Saturday, 17 September 2011

ISU dan ANALISIS




Sajak : Satu Penipuan Bernama Perdamaian

Aku masih ingat
Seluruh dunia terpaku
Menyaksikan satu perdamaian bersejarah
Antara dua bangsa berseteru
Kini mereka bersekutu
Untuk memecahkan masalah Al-Quds yang satu

Dijulanglah dua nama itu
Sebagai pahlawan-pahlawan perdamaian terbilang
Yang satu...
Dulu ketua gerombolan Irgun Zvai Leumi
Pembunuh Deir Yassin yang keparat itu
Yang satu lagi...
Mati terkapar ketika lintas hormat soldadu
Atas nama Islam beliau dihujani peluru

Sudah lama perjanjian Camp David itu
Pelarian masih menunggu
Perdamaian yang disambut dunia itu
Hairannya mereka masih di situ
Di khemah-khemah pelarian itu..

Setelah Camp David datang pula tawaran di Madrid
Kini bukan seorang Presiden yang masuk perangkap
Tetapi seluruh raja-raja Arab
Diumpan dengan kalimah 'perdamaian'
Sehingga termeterailah satu persetujuan
Sekali lagi dunia meraikan kejayaan
Kononnya akan membawa keamanan
Pelarian tetap menunggu

Kata Israel...
Jangan sentuh soal pelarian..
Kita selesaikan masalah wilayah dulu
Peta dilakar di Oslo I, Oslo II, di Cairo, di Taba, di Sharm el-Sheikh I
... dan Sharm al-Syeikh II
Kali ini bukan seperti Camp David
Sekadar menamatkan permusuhan
Tetapi melepaskan tuntutan
Ke atas 77% kawasan
Yang dirampas oleh 181 setengah kurun lalu
Tak cukup dengan itu
Baitul Maqdis mereka yang tentu
Kerana telah diisytihar ibu negara yang satu
Dan abadi pula statusnya itu

Bagaimana pula dengan Al-Aqsa
Mereka bahagikan pula kepada dua lapisan
Apa-apa yang ada di atasnya milik Palestin
Yang selebihnya milik mereka
Ibarat sebuah binaan, hanya bumbung yang menjadi kepunyaan
Begitulah liciknya mereka
Mengabui rampasan dengan umpan perdamaian

Bangkitlah umat
Melaungkan intifadah
Sebagai jawapan kepada penjualan maruah dan wilayah
Kepada Zionis laknatuLlah
Mereka bentangkan pula 'Pelan Damai'
Pelan menuju sebuah negara Palestin yang merdeka
Dan berdaulat..

Berdaulat tanpa Baitul Maqdis?
Berdaulat tanpa Al-Aqsa?
Berdaulat dan pelarian masih di situ?
Di khemah-khemah pelarian itu?
Seperti biasa jawapan-jawapan pada persoalan itu
Nanti kita akan selesaikan
Dengan syarat hentikan intifadah dulu

Dan pemimpin-pemimpin itu mengangguk-angguk
Memberi kepercayaan kepada
Sebuah penipuan
Yang bernama perdamaian
Ibarat memasuki lubang
... yang sama berulang-ulang.

Nukian :
Dr Hafidzi Mohd Noor
1 Jun 2006







ISU 1

Negara Palestin di PBB : Menang sorak, kampung tergadai?
Jumaat lepas, Presiden Mahmoud Abbas secara rasminya telah mengemukakan permohonan supaya Palestin diterima sebagai `Negara Ahli’ kepada Majlis Keselamatan PBB. Sehingga kini status perwakilan Palestin hanyalah `anggota pemerhati’ (observer entity), bukan ahli dan bukan negara. Ketegasan beliau meneruskan permohonan tersebut walau ditentang secara jelas oleh Israel and Amerika merupakan langkah yang berani.
Sebaik mengemukakan permohonan tersebut, beliau masuk memberi ucapan di Perhimpunan Agung PBB yang disambut dengan tepukan gemuruh dan `standing ovation’. Ucapan beliau kepada 193 negara-negara ahli PBB ditayang secara langsung dengan skrin besar di Tebing Barat. Jalan dipenuhi dengan rakyat Palestin yang menyokong dan kereta-kereta mengibarkan bendera Palestin. “Saya mendengar orang ramai memanggil-manggil nama`Abu Mazen’ (gelaran Mahmoud Abbas), suatu yang tidak pernah saya dengar selama ini” kata pemberita Al Jazeera Cal Perry.
Kepulangan beliau di Ramallah disambut ribuan rakyat Palestin sebagai hero. Dengan bangga beliau mengisytiharkan `Kabangkitan Palestin’ (Palestinian Spring) telah bermula.
Telah sekian tahun imej Mahmoud Abbas, Fatah, PLO dan Palestine Authority (PA) merudum kerana tiada kemajuan dalam rundingan damai sedangkan pada masa yang sama cengkaman Israel semakin kuat dan penjajahan dan pendatang Yahudi terus bertambah. Mandat kerajaan PA telah 3 tahun tamat. Tiada pilihanraya diadakan untuk memperbaharui mandat itu, takut-takut HAMAS menguasai keseluruhan Palestin pula. Peristiwa ini memberi lonjakan dan harapan baru kepada kelangsungan beliau dan Fatah.
Kebanyakkan pemerhati politik antarabangsa berpendapat permohonan Palestin pasti gagal. Laluannya sukar. Abbas perlu mendapatkan sokongan majoriti dari 15 ahli Majlis Keselamatan dan kalaupun beliau berjaya sekalip pun, veto dari Amerika adalah hampir pasti. Pilihan kedua beliau ialah memohon sebagai `Negara Pemerhati’ di Perhimpunan Agung. Tak jadi ahli pun tak pe lah, asalkan ada perkataan `negara’.


