
Sudah lebih 63 tahun mereka berhadapan dengan Yahudi Zionis yang sewenang-wenang bermaharajalela. Gerakkan penentangan Intifadah 1987 yang digerakkan secara konsisten oleh para pejuang Palestin, dari semua golongan umur, laki-laki dan wanita telah menyebabkan rejim zionis terasa terancam. Mereka melipatgandakan tekanan dan serangan sehingga puluhan ribu rakyat Palestin terkorban dan dicederakan. Lebih 6000 pula ditangkap dan dipenjarakan, hanya kerana semata-mata mereka mempertahankan tanah air mereka yang sah.
Walaupun mereka mendapat sokongan dan bantuan dari luar atau tidak, mereka akan terus berjuang, walaupun hanya dengan bersenjatakan ketulan-ketulan batu, bagi mengusir tentera=tentera yang sentiasa datang menceroboh tanah-tanah Paalestin bagi tujuan membesarkan penjajahan.


Kepimpinan rejim zionis sememang bimbangkan akan kekuatan penduduk Palestin yang kini dipimpin oleh kepimpinan yang jelas prinsip perjuangannya dan tegas pendirian di dalam berhadapan dengan regim zionis yang sombong. Mereka tahu benar bahawa masjid-masjid adalah tempat pendidikan keagamaan yang telah ramai melahirkan para cerdik pandai dan para pejuang, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di dalam sirah pembangunan ummah contoh lebih 1400 tahun yang lalu. Oleh itu di dalam serangan 2008-2009, zionis bukan sahaja memusnahkan sekolah-sekolah amlah masjid-masjid di Gaza. Dalam serangan 'cast lead' tersebut lebih 100 masjid diserang dan rosak dimana 45 masjid ranap sepenuhnya.

Tentera zionis juga membunuh 'paramedic' dan mengebom ambulance yang bertugas memberikan bantuan dan mengangkut para mangsa serangan. Satu jenis jenayah kemanusiaan yang bersifat kebinatangan.

Sejumlah 113 sekolah telah diserang dan 7 sekolah rosak sepenuhnya. Sehingga kini kemudahan sekolah-sekolah tersebut tidak dapat dikembalikan sedia kala dan pelajar-pelaajar bersekolah dengan serba kedhoifan.


Mereka terus melipatgandakan usaha. Keberkatan bumi Ambiya, yang telah mula melahirkan natijah-natijah perluangan sudah mereka rasai dan mereka bersyukur kerana menjadi penduduk bumi Ambiya.
Kejayaan menawan tentera muda Gilad Shalet ketika sekumpulan tentera Zionis mengadakan operasi pada 2006 ditangani dengan begitu profesional dan teliti oleh kepimpinan tentera dan politik Hamas sehingga akhirnya pada November 2011, rejim zionis terpaksa tuntuk dengan tekanan Hamas dan zionis bersetuju (tanpa pilihan) untuk membebaskan 1027 tahanan di penjara-penjara Israel yang tidak mempunyai kesalahan, yang mana 27 dari mereka adalah tahanan wanita.
Oleh itu bantuan dan sumbangan anda yag berada jauh juga adalah penting di dalam perjuangan membebaskan bumi ambiya'. "Jika anda menolong para mujahid, anda juga adalah mujahid" jelas En Ahmad.

Begitulah sebahagian dari sedutan dari ceramah wakil Palestin tersebut yang dikongsikan kepada para hadirin di Masjid Ainuddin Wahid dengan penterjemahnya PM Dr Mohd Zin Kandar. Sebelum bersurai penceramah dan En Anwar Mosa dari Emaar Association di Khanyounis sempat bergambar bersama tuan Imam masjid dan JK Masjid. Kutipan derma tabung palestin kemudiannya diserahkan kepada Wakil Aqsa Syarif Negeri Johor.
No comments:
Post a Comment