yang hadir pada malam itu sebak dan hampir menitiskan air mata apabila mereka didedahkan dengan realiti kezaliman tentera rejim zionis Israel yang tidak ber peri kemanusiaan membunuh, menyakiti, merampas harta milik rakyat Palestin dan memusnahkan bumi anbia, bumi ketiga paling suci umat Islam, Palestin yang terdapatnya padanya Masjid Al Aqsa yang menyaksikan baginda Rasulullah SAW menaiki ke langit dalam perjalanan malam paling agung, iaitu Israq dan Mikraj.
Menurut Ir Abdel Rahim, para siswa digesa supaya memahami akan realiti dan tanggungjawab mereka untuk membantu mempertahankan bumi palestin dan Masjidil Aqsa yang merupakan wakaf umat Islam seluruh dunia. Ini kerana perjuangan di Palestin bukan semata-mata isu keagamaan, malah juga isu kemanusiaan yang perlu diturut sertai oleh segenap lapisan masyarakat dunia tanpa mengira bangsa dan agama.
Rejim Israel sesungguhnya sudah keterlaluan. Menafikan hak semua golongan peringkat umur di Palestin, anak-anak kecil, remaja, pemuda wanita, orang tua semua mereka hebat teraniaya dan berada di dalam tekanan yang tidak pernah terfikirkan oleh manusia.
"Saya amat mengharapkan agar anda, para mahasiswa terus membantu dan menyokong usaha-usaha Aqsa Syarif dan lain-lain NGO untuk Palestin yang telah berjaya memulakan inisiatif membawa pelbagai projek kemanusiaan, pendidikan, bantuan perubatan dan peojek-projek sosio ekonomi seperti kilang roti, mikro kredit, ternakan lembu, ternakan ikan dan sebagainya terutamanya di Gaza, yang menjadi terkepung dan penjara serta terputus hubungan dengan dunia luar akibat kekejaman rejim Israel," kata Ir Abdel Rahim.
Pada malam itu lebih dari RM10,000 sumbangan dapat dikumpulkan yang akan terus disalurkan kepada tabung kemanusiaan Palestin. Ia disifatkan sebagai satu sumbangan yang cukup bermakna kerana ia merupakan sebahagian pengorbanan wang ringgit dari mereka yang masih menuntut di pengajian tinggi.

(Utusan Malaysia 15 Mac 2012)

Saturday, 10 March 2012

Kelab Rakan Dinamik UiTM Berjaya Bawa Kesedaran Palestin


 




9 Mac 2012 (Jumaat), Kelab Rakan Dinamik UiTM Shah Alam telah berjaya menganjurkan program kesedaran Palestin dengan cemerlang dengan kehadiran lebih 3000 mahasiawa/i UiTM.
Majlis dimulai dengan beberapa ucapan dan tayangan filem Palestin. kemudian diikuti dengan tayangan video projak-projek bantuan kemanusiaan Aqsa Syarif di Gaza hasil dari sumbangan rakyat Malaysia dengan ulasan selari oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar (Ahli BoT Aqsa Syarif). Seterusnya ceramah yang disampaikan oleh tetamu undangan Ir Abdul Rahim Shehab (Presiden islamic Society of Jabalia, Gaza).


Warga kampus UiTM yang hadir didedahkan dengan realiti kezaliaman kerajaan dan tentera rejim zionis Israel yang tidak ber peri kemanusiaan membunuh, menyakiti, merampas harta milik rakyat palestin dan memusnahkan bumi ambiya', bumi Palestin. 

Para Pelajar digesa oleh penceramah jemputan agar memahami akan realiti dan tanggungjawab membantu mempertahankan bumi palestin dan Masjidil Aqsa yang merupakan wakap umat Islam seluruh dunia. Perjuangan di Palestin bukan semata-mata isu keagamaan, malah juga isu kemanusiaan yang perlu diturut sertai oleh segenap lapisan masyarakat.

Israel sesungguhnya sudah keterlaluan. Menafikan hak semua golongan peringkat umur di Palestin. Anak-anak, wanita, orang tua ... semuanya teranaya dan berada di dalam tekanan. 

Ir Abdul Rahem, menggesa mahasiswa terus membantu dan menyokong usaha-usaha Aqsa Syarif yang telah berjaya memulakan inisiatif membawa pelbagai projek kemanusiaan, pendidikan, bantuan perubatan dan peojek-projek sosio ekonomi seperti kilang roti, mikro kredit, ternakan lembu, ternakan ikan dan sebagainya.

Di penghujung majlis, Sdr Zun Arif Hakim (Pegurus Aqsa Syarif Selangor) menyampaikan maklumat program Global March to Jerusalem (GMJ) yang akan di adakan pada 17 dan 30 March di Lembah kelang untuk disertai oleh seluruh warga Malaysia khususnya menjemput warga UiTM.


Komen dari Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Shah Alam, Maliki Abdul Ghani :





Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar... Kelab Rakan Dinamik UiTM Shah Alam (KRD) telah diberikan kejayaan oleh Allah SWT dalam menjayakan Malam Kesedaran Palestin di Dewan Tuanku Canselor UiTM dengan kehadiran 3000++ pelajar & staf UiTM dengan kutipan lebih 10,000 ++ ringgit Malaysia...
Semoga KRD dapat memeriahkan DATC dengan program2 Islamiah dan kesedaran kepada warga UiTM.... Mungkin AsSheikh Yusuff Al-Qardawy tengah menunggu tu...
-----------------




Dari kanan gambar : Dr Mohd Zin Kandar, ahli BoT; Ir Abdalrahim Shehab, Pengerusi Islamic Society of Jabalia; Zun Arif Hakim, Pengurus Aqsa Syarif Selangor dan wakil dari UiTM Shah Alam.





 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...