Satu persoalan yang kurang ditanya dan dibincang ialah kalaupun permohonan ini berjaya, negara Palestin bagaimanakah yang mereka akan dapat. Dalam ucapannya Abbas menegaskan kesediaan beliau untuk mendirikan Negara Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967* yang merangkumi Tebing Barat dan Gaza dengan Bailtul Maqdis Timur sebagai ibunegara. Abbas sendiri mengakui itu hanyalah 22%, tidak sampai suku pun dari tanah asal Palestin, tetapi beliau sanggup menerimanya demi `perdamaian’ dan peluang mendirikan `Negara Palestin’. Tetapi apakah harga perdamaian itu? Apakah sebenarnya yang dibayar demi mendapatkan `Negara Palestin’ yang Abbas idamkan itu? Pengisytiharan ini membawa beberapa kesan yang langsung dan tidak langsung, antaranya;
1. Mengisytiharkan Negara Palestin dalam sempadan tahun 1967 dengan sendirinya melepaskan hak rakyat Palestin terhadap kawasan diluar sempadan tersebut.
2. Ia menafikan hak rakyat Palestin untuk kembali menuntut tanah dan rumah mereka yang berada diluar sempadan Palestin 1967, yang kini diduduki Israel. Terdapat jutaan rakyat Palestin yang berasal dari kawasan tersebut yang kini menjadi pelarian di negara-negara Arab. Apakah nasib mereka selepas ini?
3. Ia dengan sendirinya mengiktiraf Negara Israel sekurang-kurangnya berdasarkan sempadan tersebut, sedangkan Israel sendiri belum menetapkan sempadannya.
4. Berlaku pengiktirafan satu pihak, Palestin mengiktiraf Negara Israel sedangkan Israel belum mengiktiraf Negara Palestin.
5. Kejayaan permohonan ini tidak akan mengubah kehidupan harian rakyat Palestin. Israel tidak akan berganjak seinci pun dari tanah Palestin, pembinaan koloni Yahudi tidak akan terhenti dan kepungan Gaza dan tetap diteruskan.
6. Dari segi undang-undang antarabangsa, negara baru Palestin boleh menyaman atau pun disaman di International Court of Justice. Israel akan berpeluang untuk menyaman Palestin bagi setiap roket yang dilancarkan kepadanya. Ini secara tidak langsung melucutkan hak rakyat Palestin untuk mempertahankan diri dan menuntut balik tanahair mereka.
7. Palestin akan terjerebak dalam satu peperangan baru yang mereka belum bersedia : perbalahan undang-undang antarabangsa yang akan memakan bukan sedikit dari masa, tenaga, kepakaran dan perbelanjaan mereka. Mereka mungkin tenggelam dalam perdebatan undang-undang yang mengalih (distract) fokus mereka dari membebaskan tanahair dan mempertahankan kehidupan rakyat.
Yang jelas keputusan untuk memohon keanggotaan PBB ini tidak dibincang secara melata dikalangan perwakilan Palestin terutamanya di Gaza, kem-kem pelarian di Negara Arab bahkan rakyat Palestin yang bertebaran diseluruh dunia (Palestinian in diaspora). Sedangakan yang menjadi pertaruhan adalah hak dan kepunyaan mereka. Mereka adalah lebih dari 2/3 rakyat Palestin. Siapakah yang memberi kuasa kepada Abbas dan perwakilannya untuk melepaskan hak tanahair Palestin begitu saja?
"These people don't have a right to act on behalf of the Palestinian people, and they are using the United Nations as a roulette table and gambling with the rights of the Palestinians," kata Ali Abunimah, pengasas website Electronic Intifada apabila ditemubual oleh al Jazeera.
Kata Fawzi Barhoum, jurucakap Hamas pula : "Abbas made this decision on his own. He did not consult any of the other various Palestinian political powers, which means it falls outside the internal Palestinian consensus,"
Permohonan ini, kalaupun berjaya tidak akan menjamin hak asas rakyat Palestin – hak untuk pulang ke kampung halaman dan harta benda mereka, hak untuk membuat keputusan sendiri (self-determination) ataupun hak untuk menentang dan mempertahankan diri dari penjajahan Zionis Yahudi yang telah berlarutan 63 tahun.
US Palestin Community Network (USPCN), sebuah organisasi bebas rakyat Palestin di Amerika menolak usaha ini dalam kenyataan di website mereka : “We call on all Palestinian and Arab community associations, societies and committees, student organizations, solidarity campaigns, to reject fully and unequivocally the Statehood initiative as a as a distraction that unjustifiably and irresponsibly endangers Palestinian rights and institutions.”
Kata Dima Abi Saab, jurucakap USPCN "The declaration of a Palestinian state would essentially mean that the Palestinian refugees who have been living in refugee camps across the Arab world, waiting to return home, many of which still hold the keys to their original homes, would never be able to return to Palestine."
Manakala bagi Yusof Rezqa, penasihat politik kepada Perdana Menteri Ismail Haniyeh pula, “Harga yang dibayar oleh Palestin adalah terlalu tinggi sekadar untuk mendapatkan pengiktirafan simbolik yang tidak akan mengubah apa-apa dalam kehidupan rakyat .”
Dengan besarnya pertaruhan yang diletak, tanpa mendapat mandat dari keseluruhan rakyat Palestin, sekadar untuk mendapatkan `negara simbolik’ dan `political leverage’ dalam rundingan akan datang, kita bimbang ia akan menjadi kes Pak Pandir yang klasik : MENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI!

Ar. Hj Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf
Aqsa Syarif Gombak.

*Sebagai latarbelakang, tanpa perbincangan dan persetujuan rakyat Palestin, UN Partition Plan 1947 telah memberikan , 55% dari tanah Palestin kepada pendatang Yahudi (peta 3). Berikutan pengisytiharan Negara Israel dan perang Arab-Israel pada 1948 yang cuba menyelamatkan kembali tanah yang diduduki Israel, Israel berjaya menguasai lebih banyak kawasan iaitu hampir 78% dari tanah Palestin. Kawasan inilah terus dijajah dan diperintah oleh Israel sehingga berlakunya perang 1967. Selepas perang 1967, Israel berjaya menguasai lebih banyak kawasan termasuk Semenanjung Sinai di Mesir dan Golan Height di Syria (peta 3). Namun Resolusi PBB 242 berikutan perang tersebut hanya meminta Israel berundur sehingga sempadan sebelum perang 1967 sahaja bukan sempadan 1947, seolah-olah memberi pengiktirafan (legitimacy) kepada kawasan yang dirampas Israel antara 1947 dan 1967. Itupun Benjamin Netanyahu dalam ucapanya di PBB selepas Mahmud Abbas mendakwa resolusi itu hanya meminta Israel berundur ke `sempadan yang boleh dipertahankan’ (defensible boundaries). Inilah lebihan kawasan yang tidak dikuasai Israel pada 1967 yang Mahmoud Abbas sedia menerima sebagai `Negara Palestin’.





ISU 2

Deklarasi Balfour yang melahirkan negara haram israel sebenarnya diluluskan oleh US (sempena 21 September 1922)


Assalamualaikum,


Pada 21 September ini genaplah 90 tahun US menyokong dan merestui deklarasi politik keji yang dinamakan 'The Balfour Declaration'.


Mari kita telusuri latarbelakang kepada sehelai dokumen yang mengandungi hanya satu ayat yang terdiri dari 67 perkataan dan menjadi asas kepada berdirinya negara terkutuk Israel pada tahun 1948. Kalimah yang membentuk deklarasi yang dibentang dan diluluskan di Parlimen British pada 2 November 1917 ini adalah seperti berikut:


"His Majesty's government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country"


Hakikatnya apa yang dikatakan sebagai 'deklarasi' ini hanyalah sepucuk surat dari Arthur Balfour (Setiausaha Luar British - Foreign Secretary) kepada Baron Rothschild, ketua Yahudi
Britain untuk dikemukakan kepada Zionist Federation of Great Britain and Ireland


Deklarasi ini terhasil dari hasrat Theodor Hetzl untuk melihat berdirinya sebuah negara Yahudi di Palestin. Beliau sebagai pelopor kepada gerakan Zionis telah menggariskan ide penubuhan negara Yahudi ini di dalam tesisnya 'The Jewish State'. Ide ini diperjuangkan oleh Hertzl selama 14 tahun sebelum ianya mendapat sokongan kerajaan British melalui pengistiharan Deklarasi Balfour pada tahun 1917. 

