[13 OGOS 2011 / 13 RAMADHAN 1432]:
Kami Tagih di Akhirat Kelak!
http://incheomegan.blogspot.com/2011/08/kami-tagih-di-akhirat-kelak.html
http://incheomegan.blogspot.com/2011/08/kami-tagih-di-akhirat-kelak.html
Labels: aqsa syarif, derma
Di Negeri Sembilan pula kutipan untuk A2G2 adalah di antara yang terbaik:-Setakat ni hari ini paling lumayan RM 6539.95, Alhamdulillah.
1. Kutipan Jumaat Masjid Negeri RM2,940.95 (terus bank-in dlm 4.15pm).
2. Kutipan Jumaat Masjid Taman Marida RM1,582.00 (belum bank-in).
3. Sumbangan kariah Surau Taman Senawang Jaya (terima malam tadi RM1220.00, pecahan RM200 project back to school, lain A2G2, belum bank-in).
4. Kutipan STTJ dlm majlis iftar Perdana RM797.00 (Belum bank-in, alumni STTJ kirim salam kat Dr. Selamat).
Shams
Di Gombak Juga Melangkah Berani...!
Di Gombak Juga Melangkah Berani...!
Hasil sumbangan Palestin hari ini adalah seperti berikut :
1. Bazar Ramadhan Tmn Seri Gombak - RM 1472.80
2. Karnival Ikram Gombak - RM 271.00
Jazkllh kepada semua ikhwah yang membantu terutama Us. Soleh, akhi Isa dan akhi Azmi serta Akhi Amin Toha yg membantu dapatkan kebenaran. Moga Allah menilai usaha kita yg kerdil ini dalam memberi saham kearah pembebasan Palestin.
Juga sajak `Harapan Gaza' nukilan Us. Qamar, Aqsa HQ berkumandang dgn penuh semangat di Karnival IKRAM Gombak gandingan akhi Isa dan Azmi. Syabas. Ada sapa ambik video tak?
Syed.
[12 OGOS 2011 / 12 RAMADHAN 1432]: Kutipan Jumaat di UTM dan beberapa masjid di Skudai Johor untuk Palestin
Alhamdulillah berkat usaha Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UTM iaitu Al Fadhil Ust Aminuddin Ruskam dan Jawatankuasanya serta kerjasama penuh dengan Masjid Sultan Ismail UTM, kutipan derma jumaat hari ini di masjid UTM telah berjaya dibuat selepas solat Jumaat. Kutipan dibuat atas usaha Persatuan Kakitangan Akademik UTM. Terimaksih juga kepada para petugas yang terdiri dari pelajar=pelajar sukarelawan AQSA UTM yang telah menjadikan ini satu kenyataan. Jihad di bulan Ramadhan, keberkatan berganda dari Allah swt. Kutipan diperolehi sejumlah RM 1,054.10.
Turut dimaklumkan kepada para jamaah dan kutipan dijalankan ialah di Masjid Tmn Sri Pulai Perdana dan Masjid Tmn Sri Pulai.
Pada hari ini juga di pejabat Aqsa Syarif menerima berita gembira, ... menerima pemakluman sms seorang wanita muslimah dermawan, beliau telah bank-in RM10,000.00. Melalui rekod di pejabat, beberapa bulan lalu beliau telah menyumbang RM30,000.00 untuk tabung Palestin.
Menurut pegawai Aqsa Syarif, semasa muslimah dermawan tersebut menyumbang pertama kali tempuh hari, beliau minta dimakluman jika projek back-to-school nak dilancarkan. Hari ini beliau menunaikan janjinya. Kita semua do'akan semoga kehidupan dan kerjaya muslimah dermawan tersebut sentiasa diberkati Allah, sejahtera hidup di dunia dan akhirat. Allahuakbar...!
Persatuan Kebajikan Islam Sarawak (PERKIS) sumbang Rm10,00 nntuk misi A2G2
Kajang, 12 Ogos 2011 - Aqsa Syarif Berhad telah menerima kunjungan daripada wakil Persatuan Kebajikan Islam Sarawak (PERKIS), Encik Abang Mohd Amir bin Abang Somaili, pada pagi Jumaat, 12 Ogos 2011 di ibu pejabat.
Tujuan kunjungan ini adalah untuk menyerahkan cek sumbangan bernilai RM 10,000.00 bagi dana misi Aqsa Syarif ke Gaza (Aqsa2Gaza2). Sumbangan telah diterima oleh ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman.
Aqsa Syarif Berhad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas sumbangan ini. Semoga usaha PERKIS dan semua yang terlibat dalam menjayakan misi Aqsa2Gaza2 ini diberkati Allah.
[11 OGOS 2011 / 11 RAMADHAN 1432]: Palestin di Bazar Taman U~ Skudai Johor & Arau Perlis.
Suasana Bazar Ramadhan di Tmn Universiti Skudai
Tak mudah nak menebalkan muka, kemudian berjalan ulang-alik di tengah khayalak ramai sambil menahan perut yang sedang bermain bermacam nada. Itu lah yang berlaku petang tadi bersama beberapa orang sukarelawan Aqsa Syarif Johor di Bazzar Ramadhan Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru.
Operasi petang tadi bermula jam 6 petang. Kami bermula dengan pembukaan gerai / booth kecil di celah-celah gerai air dan dan kuih yang masing-masing memakan ruang yang agak besar berbanding kami. Tapi tak pe, apa yang kami bawa bukanlah air, kuih-muih, nasi ayam mahu pun mee rojak (yang sememangnya menggiurkan petang itu), tapi kami bawa sebuah masalahah ummah yang perlu masing-masing mengambil berat dan tahu.
En Ahmadon: Master mind ... tahniah..!
Ust Rofazlin (Peserta Konvoi Aqsa2Gaza 1) dengan gaya seorang pejuang...
Kami bawa isu saudara kita sendiri iaitu isu Palestine. Gerai kami hanya dibekalkan dengan 2 buah banner, beberapa longgokkan flyers dan juga beberapa tabung.
Biasa la, awal-awal nak mula operasi, mesti la slow-slow dan sejuk-sejuk suam. Cara edaran flyers dan kutipan derma pun, macam tak berapa nak efektif. Maklum la, ketika ini, hanya ada 4 orang sahaja. Saya, Sabiq Zin dan dua orang adik kembarnya, Fatih dan Fathi yang masing-masing berumur 9 tahun. Segan silu gitu nak sampaikan risalah penting kepada warga bazar.
Bila keadaan macam ni, saya terfikir, dulu masa kat Pesta Konvokesyen UTM yang lepas, ikhwah UTM dengan selambanya telah buat 'flash mob' (boleh lihat di sini & disini) di tengah-tengah khayalak ramai, sambil menyeru kepada warga pesta untuk ambil berat, ambil tahu, menderma untuk Palestine. Memang gempak.
Tak boleh jadi, mungkin suasana tak sama, tapi kena bersemangat macam tempoh hari. So, saya dan Fatih (ke Fathi?? muka sama) pun bawak satu tabung Palestine, kemudian memasangkan tekad untuk bergerak dari hulu ke hilir Bazzar sambil menyeru dan melaung kepada warga Bazzar untuk derma Palestine.
"Abang-abang, kakak-kakak...mari menderma untuk Palestine..."
"Mari tambahkan amal, lipat gandakan pahala, di bulan mulia dengan menderma untuk Palestine...""Abang-abang, kakak-kakak, Mari beli murtabak, nasi ayam, air bandung, duit baki jangan lupa derma untuk Palestine..."
"Mari bersama Aqsa Syarif membebaskan Palestine yang mulia, tanah kita bersama..."
"Duit untung jual apam, jual cendol, semua boleh juga derma..."
"Mari menderma untuk Palestine, 20 sen, 30 sen, 50 sen, pun jadi la...""Ayuh...abang-abang dan kakak-kakak, adik-adik pun boleh jugak....mari dermakan baki beli juadah berbuka untuk Palestine...."
dan seterusnya....
Macam-macam skrip terpaksa di olah dalam keadaan spontan. Ada yang macam kelakar dan tersyashul sampai makcik jual cendol boleh tergelak. Pun begitu, ada yang request pulak,
"Adik, nyanyi la sikit...baru la laku..."
Kalau bab nyanyi di khayalak ramai, memang out makcik. Takut nanti tak de yang nak menyumbang. Saya bukan apa, sedar diri. huhu~
Tapi alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian hanyalah untuk Allah semata-mata, kutipan kami petang tadi sangat memberansangkan. Memang ramai yang berbondong-bondong untuk menambahkan amal mereka di bulan yang mulia nie. Ada jugak yang non-muslim menyumbangkan untuk Palestine. Alhamdulillah, semoga Allah buka pintu hati mereka untuk menerima Islam.
