Semangan berputik setelah berpeluang mendengar ceramah perkongsian misi kemanusiaan ke Gaza yang diadakan di Sekolah Mahaad Lunghatul Quran Muar yang disampaikan oleh ketua misi A2G dan A2G2, Dr Mohd Zin Kandar pada Oktober 2011 anjuran Aqsa Syarif Muar dan Alumni sekolah berkenaan, Lihat di SINI.

Bermula cuti sekolah pertengahan November 2011 ini, Nurul Syuhada beberapa kali menghubungi Dr Zin dengan SMS dan Facebook. Meminta panduan dan cadangan bagaimana beliau boleh berbuat sesuatu untuk membantu Palestin. Beberapa cadangan diberikan Dr Zin kepadanya melalui SMS dan Facebook di antaranya ialah berusaha menganjurkan program ceramah di masjid, surau atau sekolah dikampungnya.
Lantas Nurul Syuhada berbincang dengan ibunya yang kebetulan aktif dengan masyarakat di kampungnya, Kg Sri Makmur, Pagoh.
Bertepatan dengan mesyuarat dan kursus untuk penduduk Kampung di Balai Raya Kg Sri makmur, Aqsa Syarif dijemput untuk membuat pengisian. Ketua misi A2G & A2G2 dihubungi dan program dirancang.





Bagaimanakah kita ? tidak malukah kita dengan beliau ? . Adakah kita masih mahu hanya berpeluk tubuh mendiamkan diri ?
Setelah 15 minit beliau menunggu di persimpangan masuk ke Kampung Sri Makmur, kemunculan kami jelas terpancar kegembiraan Nurul Syuhada. Lebih kurang 5km perjalanan dari simpang jalan utama menuju Kg Sri Makmur, melintasi beberapa Kampung.... Ketibaan saya disambut beberapa penduduk kampung dan juga ketua kampung, En. Jamaluddin bin Shahadan.
Di dalam perkongsian yang memakan masa 1jam 15 minit, Dr Zin sempat membentangkan beberapa fakta dan kesedaran berhubung tanggungjawab asas seorang Islam dan anggota di dalam masyarakat. Di antara yang disentuh ialah;
a. Islam yang kita miliki perlu disyukuri dan dijaga dengan sungguh-sungguh.
b. Nikmat hidup di kampung dengan rezeki yang dikurniakan Allah perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membangun keluarga agar sentiasa diredhai Allah.
c. Rasulullah adalah contoh tauladan yang terbaik, kehadirannya dan perjalanan hidupnya sangat sayangkan pada ummatnya dan beliau adalah sebaik-baik ikutan. ¨“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan olehmu, sangat menginginkan
(keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin” [At-Taubah : 128].
Menyentuh mengenai perjuangan Palestin yang juga dihubungkan dengan perlunya hidup kita adalah hidup Pejuang sebagaimana kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabatnya, Dr ZIn membentangkan beberapa fakta dan pengalaman misi bantuan kemanusiaan ke Gaza:-
a. Bumi Palestin adalah bumi umamt Islam dan buma Masjidil Aqsa yang perlu sama-sama kita insafi.
b. Seluruh ummat Islam perlu turut serta di dalam perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa dari Cengkaman rejim Yahudi yang zalim dan tidak berprikemanusiaan.
c. Usaha dan sokongan perjuangan kemanusiaan terhadap Palestin kini dilibati masyarakat antarabangsa dan termasuk yang bukan beragama Islam.
d. Aqsa Syarif akan terus berusaha mempertingkatkan kesedaran dan menganjurkan kempen kutipan dana untuk membantu rakyat Palestin hidup seperti mana-mana bangsa yang berhak mendapat keperluan asas seperti makanan, pendidikan, perubatan dan kehidupan yang sempurna.
e. Mengajak pendengar agar memboikot barangan-barangan dari syarikat-syarikat yang jelas menyokong Israel di dalam menzalimi rakyat Palestin dan menggesa agar jangan minum Nascafe dan Milo di rumah ataupun di warung-warung. Pilihlah minuman keluaran tempatan sebagaimana yang digalakkan oleh kerajaan untuk membeli barangan tempatan.
e. Mengajak pendengar agar memboikot barangan-barangan dari syarikat-syarikat yang jelas menyokong Israel di dalam menzalimi rakyat Palestin dan menggesa agar jangan minum Nascafe dan Milo di rumah ataupun di warung-warung. Pilihlah minuman keluaran tempatan sebagaimana yang digalakkan oleh kerajaan untuk membeli barangan tempatan.
Alhamdulillah. setelah tamat penyampaian, Dr Zin dan keluarga sempat beramah mesra dengan penduduk kampung tarmasuk Ketua Kampung, En Jamaluddin bin Shahadan dan beberap penduduk yang menyatakan rasa terima kasih dan baru tahu apa sebenarnya yang berlaku di Palestin. Insya ALlah program susulan akan dirancang.
TAHNIAH kepada adik Nurul Syuhada, ibunya dan seluruh penduduk kampung Sri Makmur. Semoga Adik Nurul Syuhada akan terus bersemangat di dalam usaha-usaha membantu Palestin dan semoga cemerlang di dalam PMR dan kerjaya akan datang. Semoga kehidupan di kampung bertambah Makmur dan diredhai Allah SWT.
Kemuliaan dari nilai-nilai murnia penduduk kampung jelas tergambar. Keluarga Dr Zin dibekalkan meehoon goring dengan bekasnya sekali cukup untuk bekalan perjalanan balik sekeluarga menuju Johor bahru pada malam itu, Jazakumullahukhairan & Terima Kasih.
Kemuliaan dari nilai-nilai murnia penduduk kampung jelas tergambar. Keluarga Dr Zin dibekalkan meehoon goring dengan bekasnya sekali cukup untuk bekalan perjalanan balik sekeluarga menuju Johor bahru pada malam itu, Jazakumullahukhairan & Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment