

Kami tergamam melihat mereka, pemuda-pemuda kacak yang sudah tidah memiliki anggota yang sempurna. Berbantukan kerusi roda dan tongkat untuk bergerak.
Mereka adalah sebahagian dari penduduk Gaza yang ditinggalkan oleh peristiwa hitam serangan bertalu-talu senjata dan peluru-peluru ganas regim zionis Israel. Mereka adalah pemuda-pemuda di barisan hadapan yang mewakili seluruh umat Islam sedunia. Mereka telah menjadikan batang tubuh sebagai perisai-perisai di dalam perjuangan mempertahankan bumi Palestin Umat Islam dan Masjidil Aqsa.

Namun di dalam ucapan balas salah seorang pemuda ini, kata-kata berikut diucapkan: "Wahai saudaraku, kami tidak mahu air mata anda..! Kami di sini tahu dan sedar bahawa apa jua yang kami miliki perlu digunakan untuk membayar harga suatu perjuangan, memelihara maruah ummat..! Kami akan tetap tabah dan meneruskan perjuangan ini...! Berbuatlah sesuatu saudaraku... gemblingkan kekuatan yang kamu miliki. Mari sama-sama teruskan perjuangan ini...!"
Kini para anggota misi sudah berada jauh dari mereka. Namun sesekali membelek gambar-gambar para pejuang ini ... sebak di dada. Tak wajar untuk kami berehat di rumah. Perjuangan membantu mereka perlu dilakukan terus menerus. Keperluan mereka untuk terus hidup perlu diuruskan. Ayuh laksanakan sesuatu untuk mereka yang telah mengorbankan diri mereka sendiri. Agar hutang kita kepada Palestin dapat kita lunaskan segera..! Dan kemenangan akan memihak ummah bagi menghalau rejim Israel keluar dari bumi suci Palestin.
Aqsa Syarif sedang merancang untuk menjana dana bagi membangunkan sebuah pusat rehabilitasi dan latihan untuk pemuda-pemuda cacat anggota seperti di atas bagi membolehkan mereka menjalani hidup lebih sempurna di Palestin.
No comments:
Post a Comment