Ust Rofazlin (Peserta Konvoi Aqsa2Gaza 1) bersama muridnya Muhammad Al-Faateh & Al-Fathy serta mahasiswa yang sedang bercuti
Tugas kami berhenti dengan iftar bersama-sama di tengah-tengah laluan bazzar. Asalnya, akh Hafiz, ada beli sedikit juadah untuk berbuka dan alas perut, tapi sambil-sambil kami menyantap apa yang ada, bertalu-talu datang makanan dan minuman daripada warga bazzar yang dari awal memerhatikan kami membuatkan kutipan. Alhamdulillah, rezeki datang bergolek tanpa disangka. Sungguh, rahmat Allah itu luas.
Semoga Allah mengganjari warga bazzar yang telah dengan besar hatinya menyumbang untuk saudara kita di Palestine dan juga melimpahkan rahmat kepada peniaga-peniaga yang menginfaqkan sedikit makanan dan minuman mereka untuk santapan kami. Jazakumullah khairan kathira.
Esok, misi seterusnya di Bazzar Ramadhan Kg Melayu Majidee. Jom, sape nak join?
*p/s : dapat berita daripada pakcik Ahmadon yang kutipan petang tadi sebanyak RM 990.75. Alhamdulillah. :)
---Wallahu'alamDi Perlis pula dilaporkan.....::w::a::n::m::u::d::a::...
Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah Perlis telah mengadakan kutipan derma di Bazar Ramadhan untuk kali ketiga, di Bandar DiRaja Arau. Kutipan adalah memberangsankan: RM1,068.00. [10 OGOS 2011 / 10 RAMADHAN 1432]: Econsave Senai bantu Palestin |
Sasaran RM1juta untuk disalorkan kepada Rakyat Palestin melalui pelbagai pertubuhan kemanusiaan di Gaza dan terus ke tangan penduduk meskin dan yang memerlukan sedang rancak diusahakan oleh para aktivis Aqsa Syarif seluruh negara dan juga dari luar negara (rakyat Malaysia dan Pelajar-pelajar di luar negara). Peluang Ramadhan yang penuh keberkatan ini membuka ruang luas kepada masyarakat untuk menghulurkan sumbangan dan Infaq. Insya Allah Misi Kemanusiaan Aqsa2Gaza2 akan membawa sendiri sumbangan ini ke sana. Teruskan menyumbang dan do'a semoga perjuangan membebaskan Palestin dan Masjidil Aqsa akan menjadi realiti dalam masa yang terdekat.
[9 OGOS 2011 / 9 RAMADHAN 1432]: "isssshhhh!!! bestlah aqsa syarif ni....macamana nak jadi ahli ya?"
Terima sms dibawah pada jam 6.49am ketika menghantar along ke sekolah.. "Salam hj khalil, saya nak transfer duit utk anak yatim palestin utk mak saya macam bulan puasa tahun lepas, saya buka website aqsa syarif selangor ada no maybank,pakai acc tu ke?" Sampai di office, terus call Puan Saadiah Abd Malek. Beliau dan bondanya pernah ke Masjid Cahaya Iman Bandar Country Homes pada 3-4 Julai 2010 dalam program "Palestin - We Will Not Go Down". Aqsa Syarif daerah ada buka booth. Waktu itulah kami bertemu dan bonda beliau sangat berhajat untuk membantu anak yatim palestin (walaupun bukan tajaan sepenuhnya), ana tetap terima.. Alhamdulillah.
** "Puan Saadiah, saya mohon doa puan dan bonda puan.." $$ "kenapa hj?" ** "saya dan 11 orang sukarelawan aqsa nak ke gaza 20hb ni...nak hantar bantuan.." $$ "isssshhhh!!! bestlah aqsa syarif ni....macamana nak jadi ahli ya?" ** "boleh no problem, sangat2 dialukan ! kita tak cukup tenaga ni puan.." ** ok saya akan hantar borang sukarelawan aqsa dan juga broshur A2G2 untuk puan dan bonda teliti projek2 yg kita nak tolong...nanti bila dah decide, sms saya ya?" $$ ok hj i will do that! selang bebrapa minit.....
RM0.00 M2U: 3rd Party Funds Transfer - RM1,000.00 successful on 09 Aug 2011 09:27:34. If you did NOT perform this transaction, pls call 03-58914744. TQ- sekadar sumbangan kecil yg tak seberapa
Note:
utk agihan anak yatim dan Back2School". ana serahkan kepada HQ untuk agihan tersebut...
