Sebagai badan yang menekankan aspek kemanusiaan yang ingin menjadi pemudahcara bagi rakyat Malaysia menyumbang untuk membantu masyarakat Palestin, penumpuan aktiviti dan program Aqsa Syarif melalui misi A2G2 hanya tertumpu kepada usaha-sama dengan NGO-NGO dan badan-badan kemanusiaan di Palestin.
Jadual lawatan dan serahan sumbangan yang dirangkan dengan padat dengan NGO-NGO di Gaza rupa-rupanya telah dinasihatkan dan diubah oleh agensi yang menguruskan kedatangan deligasi misi kemanusiaan di Gaza iaitu "Government Committee for Receiving Delegation & Breaking the Seige". Mereka menganggap kedatangan misi kami begitu berharga lantas memasukkan di dalam jadual kami beberapa pertemuan dan kunjungan hormat seperti berikut:-
a). Kunjungan ke bangunan Palestinian Legislative Council yang diketuai oleh Speaker Dewan dan turut dihadiri beberapa ahli Parlimen Palestin (Gaza),
c). Kementerian Kesihatan (Ministry of Health),
d). Ministry of Social Affairs (Head of Society Safety Net Reform),
e). Ministry of Education and Higher Education,
f). Presiden Islamic University Gaza (IUG) Prof. Dr. Kamal,
g). Ministry of Foreign Affairs (Eng. Mahmoud El-Madhoun, Director General of Diplomacy of Training Program),
h). Mayor Jabalia Municipility
Kami benar-benar terharu di ats penghormatan tersebut dan berusaha memanfaatkan pertemuan-pertemuan tersebut dengan sebaik mungkin bagi memahami apakah amanat-amanat yang ingin disampaikan mereka kepada kami. Berikut adalah ringkasan dari pertemuan-pertemuan yang sempat disusun.
Agensi / Personel | Maklumat diterima |
a). Speaker dan ahli Parlimen Palestin (Gaza), | Menegaskan bahawa pihak speaker, anggota parlimen dan kerajaan di gaza akan melaksanakan amanah menjaga dan memelihara bimi Palestin dan Msajidil Aqsa bagi pihak umat Islam seluruh dunia. |
b). Perdana Menteri (Dr Ismail Haniyeh) | Solat Isya, tarawih dan sesi berkenal-kenalan serta perbincangan ringan mengenai beberapa kejayaan dicapai semenjak beliau dipilih rakyat. |
c). Kementerian Kesihatan (Ministry of Health), | Keperluan bantuan perubatan yang mendesak di Gaza. Keperluan bantuan pakar-pakar perubatan berkhidmat di Gaza secara berkala. Pembinaan busat-pusat rehabilitasi mangsa-mangsa serangan Israel. |
d). Ministry of Social Affairs (Head of Society Safety Net Reform), | Keperluan bantuan untuk membangun keupayaan modal insan. |
e). Ministry of Education and Higher Education, | Peluang melanjutkan pelajaran dan mendapatkan biasiswa untuk pelajar-pelajar Palestin di dalam negeri dan di luar negeri khususnya di Malaysia. Pembinaan sekolah-sekolah dan baik pulih bangunan dan kemudahan institusi Pendidikan. |
f). Presiden Islamic University Gaza (IUG) Prof. Dr. Kamal, | Kerjasama di antara mahasiswa Malaysia dan Mahasiswa di Gaza |
g). Ministry of Foreign Affairs (Eng. Mahmoud El-Madhoun, Director General of Diplomacy of Training Program), | Program bantuan teknikal kepada pemuda-pemuda di Gaza. Bantuan baik pulih dan pembinaan infstruktur utama seperti perigi air bersih. Pusat-pusat |
h). Mayor Jabalia Municipility | Pembinaan beberapa projek infrastruktur seperti telaga air bersih. Bantuan teknikal Bantuan murid-murid miskin |
Beberapa maklumat penting dibentangkan kepada kami sebagai suatu amanah untuk kami perpanjang kepada masyarakat Malaysia dan agensi-agensi berkaitan di Malaysia. Mudah-mudahan usaha kecil Aqsa Syarif, besar dan signifikan di dalam perjuangan rakyat Palestin memperolehi semula hak mereka sebagai rakyat yang akan hidup dengan aman di negara sendiri yang bebas dan memiliki kedaulatan. Aqsa Syarif akan membincangkan maklumat-maklumat yang diperolehi dari misi A2G2 tersebut di dalam mesyuart Lembaga Pemegang Amanah (BoT) dan mengajukan cadangan-cadangan praktikal untuk tindakan lanjut seberapa segera mungkin.
No comments:
Post a Comment