Tuesday, 12 June 2012

Menyegarkan Tanah Suci Baitul Maqdis dan Masjid al- aqsa dalam minda muslim






Sebagaimana seseorang itu membuat persiapan-persiapan untuk menziarahi tanah suci yang dua (Makkah Mukarramah dan Madinah Munawwarah) maka persiapan juga amat perlu untuk menziarahi tanah suci yang ketiga di mana terletaknya Masjid yang jauh - Masjid al-aqsa.


Salah satu dari cara untuk membuat persiapan ini ialah dengan menghiasi taqwim (kalender) dengan peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di bumi Palestin dan kemudian menganjurkan siri-siri program untuk terus menghidupkan kesedaran umat Islam bahawa tanah sucinya yang ketiga sedang dijajah dan perjuangan untuk membebaskannya perlu kepada pembelaan berterusan. Berikut disenaraikan tarikh-tarikh peringatan yang bolih dijadikan asas untuk menyusun program bulanan berkaitan Palestin.

Januari - Serangan biadab ke atas Gaza yang bermula pada 27 Disember 2008 hingga 21 Januri 2009. Serangan ini dirujuk oleh Israel sebagai 'Operation Cast Lead'. Bagi kita umat Islam ia disebut sebagai Ma'rakat Furqan (The Battle of al-Furqan - Pembeda (criterion). 

Februari - Pembunuhan 29 jamaah yang sedang solat subuh di masjid Ibrahimi - al-Khalil (Hebron) oleh askar Israel. Peristiwa ini berlaku pada 25 Februari 1994.

Mac - 'Land Day' di mana rakyat Palestin telah bangkit membantah rampasan tanah dan pembinaan penempatan haram Yahudi di bumi Palestin. Peristiwa yang berlaku pada 28 Mac 1976 yang menyaksikan 6 rakyat Palestin yang membuat bantahan telah ditembak dan syahid. Secara rasminya peristiwa ini diingati sebagai 'Land Day' dan di peringkat antarabangsa ia diingati dengan jenama GMJ (Global March to Jerusalem) yang ditetapkan pada 30 Mac setiap tahun. Kini ia menjadi acara tahunan di seluruh dunia.

Juga pada 17 Mac 2004 - Syeikh Ahmad Yassin menemui syahidnya di bedil dengan peluru berpandu dari Apachee sebaik keluar dari masjid selepas solat subuh.

April - Pembunuhan kejam di Dier Yassin (tidak jauh dari Masjid al aqsa) pada 9 April 1948. Jenayah ini dilakukan oleh Menachem Begin dan kumpulan pengganas yang dipimpinnya 'Irgun' dan 'Haganah'. Satu dari ratusan pembunuhan kejam ke atas rakyat Palestin yang mencetuskan Nakbah.

Tragedi Jenin - 3 - 12 April, di mana ratusan rakyat Palestin dibedil dan terbunuh dalam runtuhan rumah-rumah mereka yang dirobohkan oleh jentolak.

Syahidnya Dr Abdul Aziz Rantissi - 22 April. Beliau menggantikan Syeikh Ahmad Yassin as-Syahid sebagai pemimpin Hamas utk selama 24 hari sahaja. Beliau juga syahid dengan cara yang sama, ditembak dengan Apachee.

Hari tahanan Palestin yang di tetapkan pada 17 April.

Mei - Hari an-Nakbah pada 15 Mei 1948 yang menyaksikan 800,000 rakyat Palestin di usir dari tanah air mereka dan berlindung di khemah pelarain di Lebanon, Syria dan Jordan sejak 67 tahun yang lalu. Tarikh tersebut juga berdirimnya negara haram Israel di atas bumi Palestin yang di rampas.

Pada 31 Mei 2010 - Peristiwa serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang mengakibatkan 9 aktivis kemanusiaan Turki syahid dan labih 600 aktivis dari seluruh dunia di tawan dan dipenjarakan. Mavi Marmara adalah kapal induk yang menerajui LL4G (Life Line for Gaza), satu inisiatif yang digerakkan oleh IHH (Turki) yang mendapat dokongan masyarakat antarabangsa termasuk negara-negara barat. bahkan hampir sepertiga aktivis adalah rakyat Eropah beragama Kristian. 12 orang sukarelawan dari Malaysia bersama di atas kapal Mavi Marmara. Aktuvis tersebut adalah dari Haluan Palestin, Aqsa Syarif, Muslim Care, Yayasan Amal. Ketua misi ialah Sdr Noorazman dari Haluan Palestin. Aqsa Syarif diwakili oleh mantan Pengerusinya Ust Hasanuddin Mohd Yunus dan ahli Lembaga Pemegang Amanah Ir Dr Selamat Aliman (juga mewakili PACE - Palestine Centre of Excellence). 

Jun
Jun 5 - 10 1967, Perang 6 hari. Istilah yang kita akan rujuk ialah an-naksah. hari di mana 3 negara Arab dikalahkan dengan cara yang paling memalukan. Gaza, Baitul maqdis timur dan Tebinmg Barat dikuasai israel setelah mereka ceroboh garisan hijau (the green line - Rhodes Armistice 1949). Selain itu Semenanjung Sinai (Mesir) dan Bukit Golan (Syria) dikuasai Mesir. Masjid al-Aqsa juga ditawan dan dikepung sehingga hari ini.

28 Jun 1967. Baitul Maqdis timur dan barat disatukan. Israel mengistiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel yang disatukan dan abadi (united and eternal capital of israel) (nota : pada tarikh yang sama iaitu pada 28 June 2011, kilang roti Persahabatan Malaysia-Palestin yang dibina dengan dana yang disumbangkan oleh rakyat malaysia melalui Aqsa Syarif telah dirasmikan oleh ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif, Dr Mohd Zin Kandar).

Julai - 

14 Julai 1915. Urusan surat-menyurat di antara Syarif Hussin Makkah dan Pesuruhjaya British di Mesir, Mcmahon dimulakan sebagai satu inisiatif untuk memerdekakan negara Arab dari pemerintahan Turky uthmaniah. Apa yang dikenali sebagai Hussein-McMahon Correspondence ini kemudian dikhianati oleh perjanjian di antara British dan Peranchis Sykes-Picot 1916 yang membahagikan Bild-us-Syams kepada wilayah yang menjadi asas kepada penubuhan negara bangsa Syria, Jordan. Lubnan dan Palestin. ia adalah satu konspirasi musuh untuk memecah belahkan umat arab dan Turki pada Perang Dunia pertama yang membuka laluan kepada penguasaan bumi Palestin.

Ogos 

- 21 Ogos 1969 yang disebut sebagai hari al-Quds, hari di mana masjid al-aqsa dibakar oleh bangsa yahudi dari Australia. Peristiwa ini menjadi pendorong kepada tertubuhnya OIC yang diasakan pada asalnya untuk membela masjid al- Aqsa dan tanah suci Palestin.

Ogos 31, 1953. Pembunuhan beramai-ramai ke atas pelarian Palestin di kem al-buruj. Unit 31 tentera Israel yang dipimpin oleh Ariel Sharon telah menyerang rumah-rumah pelarian dan menembak secara rambang membunuh tidak kurang dari 50 rakyat Palestin.
.

September 

- 13 September 1993, Yasser Arafat menandatangani perjanjian Oslo yang menyaksikan pertama kalinya PLO mengiktiraf negara Palestin sekaligus mengakui 78% dari bumi Palestin yang ditawan Israel dalam perang arab-Israel 1948 sebagai wilayah kedaulatan Israel. Perjanjian Oslo adalah siri penipuan yang pertama kerana tujuannya hanya untuk membendung pengaruh HAMAS yg tidak dapat ditundukkan oleh Israel. Maka PLO diperkudakan untuk mengambil tindakan ke atas HAMAS dan membanteras intifadah.

