Wednesday 30 November 2011

Sempat ke Jerusalem ..!


Alhamdulillah hari ini 30 Nov 2011, saya sempat ke Jerusalem (Gerusalemme). Bertemu dengan 3 lelaki Palestin yang gigih meneruskan hidup. Terasa sangat bersyukur sangat. Seumpama sahabat yang sudah lama tidak bertemu, kehanggatan ukhuwwah terjalin begitu cepat sekali walaupun kami tidak pernah bersemuka secara fizikal sebelum ini.

Saudara Yasir Al-Ashqar berumur 52 tahun kini dikurniakan Allah 2 orang anak. Saudara Tariq Iseid berumur 50 tahun dikurniakan 2 orang ana , dan seorang lagi saudara Amin (tak sempat bertaaruf panjang). 


Pertemua tidak dapat disangka-sangka seumpama sahabat seperjuangan. Bercerita tentang kebersamaan di dalam keyakinan akan Al-Aqsa milik bersama, kisah usaha-usaha membantu rakyat Palestin dan pembangunan di Gaza sambil menghulurkan kad Aqsa Syarif. Aqsa Syarif di Malaysia diperkenalkan dan misi A2G dan A2G2 dikongsikan dengan penuh kegirangan. Ketiga-tiga rakyat palestin berbadan sasa ini juga tidka kurangnya di dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan.
Sdr Yasir berasal dari Kuf-Qadun di kawasan Tebing Barat. Manakala Sdr Tariq berasal dan dibesarkan dari Ramalah begitu juga saudara Amin. Umur mereka yang secara purata baru mencecah 1/2 abad, sudah melalui pelbagai liku-liku kehidupan yang menyukarkan bagi meneruskan hidup sebagai rakyat Palestin. Ketika umur mereka 6 tahun (tahun 1967), keluarga mereka terpaksa meninggalkan Palestin semenjak  ke Jordan bersama keluarga, ketika itu peperangan meletus dan Israel menguasai lebih banyak kawasan di Palestin.

Dalam berbicara mengenai misi bantuan ke Gaza, dalam konvoi A2G-VP5 2010 mereka bertiga adalah di antara orang yang berusaha mengumpulkan dana sehingga 3 dari 6 ambulan yang dipandu aktivis Italy  memasuki Gaza adalah hasil usaha mereka bertiga iaitu ketika peserta konvoi melalui Itali pada 22-24 Sept 2010.
Mereka begitu menjaga prinsip-prinsip Islamnya. Dalam kerancakkan berbicara, beliau meminta izin masuk ke dalam untuk bersolat 'Asar. Ku perhatikan mereka memiliki akhlak mulia, menjaga syari'ah di samping berusaha melaksanakan syari'ah dan fardhu kifayah.

Sdr Tariq Iseid rupa-rupanya adalah seorang berkelulusan jurusan senibina. Namun keadaan tidak memungkinkan beliau meneruskan bekerja di bidang tersebut, sebaliknya mengusahakan sebuah kedai kebab dan pizza. Sempat juga saya dijamu dengan pizza yang rangup dan kebab yang menyelerakan. Maklumlah di tengah-tengah kota Mesere Venice Italy, bukan senang nak dapat makanan halal. 

Tiga pemuda Palestin ini bermula beberapa tahun lalu mengusahakan sebuah kedai Fast Food diberi nama GERUSALEMME (Jerusalem) atau nama penuhnya GERUSALEMME PIZZA & KEBAB. Rezeki mereka di kota Mesere Venice ini telah memberi sinar kehidupan buat mereka bersama keluarga. 
Keberkatan perniagaan lebih jelas apabila saya lihat pengunjung tak kunjung kurang, bertali arus memasuki kedainya yang kecil tetapi penuh meriah. Daging kebab halal yag berpusing sambil dipanggang dipenjuru hadapan kedai dalam masa tak samapi 3 jam sudah mengecil. Boleh dikatakan mereka yang masuh menghulurkan kad bernombor 1-10 dan setiap order, kad tersebut akan dipangkah. Rupa-rupanya ia adalh sistem hadiah, dimana apabila pelanggan telah memenuhkan 10 pembelian, satu piza akan dihadiahkan.