Hetzl meninggal dunia pada tahun 1904 dan hasratnya diteruskan oleh Chaim Weizman. Chaim Weizman adalah seorang chemist dan penemuannya terhadap kaedah untuk menghasilkan acetone melalui penapaian (fermentation) membantu British menghasilkan cordite, bahan peledak yang diperlukan oleh tentera British dalam perang dunia pertama. George Llyod (menteri persenjataan - Minister of munition) amat berterima kaseh kepada Weizman dan berjanji untuk membantu gerakan Zionis untuk mendirikan sebuah negara Yahudi di Palestin.


Llyod George (kemudiannya menjadi Perdana Menteri Britain) dan Arthur Balfour adalah anak didik kepada seorang tokoh zionis C.P. Snow yang merupakan seorang jurnalis yang berpengaruh. Seorang lagi anak didik C.P. Snow ialah Winston Churchill (juga menjadi Perdana Menteri Britain dalam era Perang Dunia ke 2). Weizman telah menemui kelompok anak didik CP Snow ini untuk mendapat dokongan padu ke atas projek Zionis di Palestin.


Apa pula hubungan US dengan deklarasi Balfour? British menghadapi kekalahan yang teruk di pelbagai medan dalam Perang Dunia Pertama. Kehancuran tentera British dan sekutunya Peranchis di Somme (western front) dan di Gallipolli (Turki) meletakkan British dalam keadaan yang goyah. Presiden US Woodrow Wilson telah mengambil pendirian tidak akan melibatkan negaranya US dalam perang dunia pertama. Namun pendirian kerajaan US berubah pada tahun 1917 apabila ia menyertai peperangan tersebut. Penglibatan US pada penghujung peperangan menimbulkan tanda tanya. Di sinilah pakatan yang wujud di antara Kerajaan (kabinet Britain) dengan Zionist Federation of Britain. George Lloyd dan Arthour Balfour (mewakili kabinat Britain) telah bersekongkol dengan British Zionis Baron Rothschild, CP Snow dan Chaim Weizman antara lain bagi mengheret US terlibat dalam perang dunia pertama. Zionis Federation of Great Britain akan memastikan US terlibat dalam perang bagi menyelamatkan Britain dari kekalahan. Sebagai imbalannya Kabinat Britain akan menerima hasrat Zionis Federation untuk mendirikan sebuah negara Yahudi di Palestin.


Di sini kita bongkar apakah pula hubungan di antara Mark Sykes dan Weizman. Mark Sykes adalah wakil British yang terlibat bersama Picot dari Peranchis dalam perjanjian Sykes-Picot pada tahun 1916, di mana ekoran kekalahan Turki Uthmaniah, maka negara-negara Asia Barat (Bilad-us-syams) akan dibahagikan kepada wilayah pengaruh dan jajahan British dan Peranchis. Perjanjian ini juga memperuntukkan Palestin sebagai wilayah yang bakal diberikan status 'mandated' (British akan memperoleh mandat untuk mentadbir negara Palestin yang ditawan dari Turki sehinggalah negara Arab mendapat kemerdekaannya dengan damsyik sebagai ibu negara - satu penipuan yang tidak menjadi kenyataan). Chaim Weizman telah menemui Sykes supaya menerima agenda Zionis di timur tengah. Perjanjian Sykes-Picot meletakkan kedudukan zionis dalam keadaan yang sangat selesa bagi mendirikan negara Yahudi di palestin di atas wilayah mandat British. Oleh kerana itu apabila kerajaan Turki Uthmaniah tewas dalam perang dunia pertama dan palestin jatuh ke tangan British, Deklarasi Balfour diterima sebagai sebahagian dari piagam kerajaan mandat British di Palestin.


Ketika Deklarasi ini diumumkan di Parlimen British, ia sudah pun mendapat persetujuan dari Presiden Woodrow Wilson. Hakikatnya George Llyod tidak akan berani meneruskan agenda Zionis sehinggalah mendapat restu dari kerajaan US. Zionis Federation of Great Britain memang berkerja di tahap yang tertinggi dalam Kongres Amerika bagi memastikan sokongan dari US. Persetujuan Amerika ke atas pelan Zionis ini tidak didedahkan kepada umum, sebagaimana yang ditetapkan oleh Presiden Woodrow Wilson. Sokongan ini hanya diumumkan secara rasmi pada 21 September 1922 melalui Senat dan Kongress (House of Representative) berdasarkanPublic Resolution No. 73, 67th Congress, Second Session


Dengan pembongkaran proses kelulusan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917, teranglah kini bahawa yang meluluskannya adalah kerajaan US dan kerajaan US lah yang akan memastikan Deklarasi ini menjadi kenyataan dengan berdirinya negara haram Israel pada tahun 1948.


Dr hafidzi Nohd Noor
Pengarah
PACE (palestine Centre of Excellence)
Pengerusi Aqsa Syarif



ISU 3
Negara Palestin melalui undian PBB – kenyataan atau ilusi
Hanya beberapa hari lagi, pada 23 Sept ini PBB akan mula bersidang lagi di New York. Tentunya isu yang sedang hangat diperbincangkan ialah percubaan Palestin untuk diterima sebagai sebuah negara dan diberi hak penuh sebagai ahli PBB. Kedudukan Palestin sekarang yang diwakili oleh Mahmoud Abbas bersama delegasi Palestinian Authiority (PA) hanyalah sebagai pemerhati, tanpa hak mengundi.


Perlu diperjelaskan disini satu perkara yang ramai antara kita tersilap faham. PBB tiada kuasa mengisytiharkan penubuhan mana-mana negara baru. Negara baru tertubuh dengan pengiktirafan negara lain melalui `bi-lateral recognition’. Walau bagaimanapun, diterima masuk sebagai ahli PBB dengan status `negara’ secara simbolik dilihat sebagai pengiktirafan antarabangsa terhadap negara tersebut. Inilah yang cuba dibuat oleh PA.

Undian 2/3 ahli PBB, iaitu 128 daripada 192 negara adalah diperlukan dalam Persidagan Agung PBB untuk meluluskan pemohonan ini. Menurut Duta Mesir ke PBB, Majid Abdul Aziz, sehingga kini 112 negara telah mengiktiraf Palestin dan banyak lagi dijangka menyokong dalam masa terdekat. Walaubagaimanapun, kelulusan ini perlu mendapat sokongan Majlis Keselamatan PBB. US sebagai ahli tetap Majlis awal-awal lagi mengugut untuk mengunakan kuasa vetonya. Dengan veto ini, kelulusan Persidangan Agung yang sudahlah hanya simbolik itu, akan hancur berkecai tidak memberi apa-apa makna.

Perlu diingatkan, bahawa ini bukanlah kali pertama pengisytiharan negara Palestin dibuat. Negara Palestin telah diisytiharkan pada 15 November 1988 di Algiers, Algeria oleh Palestine National Council, sebagai sebuah kerajaan dalam buangan. Malaysia bersama 84 negara lain telah mengiktiraf penubuhan Palestin pada hari yang sama. Sehingga kini lebih 120 negara telah mengiktiraf `negara’ Palestin.

Malangnya pengisytiharan pada 1988 tidak pernah membawa apa-apa perubahan yang konkrit kepada isu Palestin. Bahkan sejak tarikh itu tanah Palestin semakin mengecil dan dipecah-pecahkan. Percubaan kali ini juga dijangka akan membawa nasib yang sama. Palestinians aren’t stupid - they know this UN bid is not going to create a Palestinian state.” Kata Dr Hussien Ibish, senior fellow dari American Taskforce on Palestine. Bahkan Saed Erakat, perunding utama bagi phak PA sendiri berkata tujuan percubaan ini hanyalah untuk `keep hope alive’ kearah Palestin yang merdeka. Pada masa yang sama dimaklumi juga PA memerlukan sesuatu sebagai lonjakan imej dikalangan rakyat Palestin sendiri.

Walaupun kemenangan hanyalah simbolik, tetapi kegagalan boleh membawa kesan langsung kepada rakyat Palestin. Amerika telah mengugut untuk menghentikan bantuan berjumalah USD 500 juta kepada PA. Israel mengugut untuk menghentikan penyaluran wang cukai kepada PA (Selama ini cukai yang dikutip oleh PA dari rakyat Palestin masuk ke Israel terlebih dulu sebelum diberi semula). Israel mungkin akan menjadikan ini sebagai alasan untuk merampas terus (annexed) beberapa kawasan yang diduduki pendatang Yahudi.

Walaupun tidak menyatakan bantahan secara terbuka, HAMAS pula tidak menyokong usaha ini.  “Tiada siapa memberi mereka (pemimpin PA) mandat untuk mengikis hak kebangsaan Palestin atau kepada mana-mana `pelakon’ Palestin untuk membuat pertukaran tanah atau hak rakyat Palestin terutama hak untuk kembali ke tanahair mereka.” Kata Perdana Menteri Ismail Haniyeh. Bagi HAMAS usaha tersebut hanyalah usaha `tactical’ dan mereka tidak pernah dibawa berbincang.

HAMAS menegaskan “Kami tetap menyokong penubuhan negara Palestin diatas tanah Palestin yang dibebaskan dan dipersetujui oleh rakyat Palestin keseluruhannya, tanpa mengiktiraf Israel dan melupuskan walau seinci dari tanah asal Palestin.”

Menurut Salah al-Bardaweel, seorang pemimpi Gaza, pengisytiharan Negara Palestin seperti yang dikehendaki oleh Mahmoud Abbas, secara tidak langsung mengiktiraf sempadan Israel dan melupuskan hak Palestin menuntut kembali tanahair mereka. Pengiktirafan itu juga akan mengharamkan penentangan terhadap penjajahan Israel.

Apapun halnya, sepertikata Timbalan Menteri Luar Palestin Dr Ghazi Hamad kepada delegasi Aqsa Syarif yang mengadakan kunjungan hormat ke pejabat beliau pada 23 Ramadhan lalu apabila diajukan soalan ini : “it will not change anything on the ground”. Israel tidak akan berundur setapak pun atau melegakan sekatan keatas Gaza sedikit pun akibat penerimaan PBB ini.

Ar. Hj Syed Mohd Radhi
Aqsa Syarif Gombak


ISU 4 

Kepungan & Sekatan Gaza Masih Di Takuk Lama - Usaha Perlu Dilipatgandakan

Perjuangan untuk memberikan tekanan kepada rejim zalim zionis Israel sememang sangat wajar untuk diteruskan. Apa yang dilakukan Israel sehingga kini sebenarnya telah begitu sangat jauh dari pelbagai segi samada di lihat dari aspek kemanusiaan, keagamaan atau apa jua segi. Apa yang berlaku di kedutaan Mesir  dan Jordan beberapa hari lalu adalah suatu yang sangat layak diterima Israel dan diketahui dunia (lihat SINI). Begitu juga tindakan-tindakan berani Turki yang berterusan yang perlu disambut oleh negara-negara Islam khususnya yang cintakan keadilan dan kedamaian dunia.

Ramai masyarakat yang menarik nafas lega apabila Hosni Mubarak dijatuhkan rakyatnya sendiri di Mesir, kononnya kini isu Palestin akan selesai. Pintu Rafah mula di buka !? 
Ya benar, akan hal tersebut. Namun perlu diingat bahawa hal demikian masih jauh dari hakikat yang ingin dicapai. Israel sudah sekian lama pergi begitu jauh di dalam isu ini..!.  'Luka' yang menimpa Palestin dan Gaza tiada tolok bandingnya dalam sejarah kemanusiaan dan sejarah kedaulatan suatu negara bangsa ! 
Masyarakat dan khususnya para aktivis Palestin tidak harus lega dan berpuas hati dengan perubahan yang sebenarnya hanya sekelumit sahaja sifatnya..!. Pembukaan pintu rafah kini sebagai contoh, tidak setanding dan tidak dapat membayar penderitaan sekian lama dek sekatan, kepungan dan penindasan puluhan tahun zionis terhadap Palestin..!

Rata-rata penduduk Palestin masih TIDAK bebas bergerak keluar dan masuk walaupun pintu rafah dibuka..! Jangan... jangan... jangan... berpuas hati. Isu kemanusiaan di Palestin masih di takuk lama hakikatnya. Misi A2G2 ke Gaza Ramadhan baru-baru ini memang merasai hakikat tersebut. Berikut kami kemukan dua senario untuk penganalisaan.

Pertama: Pintu Rafah di Buka (?) - Mengapa Hampir-hampir Misi A2G2 Tergendala ?
Penantian hampir sebulan untuk mendapatkan kebenaran menyeberangi dan memasuki pintu Rafah dari Mesir untuk membawa bantuan kemanusiaan oleh Aqsa Syarif sebenarnya hampir-hampir kecundang dan dibatalkan walaupun permohonan telah diajukan seawal hampir sebulan..! Tiada khabar berita akan permohonan 13 anggota misi kemanusiaan A2G2 untuk memasuki Gaza. Kerisauan yang teramat sangat menyelubungi pemikiran dan perasaan pimpinan Aqsa Syarif, walaupun usaha-usaha kempen penjanaan dana seolah-olah berjalan lancar, rancak dan semacam suatu keyakinan bulat bahawa misi akan berjaya membawa amanah rakyat Malaysa memasuki Gaza. Dengan keizinan Allah jua, do'a dan permohonan diperkenankanNya. Semacam suatu keajaiban, beberapa hari sebelum misi A2G2 berlepas, kebenaran KHAS diterima. Itupun tidak kesemua peserta misi dan pemberita yang mendapat keizinan. Hal sebegini menunjukkan bahawa pintu rafah sebenarnya masih 'tertutup'. 'Tangan-tangan' Israel masih berkuasa penuh disempadan Palestin...! dan Kepungan serta sekatan masih berlaku di Gaza.

