
Pagi 10 Nov. 2011, En Khalil Khamis berkongsi pengalaman menyertai Misi Bantuan ke Gaza bersama anak-anak di Sek Ren Islam AsSyaidiyah, Senawang Negeri Sembilan - sekolah rangkaian IKRAM-Musleh.
Di susun oleh saudara Hasri - Sekretariat Aqsa Syarif Seremban, ceramah ini memberikan pendedahan dan pengalaman bercakap isu Palestin kepada anak-anak sekolah yang berumur 6 tahun sehingga 12 tahun.
Pengalaman di dalam menyampaikan berkali-kali ceramah di sekolah, ini kali pertama seorang murid BERJAYA menunjukkan dimana lokasi Palestin diatas peta !!!Tahniah !
Di penghujung sesi, En Khalil meninggalkan pesanan tentang 4 produk yang perlu diboikot kepada anak-anak di dalam melalui kehidpan seharian. insyaAllah mereka patuh dan akur dengan membawa isu ini kepada keluarga mereka.
Alhamdulillah ramai yang bersungguh-sungguh untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada rakan-rakan mereka di Palestin.
No comments:
Post a Comment