Bermula dengan lawatan Mr Anwar Mosa, pengurus Emaar Association (sebuah NGO aktif di selatan Gaza) dan Mr Abu Aish dari kementarian Pelajaran Gaza ke Malaysia, beberapa lawatan disusun di antaranya ke Jabatan Pelajaran Johor (lihat di SINI), UTM dan juga perbincangan dengan pimpinan Aqsa Syarif di Kuala Lumpur dan di beberapa negeri, makan projek baik pulis sekolah Haroun Al-Rashid telah berjaya dijalankan melalui sumbangan rakyat Malaysia yang disalorkan melalui Aqsa Syarif.
Selepas serangan zionis Israel ke atas Gaza pada 2008, institusi pendidikan adalah di antara yang asngat terjejas dan banyak infrastruktur yang sukar dibaiki termasuk keadaan sekolah-sekolah di Gaza yang musnah dan berada di dalam keadaan uzur.
Aqsa Syarif telah menyalurkan bantuan sejumlah RM30,000.00 juga tambahan RM75,000.00 ketika misi Board od Trustee to Gaza (Januari 2012) bagi tujuan menaiktarap bangunan sekolah dan fasiliti pendidikan yang diurus oleh Emaar Association.
Mudah-mudahan kanak-kanak di Gaza juga berpeluang menerima peluang pendidikan untuk terus membesar menjadi rakyat yang berguna untuk negara dan umah.
No comments:
Post a Comment