Kedua: Stock Ubat-ubatan di Gaza yang Masih Meruncing..! - Penyiksaan yang masih berpanjangan ..!
Penghantaran misi seramai 11 orang (yang sepatutnya 12 orang dan beberapa pemberita), dengan berjalan kaki merentasi Rafah. Tidak ada di dalam dunia yang menghalang mana-mana rombongan untuk melepasi sempadan dengan kenderaan. Kami hanya dibenarkan berjalan kaki. Berapa banyak bantuan ubat-ubatan yang kami boleh bawa ? Hanya membimbit seorang satu kotak sahaja ! 
Keadaan bertambah memeranjatkan apabila kami dibawa bertemu Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza. Kami menerima senarai lengkap "Stock Zero' ubat-ubatan di seluruh hospital di Gaza ! Ini bermakna Gaza masih dikepung dan dinafikan akan keperluan ubat-ubatan untuk di bawa masuk dengan mudah ke Gaza ..! Bayangkan keadaan di hospital-hospital di Gaza yang kekurangan ubat-ubatan untuk pelbagai keperluan dan khusunya di bilik-bilik bedah..! Bukankah ia suatu yang menyakitkan dan memilukan? Berapa ramai lagi para peskit di Gaza yang perlu dikorbankan ?
Kedua-dua isu di atas jelas menggambarkan bagaimana keadaan dan situasi berkaitan sekatan dan kepungan terhadap Gaza Palestin. Kita bersyukur dengan perkembangan terkini di Mesir dan bebeapa negara Islam akhir-akhir ini, namun usaha dan perjuangan kita masih terlalu jauh. Itu pun tiada jaminan bahawa perkembangan yang lebih baik akan berlaku seleps ini. 

Sebagai langkah segera, para anggota misi A2G2 segera bertindak proaktif sebaik sahaja keluar dari pintu Rafah dan berada di Cairo sebelum berlepas balik ke Malaysia. Misi A2G2 segera mengunjungi sebuah gedung pengedaran ubat-ubatan dan meminta dibekalkan ubat-ubatan untuk dihantar ke Gaza dengan jumlah USD40,000.00 (RM150,000). Dengan beberapa maklumat yang dibekalkan oleh pihak Kementerian di Gaza, Alhamdulillah kami dapat menguruskan pembelian ubat-ubatan yang kritikal yang diperlukan di Gaza. Insya Allah Aqsa Syarif akan terus mengusahakan penghantaran ubat-ubatan dari semaa kesemasa.

Kesimpulannya, Usaha-usaha bantuan kemanusiaan dan program-program membantu perjuangan pembebasan Palestin dari jajahan haram Israel perlu diterus dan dilipatgandakan. Perkembangan yang agak positif di sekitar sempadan Palestin dan beberapa negara Arab hanya riak-riak permulaan yang tidak ada kepastian suatu yang lebih baik akan memihak kepada perjuangan Palestin. Di samping do'a dan harapan, usaha-usaha harus terus dilipatgandakan. Pelan tindakkan yang lebih konstruktif dan sistematik serta efisian dan efektif perlu dirangka dan dilaksanakan secara lebih konsisten.

Friday, 16 September 2011

Tidak dapat ku tahan sebak di dada bila melihat gambar-gambarmu...


Hari terakhir peserta misi A2G2 di semenanjung Gaza yang penuh keberkatan, pagi-pagi lagi telah dipertemukan dengan sebilangan wakil-wakil pemuda yang raut wajahnya kelihatan begitu gagah dan perkasa. Bila mulut mereka berbicara, penuh dengan isi dan tergambar semacam pemikiran seorang pemimpin di dalam masyarakatnya. Semangat waja yang ditunjukkan tidak langsung ada sifat kekecewaan di atas apa yang menimpa pada dirinya. Pemuda-pemuda ini sebenarnya dahulunya dilahirkan sempurna tubuh badan dan anggota, namun takdir menentukan kini mereka kehilangan sebahagian besar dari anggoanya. Ada yang langsung tidak memiliki kedua-dua kakinya. Ada yang tinggal sebelah kaki, ada yang kehilangan tangan sehingga kepergelangan tangannya dan macam-macam lagi.
Kami tergamam melihat mereka, pemuda-pemuda kacak yang sudah tidah memiliki anggota yang sempurna. Berbantukan kerusi roda dan tongkat untuk bergerak.

Mereka adalah sebahagian dari penduduk Gaza yang ditinggalkan oleh peristiwa hitam serangan bertalu-talu senjata dan peluru-peluru ganas regim zionis Israel. Mereka adalah pemuda-pemuda di barisan hadapan yang mewakili seluruh umat Islam sedunia. Mereka telah menjadikan batang tubuh sebagai perisai-perisai di dalam perjuangan mempertahankan bumi Palestin Umat Islam dan Masjidil Aqsa.

Ketua Misi A2G2 terpaksa berhenti berbicara beberapa saat apabila diminta berucap di hadapan pemuda-pemuda ini. Tidak dapat menahan sebak di dada, air mata mengalir lesu ... tentunya sedih teramat sangat membayangkan pengorbanan yang mereka sudah buktikan untuk perjuangan yang suci murni. Bagaimana mereka melalui hidup-hidup seharian selepas ini agaknya...?

Namun di dalam ucapan balas salah seorang pemuda ini, kata-kata berikut diucapkan: "Wahai saudaraku, kami tidak mahu air mata anda..! Kami di sini tahu dan sedar bahawa apa jua yang kami miliki perlu digunakan untuk membayar harga suatu perjuangan, memelihara maruah ummat..! Kami akan tetap tabah dan meneruskan perjuangan ini...! Berbuatlah sesuatu saudaraku... gemblingkan kekuatan yang kamu miliki. Mari sama-sama teruskan perjuangan ini...!"

Kini para anggota misi sudah berada jauh dari mereka. Namun sesekali membelek gambar-gambar para pejuang ini ... sebak di dada. Tak wajar untuk kami berehat di rumah. Perjuangan membantu mereka perlu dilakukan terus menerus. Keperluan mereka untuk terus hidup perlu diuruskan. Ayuh laksanakan sesuatu untuk mereka yang telah mengorbankan diri mereka sendiri. Agar hutang kita kepada Palestin dapat kita lunaskan segera..! Dan kemenangan akan memihak ummah bagi menghalau rejim Israel keluar dari bumi suci Palestin.

Aqsa Syarif sedang merancang untuk menjana dana bagi membangunkan sebuah pusat rehabilitasi dan latihan untuk pemuda-pemuda cacat anggota seperti di atas bagi membolehkan mereka menjalani hidup lebih sempurna di Palestin.

Thursday, 15 September 2011

Perkongsian Pasca Misi A2G2 di Seluruh Malaysia, Sep. 2011













Aqsa Syarif Johor "Mengembling Pemuda - Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa". Tapak Pesta Konvo UTM sekali lagi menjadi medan para aktivis pemuda mencurahkan tenaga, masa dan fikiran dicelah-celah kesibukan kuliah, assignment dan tutorial menjalankan program pameran dan penjanaan dana Palestin. Membentangkan isu ummah untuk dikongsi kepada masyarakat. Maklumat dikongsi, diri dilatih, hati di didik, dana dijana ... Al-Aqsa pasti kita bebaskan...!!!
Jadual menjaga gerai di tapak konvo di susun agar mahasiswa-mahasiswi UTM berpeluang menyumbang tenaga dan melatih diri menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Pada siang hari, gerai dijaga ooleh para akhawat, manakala pada sebelah malam oleh ikhwah.
Pameran, jualan produk, edaarn fliers A2G2 dan tayangan video Palestin diadakan di Tapak Pesta Konvo.
Alhamdulillah ... masyarakat kampus dan sekitarnya memberikan kerjasama yang sanggat menggalakkan. Tahniah...!


