

Pertemua tidak dapat disangka-sangka seumpama sahabat seperjuangan. Bercerita tentang kebersamaan di dalam keyakinan akan Al-Aqsa milik bersama, kisah usaha-usaha membantu rakyat Palestin dan pembangunan di Gaza sambil menghulurkan kad Aqsa Syarif. Aqsa Syarif di Malaysia diperkenalkan dan misi A2G dan A2G2 dikongsikan dengan penuh kegirangan. Ketiga-tiga rakyat palestin berbadan sasa ini juga tidka kurangnya di dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan.

Dalam berbicara mengenai misi bantuan ke Gaza, dalam konvoi A2G-VP5 2010 mereka bertiga adalah di antara orang yang berusaha mengumpulkan dana sehingga 3 dari 6 ambulan yang dipandu aktivis Italy memasuki Gaza adalah hasil usaha mereka bertiga iaitu ketika peserta konvoi melalui Itali pada 22-24 Sept 2010.

Mereka begitu menjaga prinsip-prinsip Islamnya. Dalam kerancakkan berbicara, beliau meminta izin masuk ke dalam untuk bersolat 'Asar. Ku perhatikan mereka memiliki akhlak mulia, menjaga syari'ah di samping berusaha melaksanakan syari'ah dan fardhu kifayah.


Sdr Tariq Iseid rupa-rupanya adalah seorang berkelulusan jurusan senibina. Namun keadaan tidak memungkinkan beliau meneruskan bekerja di bidang tersebut, sebaliknya mengusahakan sebuah kedai kebab dan pizza. Sempat juga saya dijamu dengan pizza yang rangup dan kebab yang menyelerakan. Maklumlah di tengah-tengah kota Mesere Venice Italy, bukan senang nak dapat makanan halal.




Sehingga kedai fast food yang diwujudkan diberi nama bersempena kota bersejarah dan kota suci umat islam iaitu Gerusalemme Piza & Kebeb.
Pengajaran yang dapat kita perolehi, walau di mana jua kita berada:-
a. Palestin dan Masjidil Aqsa tetap di hati - simbul dan nama memberi gambaran tersebut.
b. Hukum Allah dan syariahNya tetapi dijunjung dan diintegrasikan dalam kehidupan walaupun sengan segala kepayahan.
c. Usaha membantu saudara di medan Palestin mereka usahakan termasuk membuat kutipan berterusan di apa jua kesempatan.