

9 Mac 2012 (Jumaat), Kelab Rakan Dinamik UiTM Shah Alam telah berjaya menganjurkan program kesedaran Palestin dengan cemerlang dengan kehadiran lebih 3000 mahasiawa/i UiTM.
Majlis dimulai dengan beberapa ucapan dan tayangan filem Palestin. kemudian diikuti dengan tayangan video projak-projek bantuan kemanusiaan Aqsa Syarif di Gaza hasil dari sumbangan rakyat Malaysia dengan ulasan selari oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar (Ahli BoT Aqsa Syarif). Seterusnya ceramah yang disampaikan oleh tetamu undangan Ir Abdul Rahim Shehab (Presiden islamic Society of Jabalia, Gaza).
Warga kampus UiTM yang hadir didedahkan dengan realiti kezaliaman kerajaan dan tentera rejim zionis Israel yang tidak ber peri kemanusiaan membunuh, menyakiti, merampas harta milik rakyat palestin dan memusnahkan bumi ambiya', bumi Palestin.

Israel sesungguhnya sudah keterlaluan. Menafikan hak semua golongan peringkat umur di Palestin. Anak-anak, wanita, orang tua ... semuanya teranaya dan berada di dalam tekanan.

Di penghujung majlis, Sdr Zun Arif Hakim (Pegurus Aqsa Syarif Selangor) menyampaikan maklumat program Global March to Jerusalem (GMJ) yang akan di adakan pada 17 dan 30 March di Lembah kelang untuk disertai oleh seluruh warga Malaysia khususnya menjemput warga UiTM.
Komen dari Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Shah Alam, Maliki Abdul Ghani :
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar... Kelab Rakan Dinamik UiTM Shah Alam (KRD) telah diberikan kejayaan oleh Allah SWT dalam menjayakan Malam Kesedaran Palestin di Dewan Tuanku Canselor UiTM dengan kehadiran 3000++ pelajar & staf UiTM dengan kutipan lebih 10,000 ++ ringgit Malaysia...
-----------------
No comments:
Post a Comment