Bolehtak buat Kilang Roti Untuk Kami di Pontian ?

Bersempena Jamuan Hari Raya IKRAM Pontian, sedikit perkongsian ringkas A2G2 dibentangkan kepada para tetamu yang datang iaitu di kalangan ahli-ahli IKRAM Pontian, ibu-ibu tunggal, pelajar-pelajar sekolah berdekatan, wakil-wakil JK Masjid, Pengerusi YADIM Johor dan wakil Darul Ukhuwwah (Saudara Baru) Pontian.
Salah satu projek yang sempat dibentangkan dalam sesi rengkas A2G2 ialalh projek Kilang Roti yang ditaja rakyat Malaysia di Gaza.
Selepas sesi perkongsian, beberapa orang makcik menemui sukarelawan A2G2 dan menyatakan rasa tertarik dengan projek kilang roti yang berjaya diusahakan oleh Aqsa Syarif. 
"Kami dari pertubuhan Kebajikan Pontian dan menjalankan projek Pusat Pemilihan Dalam Komuniti (PPDK) yang mengambil peduli akan pemuda pemudi yang ada kelainan upaya ... bolehtak tuan bantu kami untuk bagunkan kilang roti macam di Gaza tu... apa resepi roti tu ye ? ... tentu bagus jika dapat dibina sebuah kilang di Pontian ini? ... boleh menyediakan pekerjaan untuk peserta-peserta kami yang kurang upaya? .." Begitulah ekspresi yang sungguh-sungguh Pn Hjh Bariah Sa'adon dan rakannya Pn Rozita.
Perbincngan sekitar 10 minit akhirnya bersetuju untuk mengadakan follo-up suatu masa nanti.
Wah... nampaknya idea di Gaza ni telah menjadi model untuk projek komuniti di Malaysia. Cuma IKRAM Pontian perlu memperincikan bagaimana projek sebegini boleh direalisasikan sebagai aktiviti robtul-Am.

LAPORAN CERAMAH PALESTIN & PERKONGSIAN A2G2 DI SM TEKNIK KAJANG

12 Ogos 2011 & 23 September 2011

Kajang, 23 September 2011 - Satu sesi ceramah Palestin telah disampaikan oleh Ustaz Noorsyazly Rameli, Penolong Pegawai Perhubungan Awam Aqsa Syarif Berhad di Sekolah Menengah Teknik Kajang. Ceramah yang bermula seawal jam 7.40 pagi itu telah dihadiri lebih 400 orang pelajar dan 40 orang guru. Sesi pagi ini adalah kesinambungan dari sesi pertama yang telah disampaikan pada 12 Ogos 2011, iaitu pada bulan Ramadhan lalu.

Ceramah tersebut disampaikan dalam 2 segmen: segmen pertama adalah penerangan perkaitan antara penjajahan Yahudi di Palestin dan penjajahan British di Tanah Melayu/Malaysia. Penceramah lebih memfokuskan berkenaan kisah Sir Henry Gurney, yang pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Mandat British di Palestin sehinggalah penglibatannya dalam pentadbiran British di Tanah Melayu. Selain itu, penceramah turut menyelitkan isu-isu semasa berkaitan Palestin terutamanya hal-hal berkaitan suasana menjelang undian di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.

Manakala pada segmen yang kedua, penceramah berkongsi pula berkenaan perjalanan misi kemanusiaan Aqsa To Gaza 2 (A2G2) pada Ramadhan lalu dengan tayangan slaid yang memaparkan semua projek Aqsa Syarif di Gaza, selain perkongsian aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh anggota misi di sana.

Penceramah turut menyampaikan poster A2G2 kepada Tuan Penolong Kanan, Cikgu Osman sebagai cenderahati dari pihak Aqsa Syarif Berhad.

Aqsa Syarif Berhad mengucapkan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Teknik Kajang atas inisiatif yang sangat baik ini bagi mengetengahkan isu Palestin di kalangan para pelajar sekolah.


Tanda-tanda pertolongan Allah jelas kelihatan di Gaza 


Palestin bukan sebarang nama, bukan pula dapat disamakan dengan mana-mana negara di atas muka bumi. Ia hakikatnya adalah bumi pilihan Allah yang jelas disebut di dalam Al-Qur'an sebagai bumi penuh keberkatan (al-Isra': 1). Beruntung mereka yang menjadi rakyat kepada negara bernama Palestin. Lebih beruntung bagi mereka yang telah mewakafkan diri mereka untuk mempertahankan bumi penuh keberkatan sehingga bergelar Syuhada'. Nama-nama seperti Syeikh Ahmad Yasin, Dr Abdul Aziz Rantissi, Anakanda Faris Audah, Muhammad dan Hasan Said al Husainy yang keluarganya sempat kami misi A2G2 ziarahi adalah diantara mereka yang dipilih Allah syahid di bumi penuh keberkatan.
Telah sekian lama bumi ini membina dan mengorbankan para pejuang-pejuang ummah. Kini perjuangan diteruskan generasi hari ini di bumi Palestin. Perjuangan di dalam pelbagai lapangan sama ada di dalam aspek ketenteraan, kemanusiaan, pendidikan, ekonomi, politik, kesihatan mahupun kebajikan.

Misi A2G2 telah berkesempatan didedahkan dengan beberapa aktiviti di Semenanjung Gaza, Palestin. khususnya di dalam bidang bantuan kemanusiaan. Sumbangan wang rakyat Malaysia yang diserahkan melalui Aqsa Syarif telah disalurkan ke Gaza semenjak awal tahun 2010 dan selepas misi konvoi jalan darat A2G pada tahun 2010. Melalui projek-projek yang dilaksanakan di Gaza oleh para NGO tanda-tanda pertolongan Allah kelihatan dengan jelas. 

Walaupun kelihatan biasa projek-projek yang dijalankan, namun hasilnya begitu signifikan dan diluar dugaan. Umpamanya projek ternakan lembu tenusu yang kelihatan biasa, tetapi keberkatan jelas dilihat. Lembu-lembu yang cepat membiak dan menghasilkan susu-susu yang begitu luar biasa kuantitinya memukau kami para misi A2G2. Dengan bilangan sekitar 60 ekor lembu yang dibela di Jabalia (utara Gaza) sejumlah 1,500 liter susu sehari berjaya dihasilkan dengan sistem pemerah otometik. Produk susu tersebut telah dapat memenuhi keperluan masyarakat yang sedang dikepung Israel tanpa dibenarkan membawa masuk bahan-bahan makanan dari negara jiran. 


Begitu juga dengan ternakan ikan yang dijalankan ditepi pantai oleh Persatuan Islam jabalia. Dengan teknologi yang biasa, menggunakan air masin, ikan-ikan talapia berwarna merah bersaiz lebih setelapak tangan berjaya dibesarkan di kawasan yang dibina beberapa kolam buatan. 