TABUNG SUMBANGAN PALESTIN


Terdapat tabung Palestin dikaunter pembayaran, beberapa kali ku perhatikan beliau sebagai penjual memasukkan wang-wang kecil di dalam tabung itu disamping pelanggan-pelanggan yang datang. Mengikut En Yasir, wang-wang ini telah beberapa kali dikeluarkan dan serahkan untuk dibawa ke Gaza. Dimana pun juga, rakyat Palestin memiliki hubungan hati yang kuat terhadap bumi ambiya' dan Masjidil Aqsa. 
Sehingga kedai fast food yang diwujudkan diberi nama bersempena kota bersejarah dan kota suci umat islam iaitu Gerusalemme Piza & Kebeb.

Pengajaran yang dapat kita perolehi, walau di mana jua kita berada:-
a. Palestin dan Masjidil Aqsa tetap di hati - simbul dan nama memberi gambaran tersebut.
b. Hukum Allah dan syariahNya tetapi dijunjung dan diintegrasikan dalam kehidupan walaupun sengan segala kepayahan.
c. Usaha membantu saudara di medan Palestin mereka usahakan termasuk membuat kutipan berterusan di apa jua kesempatan.


Sunday 27 November 2011

Sesuatu Yang Perlu dipelajari Dari Aktivis Pro-Palestin Italy

Semalam 27 Nov 2011, peserta konvoi A2G & A2G2, Dr Mohd Zin singgah di Leonardo Da Vinci International Airport, Rome di dalam perjalanan ke Venice untuk menghadiri dan membentang kertas kerja di Persidangan Antarabangsa berkaitan Pembangunan Mampan. 
Terharu dan tergamam apabila terserempak dengan satu tabung bantuan kemanusiaan Palestin di hadapan sebuah Restauran yang dilalui ramai manusia. Tertulis nama Muhammed dengan gambar kanak-kanak Palestin 8 tahun itu.  Tentunya tabung yang sangat menarik ini adalah bagi kempen kesedaran Palestin dan kutipan derma untuk Palestin.

Teringat dan terbayang suasana manis ketika bersama-sama aktivis Italy iaitu dari International Solidarity Movement (ISM) di dalam perjalanan Misi Kemanusiaan Global Jalan Darat VP5 yang turut disertai Aqsa Syarif yang merentasi bumi Italy sebelum menyeberang ke Greece. 
ISM Italy dalam konvoy tersebut menghantar pelagai kenderaan bersama barangan bantuan. Yang menariknya, merekalah satu-satunya negara yang menghantar kenderaan Ambulan yang sudah dilengkapi dengan pelbagai peralatan. Suasana meriah sepanjang perjalanan hampir 6000km itu terserlah kerana 3 buah kenderaan dari ISM Italy berwarna kuning memiliki bunyi siren ambulance dan ianya juga ditugaskan mengawal perjalanan konvoi A2GVP5 yang panjang. Aktivis Italy juga membawa tambahan beberapa kenderaan lain.

Peserta ISM adalah terdiri dari pelbagai lapisan yang diketuai seorang aktivis yang sudah berumur (sekitar 68thn) dan bebeapa kali telah ke Gaza dan palestin. Anak-anak muda yang bekerja biasa juga turut serta dan dari 12 orang mereka hanya seorang beragama Islam iaitu saudara Lutfi.

ISM-Italy tersebut begitu gigih dan terancang di dalam kempen pro-Palestine mereka. Bukan sekadar mengutip sumbangan untuk Palestin, penghasilan poduk-produk Palestin yang pelbagai jenis juga dihasilkan dan dijual ditengah-tengah 'Square' di tempat kami berkumpul di salah sebuah kota di Italy pada Sept 2010 yang lalu. 
Mereka juga menganjurkan kempen boikot bukan sekadar boikot makanan seperti McD, Nastle dll, malah mereka melaksanak kempen boikot ekonomi, alihkan pelaburan, buat sekatan dan boikot Kebudayaan dan Boikot Pelajaran - Boycott, Divestment and Sanctions Aginst Israel.
Usaha para aktivis di Italy bukannya mudah. Dengan latar belakang Italy yang begitu kuat berpegang kepada ugama Kristian, bagaimanakah para aktivis dapat menjalankan usaha-usaha menongkah arus berjuang untuk Palestin di tengah-tengah masyarakat yang mungkin seolah-olah tiada kena-mengena langsung tentang Palestin (geography, fahaan, agama dan sebagainya) ?

Banyak yang boleh dipelajari dari usaha-usaha aktivis Pro-Palestin.

Lihat capaian salah satu laporan A2G ketika di Italy di http://aqsa2gaza.blogspot.com/2010/09/konvoi-menuju-itali.html

Monday 21 November 2011

Masjid Tmn Bukit Indah JB Ungguli Kaedah Kutipan Untuk Palestin

Hujan mulai turun seawal waktu Asar semalam (20 Nov 2011) di sekitar Tmn Bukit Indah dan Skudai Johor. Keadaan hujan semakin lebat mencurah-curah dengan sabungan kilat dan ribut petir silih berganti sehingga melampaui waktu Maghrib. Laluan dari Skudai ke simpang tiga Nusa Bistari mulai dinaiki air. 
Beberapa kenderaan tersangut dek air yang mengalir deras seumpama aliran anak sungai. 
Kereta yang ku pandu terus meredah hujan lebat ... sambil sesekali menalifon En Nizam (jawatankuasa Masjid Tmn Bukit Indah yang menjemputku) menanyakan arah laluan ke Masjid yang agak kelam dek curahan hujan sambil kupercepatkan gerakkan viper di cermin hadapan keretaku. Beberapa minit lagi Maghrib menjelang dan kereta ku pandu terus bersama 4 anakku yang setia membantu membawa misi suci berkempen untuk Palestin.

Sampai di perkarangan masjid hujan masih mencurah-curah. En Nizam sudah menunggu dengan payung di tangan - bersedia membantu kami agar kami tidak basah dek hujan yang lebat. 
 
Selepas solat Maghrib, terus dimulai sesi perkogsian A2G2 . Kebisingan hujan lebat mencurah di bumbung masjid terpaksa diatasi dengan suara suara yang agak kuat agar didengari seramai sekitar 30 ahli jamaah yang hadir. Ku sangka hanya seorang dua sahaja yang dapat meredah hujan lebat beserta ribut di taman Bukit Indah, rupa-rupanya hebat sungguh mereka yang datang ... sambil berceramah, ku lihat seorang ibu meriba bayi !! Bagaimana agaknya dalam hujan begitu lebat dapat juga beliau tiba bersama bayi yang masih kecil ?! 

Seperti biasa dalam ceramah-ceramahku, menyorot sedikit sejarah ringkas isu Palestin yang sehingga ke hari ini menjadi medan jihad para mujahid Palestin. Tajuk yang ku bawa kali ini ialah "Palestin: Kemenangan Yang Semakin Dekat", mengupas beberapa petanda yang kami sukarelawan Misi A2G dan A2G2 saksikan di bumi penuh keberkatan, khususnya di Gaza.

Peristiwa pertukaran tentera Israel Ghilat Shalet dengan 1027 tahanan Palestin oleh rejim Israel juga adalah gambaran jelas KEMENANGAN di pihak pejuang-pejuang Islam Palestin. Hasratku adalah untuk dapat ku kongsi sebanyak mungkin apa yang ada di hati ini agar dapat dirasai para jamaah, seolah-olah mereka juga bersamaku ke Gaza.

Alhamdulillah, masjid yang ku kunjungi ini sangat istimewa buat ku. Hujan lebat tidak menghalang misi berkongsi pengalaman dapat disempurnakan. Lebih terharu apabila pengerusi masjid Prof Madya Dr Mat Uzir Wahit membawa masuk tabung khas yang diwujudkan untuk kutipan sumbangan Palestin. "Kami akan terus membuat kutipan di masjid ini ... ianya bermula semenjak jumaat lalu" ujar Dr Mat Uzir.

Beberapa ahli jamaah terus menerpa dan memasukkan sumbangan. Kemudian secara simbolik majlis persetujuan wakil Aqsa Syarif dan Pengerusi Masjid melancarkan tabung tersebut. Sebelum bersurai, sumbangan yang sedia ada dikira dan sejumlah RM540.00 diserahkan kepadaku untuk tabung Palestin. Alhamdulillah ... Mudah-mudahan contoh yang ditunjukkan oleh AJK Masjid ini akan menjadi model kepada masjid-masjid yang lain. Walaupun pembinaan masjid sebenar masih di dalam pembinaan bersebelahan masjid sedia ada (surau yang dinaik taraf), tiada halangan untuk AJK memutuskan agar tabung Palestin juga diwujudkan.

