Saturday 16 July 2011

Projek Kilang Roti Rakyat Malaysia di Gaza

PROJEK KILANG ROTI
Aqsa Syarif telah berjaya mengumpul dana untuk merialisasikan projek membina dan mengoperasikan Kilang Roti di Selatan Bandaraya Gaza  yang diurus oleh Islamic Society Jabalia.  Kilang Roti ini akan mampu menyediakan pekerjaan sekitar 20 orang dan menyediakan keperluan roti untuk seluruh Semenanjung Gaza. Kos projek bernilai USD200,000 (RM630,000) termasuk sewaan bangunan. Aqsa Syarif berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyumbang ke tabung Aqsa Syarif.
Ketika lawatan konvoi Aqsa2Gaza, sukarelawan Aqsa Syarif sempat melawat sebuah kilang roti di bandar Betlahya (Utara Gaza) dan ia merupakan satu-satunya kilang roti dikawasan tersebut yang dapat mengeluarkan roti. Kilang roti yang diusahakan Aqsa Syarif akan mengeluarkan roti untuk keparluan keseluruhan rakyat Gaza. Selain untuk jualan kepada umum, kilang ini akan mengeluarkan roti untuk disumbangkan kepada fakir-miskin di gaza.


Berita Projek Kilang Roti di Media Tempatan
Ketika lawatan wakil Palestin ke Malaysia, suatu majlis menandatangani MoU telah dilakukan di ibu Pejabat Aqsa Syarif. Wakil media tempatan turut hadir di dalam majlis tersebut dan diterbitkan di dalam beberapa media. Di antaranya ialah di dalam capaian berikut;

Kempen penjanaan dana Kilang Roti juga diterbitkan di dalam blog Aqsa2Gaza;

TUJUAN PROJEK
1. Membangunkan sebuah kilang roti.
2. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk.
3. Menghasilkan roti sebagai keperluan makanan asas rakyat Gaza.
4. Mengedarkan roti-roti ke kedai-kedai menggunaan kenderaan khas.
5. Membantu mewujudkan sistem perniagaan yang dapat membangun ekonomi setelah dilumpuhkan oleh serangan Israel.

PENYELENGGARA PROJEK


Projek ini melibatkan kerjasama dari kedua belah pihak di Malaysia iaitu Aqsa Syarif dan di Gaza diurus oleh Islamic Society of Jabalia yang diketuai oleh Eng Abdulrahim Sehab sebagai Pengurus Besar.









STATUS PROJEK

Projek ini telah mula dipersetujui dan ditanda-tangani di ibu Pejabat Aqsa Syarif di antara Pengerusi Aqsa Syarif dan Eng Abdulrahim Sehab pada bulan Mac 2011. Sekali gus, pembayaran pertama projek sejumlah RM200,000.00 disalurkan ke Gaza. Kini projek ini siap sepenuhnya dan kos RM630,000.00 meliputi kos mesin, ubahsuai, sewa premis, pengurusan, dokumentasi dan perundangan dengan pihak berwajib, pemasaran dan pengemaskinian peremis.

Pada 28 Jun 2011, projek telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi dengan penghasilan roti buat pertama kalinya. Alhamdulillah dan tahniah kepada rakyat Malaysia. 





Rancangan Terdekat Aqsa Syarif

- Konvoi Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ramadhan di Gaza (A2G2) 20-28 Ramadhan 1432 / 20-28 Ogos 2011
Aqsa Syarif telah memutuskan penghantaran Konvoi Misi A2G2 di atas. Salah satu misi penting di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ialah untuk ahli-ahli konvoi Aqsa Syarif menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia khusus bagi pengeluaran roti dari kilang di atas untuk diedarkan kepada rakyat Gaza yang susah dan miskin. 
Dari sekarang sehingga tarikh pemergian sukarelawan misi di atas iaitu pada 20 Ramadhan 1432 / 20 Ogos 2011, tuan/puan boleh menghubungi Aqsa Syarif untuk membuat sumbangan projek tersebut. Wang sumbangan tuan/pun Insya Allah akan kami serahkan dengan tangan kami di bulan yang mulia, bulan Ramadhan yang penuh barakah terus ke tangan yang sangat memerlukan di Gaza Insya Allah. Bertindak segera hubungi Aqsa Syarif untuk menyumbang. 

Aqsa Syarif kini telah memutuskan untuk memperuntukkan sumbangan berjumlah RM100,000.00 yang diterima dari rakyat Malaysia bagi membeli tepung-tepung bagi penghasilan makanan asas rakyat di Gaza iaitu roti arab. Sumbangan roti-roti tersebut untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan ini Insya Allah sangat besar keberkatannya. Jom menyumbang untuk mereka yang benar-benar memerlukan.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...