(Disalin dari e.mail En Khalil Khamis)
[9 OGOS 2011 / 9 RAMADHAN 1432]: JIHAD & PERJUANGAN UNTUK PALESTIN TIDAK MENGIRA DI MANA
Assalamualaikum. Terima kasih dan tahniah kepada Aktivis Aqsa Syarif Perlis. Jihad dan pengorbanan anda Insya Allah menjadi sebab musabab kepada kemenangan perjuangan Palestin yang semakin hampir Insya Allah. Sebagai permulaan, team Aqsa Syarif Perlis memilih Bazar Ramadhan Stadium Utama Kangar sebagai "sasaran" pertama. Alhamdulillah, sepanjang hampir 2 jam, kita berjaya mengumpul sebanyak RM 2,323.80. Ikuti aktiviti di Perlis yang sangat menarik dan menyentuh perasaan, Klik sini untuk info lanjut
(Pengurus Aqsa Syarif Perlis: Mohd Radzi Abdul Wahab & Aktivis N Perlis di lapangan)
[9 OGOS 2011 / 9 RAMADHAN 1432]: KHUTBAH
Assalamalaikum, Satu bahan berguna untuk di baca dan diajukan kepada mana-mana imam/pengerusi masjid di lokaliti masing-masing agar dapat di sampaikan di Jumaat minggu ini.
[8 OGOS 2011 / 8 RAMADHAN 1432]: A2G2 di SPM TV1
Insya Allah ... Sukarelawan Misi Aqsa2Gaza2 "Ramadhan Di Palestin Bersama Aqsa Syarif" akan ke udara dalam program Selamat Pagi Malaysia di TV1, jam 8.30 pagi Isnin 8 Ogos 2011 ... membincangkan bentuk bantuan-bantuan kemanusiaan yang boleh dilibati dan disertai oleh rakyat Malaysia Insya Allah.
Masjid Al-Mujahidin Damansara Utama Sumbang RM5,500 ++
Petaling Jaya, 5 Ogos 2011 - Pengerusi Aqsa Syarif Berhad, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor telah memberikan tazkirah dan membaca khutbah bagi solat Jumaat, 5 Ogos 2011 yang lalu di Masjid Al-Mujahideen, Damansara Utama, Petaling Jaya.
Sebanyak RM 5533.45 telah berjaya dikutip, yang mana RM 739.00 adalah dari tabung di meja gerai Aqsa Syarif dan RM 4794.45 pula dari tabung masjid.
Wang dari tabung masjid ini diserahkan secara rasmi kepada Pengurus Aqsa Syarif Petaling Jaya, Encik Mohd Najmi Dawam, oleh Nazir Masjid Al-Mujahideen, Prof Madya Dr Abd Rahman Chik, pada 8 Ogos 2011.
Aqsa Syarif mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada pihak jawatankuasa Masjid Al-Mujahideen atas kerjasama ini.
Petaling Jaya, 5 Ogos 2011 - Pengerusi Aqsa Syarif Berhad, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor telah memberikan tazkirah dan membaca khutbah bagi solat Jumaat, 5 Ogos 2011 yang lalu di Masjid Al-Mujahideen, Damansara Utama, Petaling Jaya.
Sebanyak RM 5533.45 telah berjaya dikutip, yang mana RM 739.00 adalah dari tabung di meja gerai Aqsa Syarif dan RM 4794.45 pula dari tabung masjid.
Wang dari tabung masjid ini diserahkan secara rasmi kepada Pengurus Aqsa Syarif Petaling Jaya, Encik Mohd Najmi Dawam, oleh Nazir Masjid Al-Mujahideen, Prof Madya Dr Abd Rahman Chik, pada 8 Ogos 2011.
Aqsa Syarif mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada pihak jawatankuasa Masjid Al-Mujahideen atas kerjasama ini.
[7 OGOS 2011 / 7 RAMADHAN 1432]: MENJANA DANA UNTUK PALESTIN - DI MANA JUA KESEMPATAN ...
Masyarakat harus mudah untuk menyumbang. Mereka mungkin tidak tahu, tidak ada kesempatan, tiada siapa yang memudahkan mereka menghulur sumbangan untuk saudara-saudara mereka di Palestin. Di atas kesedaran itu, jika ada kesempatan di mana jua ... di celah-celah kesibukan umat Islam menunaikan tarawikh di masjid... di celah-celah kesibukan manusia mendapatkan juadah berbuka puasa ... Skuad Aqsa2Gaza2 harus memanfaatkan masa yang ada ... di mana jua ... permudahkan masyarakat untuk menghulurkan sumbangan untuk Palestin. Hubungan dengan internet, sms, lisan dan sebagainya adalah kesempatan "Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa".
Masyarakat harus mudah untuk menyumbang. Mereka mungkin tidak tahu, tidak ada kesempatan, tiada siapa yang memudahkan mereka menghulur sumbangan untuk saudara-saudara mereka di Palestin. Di atas kesedaran itu, jika ada kesempatan di mana jua ... di celah-celah kesibukan umat Islam menunaikan tarawikh di masjid... di celah-celah kesibukan manusia mendapatkan juadah berbuka puasa ... Skuad Aqsa2Gaza2 harus memanfaatkan masa yang ada ... di mana jua ... permudahkan masyarakat untuk menghulurkan sumbangan untuk Palestin. Hubungan dengan internet, sms, lisan dan sebagainya adalah kesempatan "Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa".
Di Petaling Jaya pula dilaporkan "Gaza Walk" dijalankan oleh Aqsa Syarif PJ. Bermula jam 4.00 ptg berakhir jam 7 mlm. Sejumlah RM1791.00, telah berjaya di kumpul. Beberapa orang sukarelawan dan aktivis Aqsa Syarif iftar di Tabung Haji Kelana Jaya. Diucapkan terima kasih diatas sokongan dan dokongan aktivis IKRAM dalam menjayakan Gaza Walk tahun ini. Laporan: MOHD NAJMI B. DAWAM AQSAPJ
[6 OGOS 2011 / 6 RAMADHAN 1432]: A2G2 DI IKIMfm
ALHAMDULILLAH, Pagi 6 Ramadhan, Ketua misi A2G2 bersama 2 peserta lain iaitu Che Noorhasyimah dan Sdr Khalil Khamis telah berkesempatan bersiaran di radio pilihan utama IKIMfm. Berbicara menganai bentuk bantuan yang dirancanag Aqsa Syarif dan usaha Aqsa Syarif menganjurkan misi bantuan kemanusiaan terhadap rakyat Gaza pada 20 Ramadhan ini. Saksikan & sebarkan. Ikuti sedutan rakaman tersebut:
KLIK SINI UNTUK MENDENGAR [5 OGOS 2011 / 5 RAMADHAN 1432]: A2G2 DI MHI TV3 HARI INI.
ALHAMDULILLAH, Pagi 5 Ramadhan, Ketua misi A2G2 bersama 2 peserta lain iaitu Che Noorhasyimah dan Sdr Muhamamd Mus'ab telah berkesempatan hadir di studio media prima dalam program MHI TV3. Berbicara menganai bentuk bantuan yang diceburi Aqsa Syarif dan rancangan membawa misi bantuan kemanusiaan terhadap rakyat Gaza pada 20 Ramadhan ini. Saksikan & sebarkan.
[2 OGOS 2011 / 2 RAMADHAN 1432]: PENGERUSI AQSA SYARIF TURUT BERKEMPEN A2G2 DI AUSTRALIA
Kehangatan misi bantuan Aqsa Syarif Ramadhan di Gaza (A2G2) tidak dapat dibendung lagi. Pelajar-pelajar dan komuniti Malaysia di Australia turut terpanggil untuk mendapat penjelasan mengenai misi A2G2 dan apa yang Aqsa Syarif rancang untuk jangka masa pendik dan jangka panjang. Kemenangan untuk perjuangan Palestin saban hari semakin melangkah positif. Semua ummat ingin turut terlibat. baik di Eropah, Afrika, Amerika, Asia mahupun Australia. Israel dan kuncu-kuncunya semakin tertekan. Umat Islam dan pencinta keadilan dan keamanan terus memacu perjuangan ini dengan apa juga makanisma dan kesempatan yang ada dihadapan mereka.
Bagi komuniti Malaysia di Australia, mereka memilih Ramadhan ini juga sebagai wahana untuk menekuni dan membawa di dalam masyarakat, di bebrapa bandaraya besar di Australia - Melbourna, Adelaide, Sydney, New Castle, Brisbane dll.
Mereka telah mengundang pengerusi Aqsa Syarif yang juga Pengarah PACE untuk membantu mereka melaksanakan misi AQSA SYARIF AUSTRALIA TOUR 2011 yang bermula pada 13 Ramadhan dan berakhir pada 21 Ramadhan 1432. Semoga Pengerusi Aqsa Syarif sihat dan dapat memenuhi hajat dan hasrat komuniti di Australia itu dengan cemerlang dan berkesan.
[1 OGOS 2011 / 1 RAMADHAN 1432]: PERUTUSAN KHAS RAMADHAN AQSA SYARIF
Assalamualaikum wrt bth.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah menunjukkan jalan kebenaran dan cahaya Islam.
