Rose2Rose: Dari Rasa Simpati Menjadi Realiti di bumi yang diberkati - Palestin
Idea berputik apabila beberapa aktivis wanita Aqsa Syarif yang dikrtuai Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah (BoT) Aqsa Syarif, Dr Fauziah Hassan memikirkan dengan serius apakah strategi untuk menzahirkan rasa simpati dan kebersamaan wanita wanita Malaysia terhadap ketabahan dan perjuangan para wanita di Palestin.
Maka dizinkan Allah lahirnya idea bunga rose, sebagai simbul kewanitaan yang sentiasa segar, mewangi dan berkembang. Rose2Rose adalah suatu gambaran sokongan dan dokongan perjuangan wanita kepada wanita yang sedang ditindas oleh Rejim Israel. Wanita di Palestin harus terus tabah. Mereka berperanan besar di dalam mendidikd an mendorong anak-anak agar terus tabah, cekal dan berani mengharungi hidup yang saban hari tertekan dan diancam oleh keganasan rejim Israel. Ibulah peniup semangat dan pembimbing anak-anak. Lebih-lebih lagi apabila para bapa dan lelaki dewasa terkorban di dalam mempertahankan kedaulatan Palestin. Ibulah yang akan menjadi pemimpin keluarga.
Idea Rose2Rose menjadi kenyataan apabila pihak pimpinan Aqsa Syarif membuat keputusan untuk menghantar wakil di dalam misi A2G2 kali ini. Persiapan dilakukan dan kempen penjanaan bantuan turut digiatkan dikalangan wanita untuk membantu wanita-wanita Palestin. Salah satu produk yang dihasilkan ialah batch (button) R2R yang berasaskan bunga rose untuk dihadikah kepada wanita-wanita Palestin dikesempatan bertemu ketika lawatan di Gaza.
Inilah simbuk kebersamaan, sokongan dan bantuan berterusan yang akan diberikan oleh wanita Malaysia melalui wanita Aqsa Syarif sehingga bumi Palestin dibebaskan dan Masjidil Aqsa menjadi bebas untuk ummah menziarahinya dan solat di dalamnya.
Projek R2R bertepatan dengan sokongan yang diberikan beberapa NGO wanita dan agensi wanita di dalam Pertubuhan IKRAM Malaysia. Diantaranya ialah Pertubuhan Mawaddah Malaysia yang telah sekian lama menghulurkan bantuan kepada Palestin melalui Aqsa Syarif. Terkini bersempena Ramadhan al-mubarak, Pertubuhan Mawaddah menyalurkan sejumlah RM170,000.00 dan telah disalorkan ke Gaza di dalam misi A2G2. Iman Early Learning Centre (Iman ELC) Johor yang diurus sepenuhnya oleh wanita IKRAM Johor juga menyalurkan RM250,000.00 baru-baru ini. Tidak kurang juga beberapa kumpulan wanita lain seperti Raudhah Centre Skudai Johor dll.
R2R terus menyeru wanita seluruh Malaysia melalui apa jua pertubuhan, perkumpulan yasin dan sebagainya untuk sama-sama menjayakan gagasan murni yang membawa semangat dan dokongan dari Wanita Malaysia kepada Wanita Palestin.
Sekembalinya dari misi A2G2, R2R Aqsa Syarif telah mengenalpasti beberapa projek dan program dan bertekad untuk merancang secara sistematik dan konstrusktif bentuk-bentuk sokongan dan bantuan terhadap pertubuhan-pertbuhan wanita di Palestin, khususnya di Gaza Insya Allah.