"Tangan-tangan" Allah sebenarnya yang merialisasikan kesemua kejayaan-kejayaan laur basa penduduk Palestin di Gaza. Dengan serba kekurangan, setiap sumbangan dari luar khususnya dari Malaysia telah digunakan sebaik mungkin di dalam projek-projek pembangunan sosio-ekonomi dan penghsailan makanan-makanan asas di Gaza. Hasil komitmen yang bersungguh-sungguh dengan niat untuk membantu mereka yang susah dan keluarga para Syuhadah, Allah telah mengurniakan natijah yang luar biasa. Jelas keberkatan di atas segala usaha mereka. Jelas kelihatan pertolongan Allah SWT terhadap mereka yang berjihad dan bermujahadah di jalanNya.

Begitulah sebahagian dari perkongsian yang dibentangkan oleh dua sukarelawan A2G2 di Surau Taman Dawami Senai, Kulai Jaya Johor iaitu Dr Mohd Zin dan Ust Hairozi pada 23hb. Sept. 2011. 


Ustaz Hairozi turut menyentuh kemuliaan akhlak dan ketaatan rakyat Gaza di dalam kehidupan seharian mereka. Semangat juang para rakyat yang sentiasa berada dibelakang kepimpinan di Gaza begitu terserlah. Mereka tidak kecewa di atas keputusan-keputusan untuk terus menentang Israel oleh kepimpinan negara mereka dari Parti Hamas, walaupun terpaksa menerima tekanan dan ancaman serangan oleh Israel. Itulah kesan dari dakwah dan tarbiyah berasaskan Al-Qur'an yang menjadi sistem pendidikan di Gaza.




Strategi Menarik Mengumpulkan Sumbangan Untuk Palestin


Al-Fadhil Ustaz Aminuddin Ruskam sebagai Pengurus Sekretariat Aqsa Syarif Kulai Jaya dan juga Imam di surau Taman Dawami telah dengan kreativiti beliau menyediakan tabung-tabung Aqsa Syarif yang dikelaurkan oleh Aqsa Syarif Johor. Sebaik sesi perkongsian dipenghujung, Ust Aminuddin telah mengedarkan tabung-tabung secara percuma kepada para ahli jamaah yang hadir ceramah. Ini adalah usaha "mengembling ummah" bagi membantu rakyat palestin dari segi kutipan kewangan secara berkesan. Para hadirin yang hadir tentunya telah dapat kefahaman yang asas tentang perjuangan di Palestin dan keperluan memberikan bantuan kepada perjuangan ini. Para Jamaah dianjurkan untuk membuat kutipan melalui tabung-tabung yang diedarkan di kawasan perumahan dan ditempat mereka bekerja. Mudah-mudahan sumbangan kewangan berterusan akan dapat di salorkan secara berterusan di dalam membantu pelbagai sektor yang musnah dari serangan rejim zionis yang zalim.



Perkongsian A2G2 & Penerangan Situasi Di Somalia di Masjid Al-Mujahideen


Sesi Perkongsian A2G2 & Penerangan Situasi Di Somalia telah diadakan oleh Aqsa Syarif Petaling Jaya di dewan solat Masjid Al-Mujahideen, Damansara Utama pada malam 25 September lalu. 
Dua ahli panel iaitu En. A. Khalil Khamis, ahli misi A2G2 dan juga Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Hulu Selangor dan Ir. Zairul Saifuddin, Country Director, Islamic Relief Malaysia (IRM) telah dijemput untuk menerangkan dan menjawab soalan-soalan berkaitan misi dan isu tersebut.
Aqsa Syarif telah berjaya mengumpul sebanyak RM 1,990.00 dan IRM pula sebanyak RM 1,970.00. Aqsa Syarif Petaling Jaya juga telah membuka gerai jualan untuk para jemaah mendapatkan barangan berkaitan dengan Palestin. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.
Mohd Najmi Bin Dawam
Aqsa Syarif Petaling Jaya


Berkongsi Pengalaman Misi A2G2 di Tadika Khalifah Bestari, Desa al-Amin,Bangi

Pada 20 september, saya telah dijemput oleh pihak Tadika Khalifah Bestari, Desa al-Amin,Bangi, untuk perkongsian pengalaman ke Gaza bersama anak-anak tadika tersebut. Majlis bermula pukul 10.15 pagi, dihadiri oleh 160 orang pelajar dan 18 guru serta staf. Kehadiran yang agak ramai bersempena dengan majlis sambutan hari raya di tadika tersebut.

Memulakan perkongsian dengan memperkenalkan diri sebagai "makcik Siti" dari Aqsa Syarif , membawa anak-anak menghayati konsep persaudaraan Islam yang lebih luas, bukan terbatas dikalangan mereka yang disekeliling sahaja. Memperkenalkan saudara mereka yang berada di bumi Palestin yang sekarang ini sedang dizalimi dari pelbagai sudut. Dengan bantuan gambar-gambar, makcik Siti terpaksa berhempas pulas mencari ayat paling mudah untuk memahamkan anak-anak tentang situasi di sana. Di sambut dengan pelbagai soalan dari anak-anak yang pintar ini. Suasana agak meriah.
Namun selepas disiarkan tayangan video lakunan semula dari turki tentang pencerobohan Israel keatas rumah-rumah diPalestin, suasana menjadi sunyi sepi. Mereka begitu menghayati video tersebut.kemudian kedengaran suara dibelakang. "Makcik,kesiannya dia...".Ya, sangat kesian, berbeza dengan kehidupan kita di sini. Seterusnya dikongsikan juga gambar-gambar ke mana sumbangan disalurkan.(tadika ini turut menyumbang untuk tabung palestin). Atas permintaan guru besar, disiarkan gambar-gambar yang dekat dengan mereka seperti lawatan ke ladang lembu, kilang roti, ternakan ikan.

Sebagai penutup, mengajak anak-anak untuk sama-sama membantu suadara-saudara di Palestin kerana mereka juga adalah saudara-saudara kita melalui
1) Doakan mereka. Anak-anak memaklumkan selepas solat mendoakan ibubapa,minta ditambahkan satu lagi doa kepada saudara di palestin agar diberi kekuatan dan kemenangan.
2) Sama-sama menabung untuk palestin.
3) Boikot barang-barang keluaran Israel dengan memberi penekanan 3 yang besar McD, coca-cola, nestle. Ada seorang bertanya,"mak cik,saya beli coca-cola dengan orang melayu? "Ya,yang menjualnya orang melayu sayang, tapi syarikat yang mengeluarkan coca-cola adalah milik Israel" OH!!!anak manis ini kelihatan sangat terperanjat.Ya Allah masih banyak lagi kerja yang perlu dibuat untuk menyedarkan masyarakat.

Semoga perkongsian ini dapat menyemai rasa kasih sesama saudara Islam, terutama menginsafi kesusahan saudara di Palestin dikalangan anak-anak. Juga menjadi batu loncatan untuk anak-anak mendesak ibubapa sama-sama melaksanakan boikot pada barangan Israel.

Wallahu A'lam

Siti Ramlah
Peserta Aqsa2Gaza2
juga aktivis Aqsa Syarif Subang Jaya



Perkongsian A2G2 : En. Munawer di Masjid al-Muttaqin 9 Sep 2011


Wangsa Melawati, Jumaat, 9 Sep 2011 - En. Muhamad Munawer, Pengurus Besar Aqsa Syarif Berhad, yang juga peserta misi Aqsa2Gaza2 telah memberikan perkongsian isu Palestin dan pengalaman di Gaza kepada para jemaah di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati.