Aqsa Syarif mengucapkan tahniah kepada seluruh umat Islam kerana kita sedang bertamu di bulan Ramadhan yang agung. Bulan yang menjanjikan pelbagai ganjaran dan keistimewaan. Bulan di mana berlaku pelbagai peristiwa besar. Bulan yang menyatukan umat Islam ini tanpa mengira batas sempadan geografi, budaya dan bahasa. Bahkan Ramadhan menyatukan umat Islam untuk bersama melaksanakan syariat Allah iaitu menunaikan ibadah puasa dan berlumba-lumba untuk mencapai darjat taqwa yang disediakan bagi orang-orang yang ikhlas dan mengharapkan keampunan Allah semata-mata.
Sebagaimana Ramadhan menyatukan umat Islam, maka begitu jugalah Tanah Suci Baitul Maqdis adalah simbol penyatuan umat Islam diseantero dunia. Meskipun umat Islam berkumpul di Tanah Haram di Mekah untuk menunaikan haji saban tahun, namun tanah suci Baitul Maqdis yang berdiri padanya Masjid al-Aqsa membentuk ikatan yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Jika umat Islam disatukan di Mekah kerana manasik haji. Umat Islam di satukan oleh Masjid al-Aqsa oleh jihad untuk membebaskannya dari belenggu penjajahan. Masjid al-Aqsa menyatukan umat Islam pada minda dan perasaan meskipun mereka tidak pernah berkumpul secara fizikal sebagai mereka bolih sahaja melakukannya di musim haji di Mekah atau pada bila-bila masa sepanjang tahun ketika menunaikan umrah.
Begitulah umat Islam di seluruh dunia dirangkul oleh ikatan ‘syuur’ (perasaan) mendalam yang diterjemahkan dalam bentuk cinta dan rindu kepada kekaseh yang hanya bolih digapai dari jauh. Sedang hati orang-orang yang beriman terpaut hatinya pada masjid al-Aqsa dengan satu tekad dan iltizam untuk membebaskannya. Demikianlah setiap muslim memegang kemas akan pesan Rasulullah SAW kepada para sahabat “Ziarah dan solatlah di sana”. Halangan untuk berziarah dan solat di sana tidak pernah melunturkan cinta kepada al-Aqsa bahkan ia menggerakkan umat ini serentak untuk melaksanakan pesan yang berikutnya dari Rasulullah SAW “jika kamu terhalang, kirimkan minyak untuk lampu-lampunya”.
Didorong oleh rasa ‘hubb’ (cinta abadi terhadap Masjid al-aqsa) Aqsa Syarif telah mengerah segala kekuatan dan sokongan yang ada untuk menggerakkan misi bantuan ke Gaza untuk sekian kalinya. Aqsa Syarif bersempena dengan bulan Ramadhan ini akan mengirim sebuah misi besar yang akan dipikul oleh 12 orang pejuang-pejuang Aqsa Syarif. Dengan izin dan perancangan dari Allah SWT mereka insyaAllah akan memasuki Gaza yang berkah itu pada 20 Ogos (bertepatan 20 Ramadhan) dan akan berada di sana selama 8 hari. Mereka akan bersama-sama rakyat palestin pada sepertiga yang terakhir dari bulan Ramadhan, sepuluh malam terakhir yang terkandung padanya malam Lailatul Qadar.
Misi yang dinamakan misi Aqsa2Gaza2 ini adalah siri kedua misi memasuki Gaza yang melibatkan pejuang-pejuang Aqsa Syarif. Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar yang merupakan ketua misi VP5 @ Aqsa2Gaza yang berjaya memasuki Gaza pada bulan Oktober 2010, kini memikul kembali amanah yang berat ini untuk memasuki Gaza dalam misi yang diterajui sepenuhnya oleh Aqsa Syarif. Misi kami sekali ini juga istimewa kerana turut disertai oleh tiga orang anggota misi wanita. Mereka membawa amanah yang cukup besar di bawah inisiatif Rose2Rose (R2R) di mana wanita Palestin akan dihubungkan dengan wanita Malaysia bagi membantu menyediakan pusat-pusat komuniti untuk memperkasa wanita Palestin. Misi kali ini juga akan menziarahi Kelaurga miskin yang ditaja oleh Aqsa Syarif melalui kerjasama dengan Wafrah. Di samping itu misi ini akan membawa 1000 buah beg sekolah yang lengkap dengan buku-buku dan alat-alat tulis yang akan diagih-agihkan kepada kanak-kanak sekolah di Palestin.
Sebesar harapan Aqsa Syarif untuk membantu rakyat Palestin dalam kerangka menghayati pesan Rasulullah SAW ‘Kirimkan minyak untuk lampu-lampu masjid’ begitu jugalah besarnya harapan kepada sokongan umat Islam. Aqsa Syarif berdoa dengan baroqah bulan Ramadhan yang mana infaq (mengeluarkan harta untuk tujuan fisabilillah) adalah satu amalan utama di samping amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat, untuk membawa tidak kurang dari RM1 juta untuk melaksanakan semua projek-projek yang digariskan di atas.