Beberapa program fillow-up Insya Allah akan dianjurkan di masjid ini seperti karnival Palestin yang akan disertai oleh lebih ramai penduduk taman dan sekitarnya.

Tahniah dan Jazamumullahukhairan kepada semua AJK Masjid Tmn Bukit Indah Johor Bahru. 

Sunday 20 November 2011

30 Minit Yang Penuh Bererti Di Kg Seri Merlong

Selepas solat Maghrib berjamah, diikuti dengan wirid, zikir dan do'a memohon ditambahkan Allah kekuatan iman, amal, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan di kurniakan keberkatan dan ketaqwaan yang berpanjangan dengan pimpinan Imam Masjid yang sangat tawadu'. 
Begitulah mulianya hidup sebagai seorang mukmin dalam kehidupan berjamaah di kampung Seri Merlong Rengit Batu Pahat Johor. Para jamaah laki-laki dan wanita berusaha memakmurkan masjid yang sederhana tetapi indah di kampung tersebut. Selain warga senior yang begitu tenang kehidupan, berserban, berjubah dan sentiasa riang dan senyum, anak-anak  berpakaian baju melayu dan bersongkok mengayuh basikal menuju masjid yang menjadi mercu tanda kampung.

Berkesempatan solat Asar berjamaah di masjid ini, selepas solah Asar, tuan Imam bersama-sama jamaah bersama-sama membaca Qur'an dan terjemaahan kemudaian dikuti bacaan kitab sebagai tazkirah harian. Terasa syahdu dan mulia dihati sebagai umat Islam yang diberi peninggalan yang sangat berharga berupa Al-Qur'an dan Hadith oleh Rasulullah SAW yang sangat kita sayangi.

Selepas Maghrib, Ketua Misi A2G2 kesempatan berkongsi kisah di Palestin dan apakah Palestin dan Masjidil Aqsa bagi kehidupan umamt Islam dahulu dan hari ini.

Jam di dinding menunjukkan jam 7.30mlm, sebelum Azan Isya' dikumandangkan jam 8.07 malam, 30 minit diisi dengan reingkas dan sempat menayangkan 2 video klip pendek dan beberapa slides. 
Kelihatan bebrapa orang ahli jamaah wanita menutup mata apabila video kemusnahan dan mangsa pembunuhan kejam Israel ditayangkan di sktin ... kelihat reaksi sedih dan kerut muka mereka. Begitu juga ahli-ahli jamaah yang lain ... kelihatan terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku di Palestin.
Perkara yang penting dikongsi dengan para penduduk:-

a. Palestin adalah bumi ummat Islam, waqaf umat Islam hingga hari Kiamat.
b. Di sana terletaknya Masjidil Aqsa. Qiblat Pertama umat Islam dan tempat Isra'mi'rajnaya Rasulullah saw.

c. Kini Masjid Al-Aqsa dikepung, Palestin dijajah dan dirampas rejim Zionis Israel.
d. Kewajipan kita umat Islam mengetahui, menyokong dan membuat apa jua sumbangan bagi perjuangan membebaskan bumi penuh keberkatan itu dari cengkaman zionis.
e. Rakyat di Palestin perlu dibantu, Aqsa Syarif telah berusaha menghantar sukarelawan bersama ngo-ngo di Malaysia dan antarabangsa. 
f. Beberapa projek telah Aqsa Syarif usahakan termasuk Kilang Roti, Ternakan Lembu, Qardhul Hasan dan lain-lain.
g. Ramai anak-anak yatim yang menuggu-nunggu bantuan dan tajaan dari kita.
h. Teruskan usaha mulia ini dan semoga kita dan umat Islam seluruhnya dapat bersolat ke Masjididl Aqsa dengan mudah semudah kita ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Ceramah ringkas turut dihadiri ketua kampung Seri Merlong - Tn Hj Mohd Adil Hj Siraj; Setiausaha -Masjid Tn Hj Basiron Solihin; Tuan Imam - Ust Mohd Fauzi Hj AMin, Bilal - Ust Baharuddin dan Jawatankuasa Masjid dan anak-anak khariah masjid. Imam Masjid - Kiyai Hj Suhaili sedang menunaikan Haji di Mekah.