Program bermula lebih kurang jam 12.45 tengahari, sebelum azan Zohor berkumandang. Dalam masa yang agak terhad, beliau sempat berkongsi dua perkara utama :
1) Pencerobohan Israel terhadap Palestin - Kenapa Israel tak boleh diiktiraf - Kenapa kita (ummat Islam) bertanggungjawab membantu Palestin.
2) Perjalanan A2G2 - beliau sempat bercerita dan memaparkan gambar aktiviti/pengalaman melawat dan menyampaikan bantuan kpd saudara-saudara kita di Khan Younis dan Jabalia

Selepas tamat, seorang jemaah 'menahan' beliau daripada memasuki saf jemaah.. Rupanya ingin meminta kad nama beliau. Seorang lagi ahli jemaah berjumpa dengan beliau selepas solat untuk minta perkongsian yang lebih banyak pada slot maghrib dalam masa terdekat.



20 Masjid sudah dilawati, 30 menjadi sasaran Aqsa Syarif di Kuala Selangor  













Alhamdulillah, pada Jumaat 16 Sept 2011 telah diadakan Program Palestinanjuran bersama Masjid Al Hidayah, Kg. Sg. Terap, Tg Karang dan Aqsa Syarif Kuala Selangor. Tazkirah Jumaat - Tazkirah Palestin telah disampaikan oleh Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Kuala Selangor Akhi Mazlan Mohdi. Kalau tak silap perkiraan masjid ini merupakan masjid yang ke 20 di lawati oleh AS Kuala Selangor bagi daerah Kuala Selangor. Insya Allah Aqsa Syarif Kuala Selangor merancang untuk menjejakki lebih 30 masjid di dalam perancangannya. 

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupun Nazir masjid di beri notis pendek. Alhamdulillah sumbangan sejumlah RM737.70 telah di perolehi.

Bagi pihak Aqsa Syarif Kuala Selangor, ribuan terima kasih diucapkan kepada Nazir Masjid, Tuan Hj. Tohiron bin Dimyati serta AJK Masjid kerana telah memberi lanluan kepada Aqsa Syarif Kuala Selangor untuk mengadakan program ini.

Semoga Allah memberkati dan merahmati sedikit usaha jihad kita ini Insha Allah.

Abu Aiman
Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Kuala Selangor
Senior Fellow, PACE Klang


Apakah Faktor-faktor Penduduk Gaza Begitu Hebat?














Kehebatan, kecemerlangan dan keindahan sememang tidak dapat dilihat di Gaza sebagaimana indahnya bangun pencakar langit !, Kompleks membeli belah yang menarik dan berwarna-warni !, atau pencapaian canggih di dalam teknologi permotoran di Gaza ...! 
Al-Maklum ya, Gaza telah diganyang dengan begitu dahsyat oleh peluru-peluru buatan Amerika dan Eropah... yang bukan sahaja telah memusnahkan jiwa-jiwa orang awam, malahan bangunan-bangunan dan infrastruktur asas sebuah negara pada tahun 2009..! Oleh itu yang dapat dilihat, umumnya adalah jalan berdebu, batu-batu yang hancur dan bangunan-bangunan yang masih ada kesan peluru dan tembakkan bom..!

Namun apakah kehebatan dan kecemerlangan yang dilihat para peserta misi A2G2 ketika mereka berada di Gaza tu ?
Ya..! bukan semua di atas tu..., tetapi adalah kecemerlangan dan kehebatan rakyat Gaza di dalam melalui hidup yang serba kepayahan, tetapi begitu tangkas dan cergas. Kecemerlangan meneruskan kehidupan dan bingkas nya bangun mereka dari bencana serangan zionis jelas kelihatan. Seolah-olah mereka tidak pernah melalui angkara ngeri itu. Tiada riak muka kesedihan dan kekecewaan, yang ada ialah semangat untuk terus hidup sebagai bangsa yang merdeka ! Hidup menuju kemenangan !, Hdup sebagai pasukan 'bola sepak' yang akan menawan keseluruh 'padang permainan'.

Gaza cemerlang kerana hidupnya para syuhada' yang meninggalkan mereka, memangat para ulama' dan syuhada' jelas menjadi inspirasi kehidupan para pemuda-pemudi untuk terus maju kehadapan, hidup berpandukan al-Qur'an dan sentiasa mengimarahkan masjid-majid yang pada zahirnya belum kelihatan sempurna dibangunkan semula selepas serangan zionis Israel. 
Ramainya para jamaah solat Subuh seumpama jamaah Solat Jumaat di Malaysia..!  (lihat gambar sebelah).
Usaha-usaha memangun sosio ekonomi pula begitu progressif. Setiap ringgit dan sen yang kita berikan lebih setahun dahulu kini menatijahkan hasil usaha yang diluar dugaan. Ternakan lembu tenusu yag begitu berjaya menghasilkan hasil tenusu yang cukup lumayan, juga kilang roti bernilai RM630,000.00 yang telah beroperasi dengan cemerlangnya. Begitulah kehebatan rakyat Gaza di bumi Ambiya' yang penuh keberkatan itu.

Begitulah sedikit sedutan dari perkongsian dua anggota misi dari Johor iaitu Ust Hairozi dan Dr Mohd Zin di Kompleks IKRAM Johor pada Isnin malam 12 Sep. 2011.



Perkongsian Misi A2G2 di Surau Mawaddah Subang Jaya


















Dr Tahir A. Rahman, salah seorang peserta misi A2G2 dan juga ahli Board of Trustee Aqsa Syarif telah dijemput manyampaikan perkongsian misi A2G2.  Ceramah disampaikan dengan penuh semangat.  Kisah-kisah kehebatan semangat rakyat Palestin serta projek Aqsa Syarif di sana menjadi intipati ceramah.
Selesai ceramah, wakil kepada Pengerusi Surau Mawaddah telah menyerahkan cek sumbangan para jemaah.  Surau Mawaddah telah membuat kutipan awal di kalangan jemaah (mungkin sepanjang Ramadan). Gambar masa penyerahan cek RM5k.  
Bunting, meja jualan dan tabung turut beroperasi macam biasa. 
Yazid Ramli
Aqsa Syarif Subang Jaya



Perkongsian Misi A2G2 di Surau Darul Muhajirin Gombak

Alhamdulillah, pada hari Khamis 9 Sept 2011, Ar Syed Mohd Radhi, salahs eorang ahli misi A2G2 telah menyampaikan 'report card' misi A2G2 kepada jemaah surau Darul Muhajirin Gombak. Jamaah surau ini telah menderma sebanyak RM11,840.00 kepada misi yang lepas. Pada mulanya jumlah jemaah agak lesu tetapi bertambah ramai bila waktu Isya' menghampiri hingga memenuhi bahagian belakang surau. Pengerusi surau sangat berbesar hati terhadap penyampaian tersebut dan mencadangkan diadakan program seterusnya setiap 2 atau 3 bulan untuk menambahkan kesedaran jemaah tentang keadaan di Ghazzah dan Palestin. 
Laporan Sdr. Isa Maaroff
Gombak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...