September 16 - 17 1982. Pembunuhan kejam ke atas lebih dari 3000 pelarian Palestin di kem Sabra Shatila. Angkara Ariel Sharon yang bersekongkol dengan tentera phalangist Lubnan untuk menghapuskan rakyat Palestin di selatan Lubnan.

September 28, 2000 - tercetusnya intifadah al-Aqsa apabila Ariel Sharon dan 2000 askar israel dengan biadap memasuki perkarangan masjid al-Aqsa. Intifadah al- Aqsa menyaksikan bagaimana seorang anak berusia 10 tahun Muhammad Ad-Durra ditebak dari jarak dekat tanpa belas kesihan dan disaksikan di seluruh dunia pembunuhan kejam tersebut.

Oktober

Perang Oktober 6 - 25 Oktober 1973. juga dikenali dgn Perang Ramadhan. Yang menyaksikan kemenangan di pihak tentera Mesir pada pusingan awal. tidak kurang dari 500 kereta kebal Israel dimusnahkan dan lebih 200 jet pejuang Israel ditembak jatuh. namun perancangan lick Amerika Syarikat yang mengkuatkuasakan gencatan senjata melalui PBB menyebabkan tempo kemaraan tentera Mesir terbantut. israel menggunakan kesempatan gencatan senjata untuk menyerang balas dan meletakkan Mesir dalam keadaan yang genting. Akhirnya Mesir bersetuju untuk berdamai dengan Israel dengan penyerahan Semenanjung Sinai kepada Mesir (hanya di atas kertas kerana Israel masih menguasai keselamatan di sinai sehingga hari ini). Perjanjian damai ini dikenalai sebagai Perjanjian Camp David 1978 yang membuahkan hubungan diplomatik di antara Mesir dan Israel sehingga hari ini - yang juga menjadi punca kepada sekatan laluan untuk masuk ke Mesir dari Gaza melalui pintu masuk rafah.


November

November 2, 1917 - Deklarasi Balfour diterima oleh Parlimen Bristih yang merestui penubuhan negara Yahudi di bumi palestin. Kemenangan British dan kekalahan turki Uthmaniyah di Palestin dalam perang dunia pertama (kemuncaknya kekalahan turki di Beersheba, Palestin membuka laluan kepada berdirinya negara Israel yang haram pada tahun 1948).

November 20 - 1935. Izzudin el Qassam pemimpin jihad umat Islam di Palestin syahid dalam pertempuran di Ya'bad dengan tentera British. Beliau adalah ispirasi perjuangan Palestin pada fasa awal. HAMAS menamakan sayap bersenjatanya sebagai Briged al-Qassam dan roket nya sebagai roket Al-Qassam.


November 29, The international day of solidarity with Palestine. Tarikh ini dipilih kerana pada tarikh inilah PBB meluluskan resolusi 181 yang membahagikan Palestin berdasarkan pembahagian partition plan di mana 55% negara Palestin diserahkan kepada yahudi pendatang dan cuma 45% yang dikekalkan di bawah penguassan penduduk Arab yang merupakan penduduk asal. Israel menguasai lebih banyak lagi kawasan iaitu tambahan 22% (kepada 77%) dan inilah yang membentuk negara haram Israel pada tahun 15 Mei 1948

Disember

- 9 Disember 1987, tercetusnya intifadah yang pertama, apabila 6 orang pemuda Palestin dilanggar oleh trak Israel. Kemarahan rakyat yang sudah lama tertindas membentu satu gelombang protes yang bermula dari mimbar masjid. intifadah di pimpina oleh gerakan Islam yang muncul pada bulan Disember secara rasminya sebagai HAMAS (Harakatul Muqawwamah wa Islamiyah).
(Selanjutnya dalam wall post yang ketiga dalam siri ini saya akan kemukakan cadangan bagaimana tarikh-tarikh ini bolig dipromokan kepada masyarakat).

- gambar menunjukkan tank Merkava Israel yang musnah dibedil




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...