Sempena bulan Ramadhan al-mubarak ini, Aqsa Syarif akan bersama-sama umat Islam mencontohi Rasulullah SAW dalam hal ketangkasan bersedeqah. Ibnu Abbas RA, berkata:
Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi SAW). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin. (Hadis Bukhari dan Muslim).
Marilah kita semua mengambil peluang ini untuk bersedeqah di bulan Ramadhan untuk membela dan mempertahankan tanah suci dan Masjid al-Aqsa. Cuma ada satu jalan sahaja buat masa ini untuk kita berperanan dengan berkesan untuk memikul tanggungjawab mempertahankan Masjid al-Aqsa iaitu dengan kita membantu saudara-saudara kita di Palestin untuk melakukan tanggungjawab ini bagi pihak seluruh umat Islam. Oleh kerana mempertahankan Masjid al-Aqsa ini adalah kewajipan yang akan ditanyakan oleh Allah ke atas setiap muslim, maka membantu umat Islam Paletsin tidak syak lagi menjadi kewajipan setiap kita yang bergelar muslim. Ayuh bersegeralah infaq untuk Palestin dan rebutlah pahala yang disediakan oleh Allah SWT. Ingatlah akan pesan Nabi SAW.
Sabda Rasulullah yang bermaksud, Jagalah kalian dari neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma. (Hadis Bukhari).
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif
1 Ramadhan 1432H/1 Ogos 2011
[31 Julai 2011]: DANA UNTUK RAMADHAN DI GAZA - PELUANG MENJADIKAN RAMADHAN TAHUN INI SUATU PERUBAHAN
Ramadhan silih berganti, kehidupan kita di Malaysia ini dilalui serupa sahaja saban tahun di bulan Ramadhan. Umumnya di waktu petang, berduyun-duyun masyarakat membanjiri bazar Ramadhan. Bila azan dilaungkan di kaca tv dan radio, lengang jalan, lengang masjid, semua berkumpul dimeja makan dirumah ....
Mungkinkah perlu ada perbezaannya Ramadhan tahun ini ?
Mengapa tidak sebelum waktu iftar para aktivis Aqsa Syarif membawa keluarga berbuka di masjid/surau? Bersama berjamaah Maghrib, Isya' dan Tarawih ... Sambil membawa bahan pameran dan edaran A2G2... untuk membuka peluang para jamah masjid/surau mengetahui apakah misi Aqsa Syarif? Apakah projek-projek Aqsa Syarif? Apakah pencapaian Aqsa Syarf? Apakah program terdekat Aqsa Syarif?
Di Ramadhan yang penuh keberkatan ini tentunya ramai yang bermurah hari, ingin membantu projek-peojek Aqsa Syarif yang sedang berjalan dan dirancang !
Begitulah di antara resolusi penting mesyuarat JK A2G2 pada 31 Julai 2011. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang lalu, Insya Allah.
[29 Julai 2011]: LIPUTAN EKSKLUSIF A2G2 RAMADHAN DI GAZA
Aqsa Syarif telah memutuskan penghantaran Konvoi Misi A2G2 seramai 12 orang sukarelawan yang diketuai oleh Profesor Madya Mohd Zin Kandar sebagai salah satu misi penting di bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Mereka akan menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia untuk bantuan kemanusiaan dan projek-projek kritikal di Gaza, Palestin. Utusan Malaysia Online - Keluarga;
Klik sini untuk membaca A2G2 di Utusan Malaysia dan di link lagi...A2G2 di Utusan Malaysia
Klik sini untuk membaca A2G2 di Utusan Malaysia dan di link lagi...A2G2 di Utusan Malaysia
[27 Julai 2011]: SUKARELAWAN AQSA SYARIF RAMADHAN DI GAZA (A2G2)
Berikut adalah senarai penuh sukarelawan yang diamanahkan untuk menyempurnakan Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ramadhan di Gaza 2011 (A2G2). Mereka adalah gandingan aktivis Aqsa Syarif dari seluruh Malaysia dengan latar belakang penglibatan dan sumbangan yang pelbagai di dalam perjuangan Palestin di Malaysia.
Pemilihan dilakukan oleh Board of Trustee Aqsa Syarif.