Wanita Ghaza: Tangkas dan Kreatif
Pertemuan bersama wanita Palestin di Gaza melalui beberapa persatuan wanita di beberapa kem-kem pelarian di sana merupakan detik yang paling beharga bagi kami sukarelawan wanita Aqsa2Gaza2. Wanita dan anak-anak adalah antara yang paling terkesan akibat peperangan dan kepungan yang berlaku ke atas Ghaza oleh Rejim Israel. Tentunya kehidupan wanita di Gaza tidak seperti kebanyakkan wanita-wanita lain didunia yang mempunyai peluang yang luas untuk bergerak membangun diri dan menyumbang kepada keluarga dan masyarakatnya. Peluang melanjutkan pelajaran yang terhad disebabkan univerisiti yang terhad dan mereka sangat tidak berpeluang untuk ke luar negara menyambung pelajaran. Peluang pekerjaan juga terhad selepas sekatan dan kepungan Israel serta serangan besar-besaran 2008 yang menyebabkan kemusnahan pelbagai industri dan infrastruktur.
Saudari Tahrer GH adalah contoh tipikal wanita Gaza yang kami temui. Beliau adalah merupakan salah seorang wanita muda yang ditemui di Bandar Khanyounis, menceritakan kisah disebalik wajah yang ceria dan gembira. Beliau yang tidak bosan menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya oleh kami sepanjang kami bersama dengannya, membawa kami mengenali golongan wanita di Gaza dengan menunjukkan aktiviti seharian mereka. Apa yang dapat kami lihat adalah ketangkasan golongan wanita di sini dalam menjalankan aktiviti kehidupan seharian mereka dan kreativiti mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
Sesuai dengan fitrah kewanitaan, Tahrir GH banyak menghasilkan produk kraftangan seperti sulaman pada baju, kain cadar dan sebagainya termasuk produk-produk tangan yang lain bagi menampung keperluan hidup seharian keluarga mereka.
Wanita di Gaza telah dapat mengadaptasi keadaan kepungan dikenakan terhadap Gaza oleh regim Israel semenjak 2006. Mereka memaksimakan masa menemani anak-anak, menyiapkan keperluan keluarga dan mengasuh anak-anak dengan pendidikan yang sewajarnya di samping menanamkan semangat yang tinggi untuk terus berjuang menentang rejim Israel yang kejam. Tidak hairan jika kami dapati ramai remaja-remaja Gaza bersemangat tinggi dan terkorban sebagai syuhada' di dalam menjaga persekitaran penempatan masing-masing seperti apa yang berlaku keatas assyahid Ahmad Maher Abu Musa di Khanyounis.
Ketika kami melawati dan menyerahkan beberapa sumbangan di beberapa pusat aktiviti persatuan wanita di Khanyounis contohnya, kami sempat bertemu salah seorang wanita yang cacat anggota badan, saudari Ibtisam merupakan wanita cekal hilang keupayaan berjalan akibat rawatan yang salah ketika masih kecil di hospital tempatan dan kesan peperangan. Walaupun berkerusi roda, Ibtisam dan wanita lain yang berkerusi roda bertugas di Hospital Al-Hilai hadir seawal jam 7.30 pagi waktu bekerja untuk membantu tugasan di Hospital di sini dan memberi sebaik mungkin khidmat yang diperlukan bersama wanita-wanita kurang upaya yang lain. Bantuan kerusi automatik yang diberikan dari orang ramai seluruh dunia katanya sangat memudahkan pergerakan mereka dalam menjalankan aktiviti seharian. Namun, katanya lagi, keperluan kerusi roda automatik masih kekurangan jika dibandingkan jumlah wanita yang masih ramai senasib dengannya dan memerlukan.
Gambar bersama wanita kurang upaya yang cekal dan pantas menjalankan tugas di Hospital Al-Hilai, Khan Younis
Gambar bersama anak-anak Palestin yang ceria dan gembira dengan kehadiran sukarelawan A2G2
Bersama anak-anak yatim yang ditaja rakyat Malaysia dengan majlis berbuka puasa khusus untuk wanita sahaja
Wanita Ghaza: Kami Rela & Redho Anakku Syahid..! Demi Memelihara Bumi Umat Islam..! Dan Kami tak Akan Berganjak Dari Bumi Ini..!
No comments:
Post a Comment