Selepas solat, ketua kampung menyatakan "Insya Allah kita akan rancang program lebih besar". Mengikut beliau, Insya Allah bersempena kuliah berkala di Madrasah dikampung oleh Kiyaii Hj Suhaili yang dihadiri ratusan hadirin akan dijemput wakil Aqsa Syarif memberikan ceramah.

Seorang pemuda menemui penceramah menyatakan ceramah singkat sangatlah ... "Baru tau keadaan sebenar di sana...! .. harap boleh darang lagi.."

Majlis yang sememang ringkas dengan persiapan hanya oleh anak-anak lepasan PMR dari Kelab Sayangkan Palestin SMKPB-AQSA (lihat di SINI) telah mendapat sambutan dan kerjasama yang sangat baik walaupun tak sempat di ada mesyuarat rasmi dengan pihak orang kampung. Jamuan nasi tanpa disangka-sangka turut diadakan selepas solat Isya' dan penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang dan peserta peraduan melukis, mewarna dan kuiz Palestin yang julung kali di adakan di kampung itu.

Disamping program ceramah ringkas, dan aktiviti dengan anak-anak di sebelah petang, satu pameran ringkas di adakan. 









Selain aktivis Kelab Sayangkan Palestin SMKPB-AQSA, sukarelawan Aqsa Syarif Pontian iaitu Nurshafeqah, Atiqah, Imtithal, M.Al-Faateh, M.Al-Fathy dan M.Zulaqwam yang turut membantu di dalam program yang ringkas tetapi penuh bermakna. 


Aqsa Syarif nampaknya perlu sangat terus digemblingkan ... memasuki kampung-kampung dengan apa jua kesempatan ... Terlalu ramai umat di luar sana yang masih tidak berpeluang mendengar dan memahami realiti di Palestin. Usahakanlah sebaik mungkin ... demi Membantu Para Pejuang Bumi Ambiya dan Demi Membebaskan Al-Aqsa, Demi kemuliaan Islam.

Nota: Kampung ini pernah menjadi laluan kayuhan basikal hampir setiap hujung minggu seorang anak kampung yang tinggal dimukim bersebelahan, mndar-mandir menjual 'Ais-Cream Malaysia' mencari sekelumit rezeki bagi menampung keperluan hidup dan belanja sekolah. Ketika itu umurnya 14 tahun. Jalan dikampung ini dahulunya hanyalah turapan tanah merah ... bukan jalan tar sebagaimana sekarang.

Warna-warna Prihatin Untuk Kawan-Kawan di Palestin

Pertandingan mewarna dan melukis oleh anak-anak Kg Seri Merlong Rengit Batu Pahat telah secara langsung memperkenalkan isu Palestin dan realiti kehidupan anak-anak di Palestin dikalangan pelajar-epajar sekolah yang sedang bercuti. Anjuran Kelab Sayangkan Pelestin SMKPB-AQSA berjaya menyuburkan kesedaran dikalangan kanak-kanak sekecil peringkat Tadika. Bermla dengan merenung lakaran Dome of he Rock dan kibaran bendera Palestin kemudian diikuti dengan komunikasi visual sambil mengenakan warna-warna pilihan terbaik untuk menggunakan jari jemari yang lembut,  Insya Allah akan mampu melakar memori mengenai Palestin bila mereka besar nanti.

Lukisan-lukisan tersebutnya kemudiannya dinilai secara bersama oleh urusetia dan anak-anak secara bersama bagi memilih pemenang-pemenang.














Keputusan dibacakan oleh adik Nurul Aida Mohd Habib (Pengarah Program) dan hadiah-hadiah serta cenderahati disampaikan oleh Ketua Kampung Seri Merlong, Tn Hj Mohd Adil Hj Siraj sambil disaksikan oleh Setiausaha Masjid iaitu Tn Hj Basiron Solihin, Dr Mohd Zin dan para jamah masjid yang hadir selepas solah Isya' di Masjid.

Tahniah ...! dan Terima Kasih yang tidak terhingga. Semoga Allah menambahkan keimanan dan kemakmuran hidup buat Kg Seri Merlong.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...