2. DR MOHD TAHIR A.RAHMAN
3. HJ YUSUF SURATMAN
4. MOHD MUNAWER ISMAIL
5. USTAZ MOHD HAIROZI MUHAMMAD
6. MUHAMMAD MUS’AB MUZAHAR
7. PROF MADYA DR MD ROSLAN HASHIM
8. A.KHALIL KHAMIS
9. Ar SYED MOHD RADHI SYED SAKKAF
10. NOORHASYIMAH ISMAIL
11. SITI RAMLAH IBRAHIM
12. NOORAZIAN ANIDIN
Mohon do'a dari semua rakyat Malaysia dan ummah seluruhnya agar sukarelawan di atas mampu meyempurnakan misi kali ini dengan jayanya.Insya Allah maklumat lanjut akan menyusul.
[26 Julai 2011]: Wawancara ekslusif dgn wartawan utusan
Kajang, 26 Julai 2011 - Aqsa Syarif Berhad telah menerima kunjungan wartawan Utusan Malaysia, Siti Ainiza Kamsari dan jurufoto, Ismail Kamadin pada pagi tadi di ibu pejabat. Tujuan utama kunjungan ini ialah untuk menemuramah aktivis yang akan menyertai konvoi kemanusiaan Aqsa2Gaza2 (A2G2) nanti, selain berbicara tentang projek penajaan Keluarga Miskin Palestin yang diusahakan bersama The Welfare Association for Palestinian and Lebanese Families (WAFRAH).
Selain staf dan peserta konvoi A2G2, turut hadir ialah Pengerusi Aqsa Syarif Berhad, Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, ahli lembaga pemegang amanah Aqsa Syarif Berhad, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman, Azmi Katiman, pengurus Aqsa Syarif Subang Jaya dan Puan Noorazian Anidin, aktivis Aqsa Syarif Ampang Jaya. Aqsa Syarif Berhad mengucapkan terima kasih kepada pihak Utusan Malaysia atas inisiatif dan keprihatinan tentang isu Palestin dan kemanusiaan sejagat.
Selain staf dan peserta konvoi A2G2, turut hadir ialah Pengerusi Aqsa Syarif Berhad, Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, ahli lembaga pemegang amanah Aqsa Syarif Berhad, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman, Azmi Katiman, pengurus Aqsa Syarif Subang Jaya dan Puan Noorazian Anidin, aktivis Aqsa Syarif Ampang Jaya. Aqsa Syarif Berhad mengucapkan terima kasih kepada pihak Utusan Malaysia atas inisiatif dan keprihatinan tentang isu Palestin dan kemanusiaan sejagat.
Alhamdulillah, JK A2G2 mengadakan mesyuarat ke 2 pada tarikh di atas di ibu pejabat Aqsa Syarif. Beberapa perkara penting dibincang dan diputuskan. Di antara yang terpenting ialah perancangan terperinci sepanjang konvoi A2G2 dan persiapan kempen penjanaan dana.
Strategi kempen pengumpulan dana A2G2 diseluruh negara yang akan dirancang oleh JKuasa Pemasaran yang diketuai sdr Azmi Katiman.
"Kempen kesedaran dan kutipan sumbangan Palestin adalah usaha berterusan dan bersempena Misi A2G2, satu bentuk gelombangan kesedaran Palestin secara besar-besaran akan dijalankan Aqsa Syarif di seluruh negara sesuai dengan kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak." Gaza masih memerlukan pelbagai bantuan untuk membangunkan sosio-ekonomi mereka dan lebih banyak projek akan dirancang dan dibawa ke Gaza melalui misi-misi seterusnya. "Jadi aktivis Aqsa Syarif seluruh negara dijangka mengambil peluang untuk menjalankan kempen ini sempena kedatangan ramadhan" ujar Dr Mohd Zin.
Satu pertemuan khas pula telah berlangsung di antara J.Kuasa A2G2 yang dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar dengan pihak Palestinian Cultural Organisation Malaysia (PCOM) di ibu Pejabat Aqsa Syarif. Pertemuan lebih dua jam membincangkan pelbagai perkara termasuk bentuk-bentuk bantuan yang akan dibawa oleh konvoi Aqsa Syarif bagi pihak rakyat Malaysia ke Palestin khususnya Gaza Ramadhan akan datang. Wakil Palestin yang berpejabat di Putrajaya yang hadir ialah En Naji Al-Sarhi yang bertanggungjawab dalam projek kemanusiaan Palestin dan En Ali Hasan dari Rawafed Humanitarian Org. Kedatangan mereka telah memudahkan perancangan misi A2G2 Aqsa Syarif yang akan berlepas membawa misi bantuan pada 20 Ogos 2011 dan akan berada di Gaza selama seminggu untuk melawat dan menyampaikan pelbagai bantuan di beberapa penempatan di semenanjung Gaza.